Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket

Monday, December 22, 2008

Penyebaran virus melalui Friendster menggunakan Akaun rakan anda tanpa disedari!

Info Gambar : laman web yang menyerupai youtube,laman web tersebut sebenarnya adalah laman web yang digunakan ntuk menyebarkan virus.


Dalam beberapa hari ini,saya perasan terdapat banyak rakan2 friendster saya telah terkena dengan virus melalui friendster.Apa yang virus ini lakukan ialah ia akan memperalatkan akaun fs kita yang dijangkiti oleh virus tersebut dan tanpa kita sedari kita akan mengirim mesej yang mengandungi mesej lucah ataupun lucu bersertakan link yang mempunyai virus di "post Bulletin",Private Mesej ataupun di Komen kepada rakan kita.

Saya telah memeriksa link yang disebarkan oleh virus ini,dan mendapati laman web yang mengandungi virus ini kelihatan seperti laman web yang begitu popular pada masa kini iaitu "Youtube",namun sebenarnya laman web tersebut adalah sebuah laman web yang palsu,Anda kononnya diminta untuk install Adobe Flash Player yang update untuk membolehkan anda melihat video yang dikirim oleh rakan anda yang telah diperdaya ini,Fail Adobe Flash Update tersebut bukanlah Adobe Flash yang sebenar ianya ialah Virus!!

Diminta mereka yang mendapat mesej seperti begini dari rakan2 anda diminta jangan membuka link tersebut.Saya akan terangkan lebih banyak lagi mengenai virus ini pada post akan datang..(masih dalam siasatan)hehe...

Thursday, December 04, 2008

PIKOM Pc Fair kini kembali!



Bagi anda yang belum pernah ke Pc Fair anjuran PIKOM anda tidak harus melepaskan peluang ini.PIKOM Pc Fair datang lagi!jika anda mempunyai rancangan untuk membeli barangan komputer disinila tempat dan masa yang sesuai untuk anda.Sila kunjungi Pc Fair anjuran PIKOM yang berdekatan dengan anda,Rujuk jadual dibawah.

PIKOM PC Fair 2008 (III) - Dates and Venues

5 - 7 December 2008 (11:00 am - 9:00 pm)

Penang International Sports Arena, Penang - Jalan Tun Dr Awang, 11900 Relau Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu, Sabah - Jalan Istiadat, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu Central Square, Sungai Petani, Kedah - Jalan Kampung Baru, 08000 Sungai Petani Dewan SJK(C) Yuk Choy, Ipoh, Perak - 195, Jalan Sultan Iskandar, 30000 Ipoh Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang - Jalan Tun Ismail, Sri Dagangan, 25000 Kuantan


12 - 14 December 2008 (11:00 am - 9:00 pm)

KL Convention Centre, Kuala Lumpur - Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala Lumpur Mahkota Parade Melaka, Melaka - Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir Dewan Suarah, Bintulu, Sarawak - Jalan Tun Ahmad Zaidi, 97008 Bintulu Batu Pahat (BP) Mall, Batu Pahat, Johor - Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat


19 - 21 December 2008 (11:00 am - 9:00 pm)

Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru - Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru Dewan 2020, Kangar, Perlis - 01000, Kangar Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor - 86000, Kluang

P/s : Bagi mereka yang tinggal di kawasan Kota Kinabalu,Jangan lupa ke Pikom PC Fair di Sabah Trade Center berdekatan dengan Jalan Masuk ke Stadium Likas.

Monday, November 17, 2008

Analisis Hasil keputusan "Forum untuk Cekapkomputer"


Akhirnya setelah membuat undian mengenai pembikinan sebuah forum untuk cekapkomputer,kita telah mendapat undian yang menambahkan lagi keinginan saya untuk membuat sebuah laman web cekapkomputer.com dilengkapi dengan sebuah forum komuniti.

Keputusan undian "Forum untuk Cekapkomputer"
Saya Sokong! 80% Memang patut.. 12% Saya ikut jer 1% Tak nak.. 5%

Mengikut undian diatas 80% dari pembaca di luar sana bersetuju untuk menubuhkan sebuah forum cekapkomputer.Dan terdapat juga 5% yang kurang bersetuju untuk menubuhkan forum ini.Bagi saya ini adalah hak individu untuk mengundi...sama juga dalam suasana lain ada yang menyokong sesetengah pihak dan ada juga tidak,jadi kita harus ambil positif dengan perkara ini..Namun saya bersyukur kebanyakan dari pembaca blog ini bersetuju dengan penubuhan forum ini.

Untuk makluman pembaca-pembaca sekalian,saya dalam proses membina sebuah laman web & berforum ...dan laman web tersebut akan dikenali sebagai Cekapkomputer.com ,buat masa ini laman web tersebut masih dalam pembinaan,nantikan kemunculannya!

p/s Saya ada sibuk sedikit kerana sedang menyiapkan laman web cekapkomputer.com tersebut...Diharapkan anda semua mendapat ilmu yang bermanfaat di cekapkomputer.blogspot.com ini.

Masalah Friendster.com November 2008!


Masalah yang berlaku pada friendster.com baru-baru ini telah membuatkan ramai anak-anak muda menjadi sedih,marah,kecewa dan sebagainya.Mana tidaknya ada diantara mereka yang telah mempunyai ramai teman di friendster akhirnya hilang begitu sahaja...Tentu lagi mengecewakan anak-anak muda yang menghabiskan masa mereka di Cyber Cafe semata2 ingin mengemaskinikan laman peribadi di friendster mereka.
Apakah penyebab berlakunya masalah ini??secara peribadinya saya sendiri tidak pasti diatas apa yang berlaku dengan laman komuniti terbesar ini...Adakah masalah ini berlaku berkaitan dengan serangan Penggodam Topi Hitam(Cracker)?Mungkin ramai diantara anda tidak mengetahui terdapat juga segelintir yang bergelar "Hacker/Cracker" berminat dengan Friendster.com ini...ini mungkin kerana laman friendster ini menjadi tempat untuk kita semua mencari teman-teman.Pelbagai cara yang telah dilakukan oleh Cracker @ Hacker Topi Hitam untuk mencari kelemahan Laman Web Friendster.com ini...Antara kejayaan-kejayaan yang pernah dilakukan oleh Penggodam yang berniat jahat ini ialah membuka private photo milik seseorang di friendster,Mencuri katalaluan akaun friendster mangsa,Merosakkan laman peribadi seseorang di friendster serta banyak lagi.Kita harus memuji ahli-ahli friendster kerana telah memantapkan lagi keselamatan Friendster.com ini.Apa yang perlu dilakukan oleh pengguna@penggemar friendster untuk memastikan akaun friendster mereka tidak diceroboh?Terdapat banyak cara,namun yang cukup ringkas ialah..Pastikan anda log keluar akaun friendster anda jika anda melayari friendster di CyberCafe,jangan login ke akaun friendster anda selain dari link http://www.friendster.com dan banyak lagi perkara yang anda harus ambil serius.

Diharapkan masalah yang berlaku oleh laman web Friendster.com baru-baru ini dapat diselesaikan oleh pihak pengurusan Friendster.com supaya dapat mengubati kesedihan anak-anak muda,bapa-bapa,ibu-ibu di seluruh dunia.

p/s untuk anak-anak muda sekalian : bawa bersabar bawa bertenang banyakkan berdoa dan bersembayang semoga laman peribadi friendster anda menjadi kembali seperti sedia asal...Hidup Cuma Sekali Jadi Kita Enjoy!

Thursday, November 06, 2008

Berbaloi menaiktaraf PC lama anda?

Penggunaan Komputer adalah penting untuk kita...seperti pembaca-pembaca yang lain tentu sekali anda mempunyai banyak pengalaman berkenaan tentang komputer,dari komputer pertama yang anda atau keluarga anda pernah miliki sehingga kini tentu sekali ada banyak perubahan.
Jika dikaji secara rambang penggunaan komputer peribadi ( PC ) di Malaysia,mungkin sekitar tahun 1995.Pada masa tersebut harga sebuah PC boleh menjangkau harga sehingga 3 ribu ringgit.(Maklumlah pada masa tersebut pengeluaran PC belum seberapa meluas tidak seperti sekarang).Dari komputer jenis melintang sehinggakan menegak banyak perubahan dan kejayaan yang dikecapi oleh syarikat2 yang berkaitan untuk memantapkan lagi mutu dan kualiti penggeluaran komputer sehinggakan ke hari ini.

Namun apa yang saya ingin utarakan pada post kali ini ialah,Wajarkah kita menaiktaraf PC lama kita? , Dari apa yang saya lihat sendiri pada masa kini,terdapat individu yang mempunyai komputer jenis lama (sekitar tahun 1995 - 2006 ) "takut" untuk bertukar atau menaiktaraf komputer mereka.Faktor utama yang paling penting adalah faktor kewangan.Namun,jika dikaji semula budjet yang diperlukan untuk membeli komputer baru adalah cukup murah dari dahulu tidak seperti pembeli yang dahulu fikirkan.Anda tentu sekali berasa bosan menggunakan komputer yang perlahan,membuang masa anda serta penggunaaan yang terhad.

Adakah wajar untuk anda menaik taraf komputer lama anda?(tahun 1999 - 2004) Bagi anda yang mempunyai sedikit wang dan bercadang untuk menaiktaraf komputer anda dengan harapan anda akan mendapat menjimat sedikit wang daripada membeli sebuah komputer baru anda tentu sekali tersilap!Benar,pada hari ini anda tentu sekali akan rugi jika menaiktaraf komputer lama anda,bukan sahaja rugi wang anda malah rugikan masa anda.Pada hari ini part-part untuk komputer jenis lama adalah lebih mahal dari part-part komputer yang baru.Malah jika anda menaiktaraf komputer anda,anda akan jadi seperti dahulu berdepan dengan komputer yang perlahan dan tentu membosankan anda. RAM 128MB - 256MB adalah tidak sesuai digunakan pada masa kini kerana banyak perisian-perisian kini perlu menggunakan lebih banyak ruangan memori untuk membolehkannya berjalan dalam keadaan yang maksimum.

Menggunakan komputer yang perlahan akan menyebabkan masa kita terbuang dan melambatkan pekerjaaan kita.


Mari kita lihat anggaran harga untuk PC Lama dan PC baru :


PC Lama

(Saya mengambil anggaran untuk PC pentium 4 lebih kurang pada tahun 2004)

Processor pentium 4 Anggaran Harga = (kebanyakan kedai komputer tidak lagi menjual processor jenis ini,namun terdapat juga kedai yang masih menjualnya harganya lebih kurang secondhand = rm200 baru =rm300 - rm400.
RAM 512MB DDR PC400 = RM85
Motherboard pentium 4 = RM200
Harddisk 160GB seagate IDE = RM179
DVD RW IDE = RM80

Jumlah = RM744

PC Baru

Pentium Celeron soket 755 = RM139
1GB DDR2 PC667 = RM59
MOTHERBOARD BIOSTAR 945GC-M7 TE = RM149
Harddisk 160GB seagate sata = RM139
DVD RW Sata = RM80

Jumlah = RM566

* Anggaran ini adalah anggaran part-part yang sering di dinaiktaraf.Jika anda merujuk Anggaran yang dinyatakan diatas,anda boleh melihat sendiri perbezaan harga peralatan komputer baru dan lama.Bukan itu sahaja tentu sekali kelajuan PC baru adalah dua kali ganda kelajuan PC lama.

Friday, October 31, 2008

Perisian percuma Notepad++!





Bagi mereka yang selalu membuat website atau berdepan dengan sebarang coding-coding,anda tentu biasa menggunakan perisian notepad yang anda sendiri tahu mempunyai banyak fungsi dan kegunaan bukan sahaja hanya untuk mengisi sebuah text di dalamnya.Notepad juga yang disertakan bersama-sama sistem windows ini telah digunapakai oleh windows sejak versinya sebelum ini lagi,dengan notepad kita boleh membuat fail berformatkan .bat .inf dll.Untuk mengetahui lebih lanjut tetang sejarah penggunaan notepad nie rujuk Disini.

Bagi mereka yang mengemari menggunakan perisian ini,anda boleh menggunakan satu lagi perisian percuma ini yang berfungsi sama dengan perisian notepad ini...Apa yang menariknya perisian ini memudahkan kita apabila membaca kode-kode seperti html dan sebagainya.

Perisian yang dimaksudkan ialah Notepad++ ,

Artikel dari Laman web notepad++ :

Notepad++ is a free (as in "free speech" and also as in "free beer") source code editor and Notepad replacement that supports several languages. Running in the MS Windows environment, its use is governed by GPL Licence.

Based on a powerful editing component Scintilla, Notepad++ is written in C++ and uses pure Win32 API and STL which ensures a higher execution speed and smaller program size. By optimizing as many routines as possible without losing user friendlyness, Notepad++ is trying to reduce the world carbon dioxide emissions. When using less CPU power, the PC can throttle down and reduce power consumption, resulting in a greener environment.

This project is mature. However, there may be still some bugs and missing features that are being worked on. If you have any questions or suggestions about this project, please post them in the forums. Also, if you wish to make a feature request, you can post it there as well. But there's no guarantee that I'll implement your request.

You're encouraged to translate Notepad++ into your native tongue if there's not already a translation present in the Download Section. And if you want, help translating Notepad++ official site into your native tongue would be greatly appreciated.

I hope you enjoy Notepad++ as much as I enjoy coding it.


Anda boleh mendownload perisian ini di notepad-plus.sourceforge.net/uk/site.htm ataupun di laman-laman yang menawarkan perkhidmatan memuatturun perisian ini.

Monday, October 20, 2008

Permainan Conquer Online 2 yang menyeronokkan!

Bagi mereka yang mengemarkan permainan Online anda harus mencuba Conquer Online .Dalam permainan ini,anda akan diberikan seorang watak yang anda boleh pilih samada Archer,Warrior dan Trojan.Apa yang anda harus lakukan ialah meningkatkan level watak pemain anda supaya menjadi lebih kuat..Saya yakin permainan ini pasti memberi anda satu keseronokan!

Pertama sekali,Daftar akaun untuk watak anda secara Percuma di sini.username akaun tidak semestinya menjadi nama watak yang anda gunakan dalam permainan ini.

Kemudian Download fail untuk fail permainan Online Conquer Online secara percuma ini di http://co.91.com/downloads/client.shtml

Atau download terus disini ----> Klik Disini (Besar fail ini dalam 400 mb keatas)

kemudian,download fail patch untuk permainan Online ini,Disini
http://co.91.com/downloads/patch.shtml (Saiz fail ini kurang dari 1mb )

Kemudian Paste patch ini di dalam folder conquer Online ini.Selalunya di C:\Program Files\Conquer 2.0

Dan sedia untuk bermain....


Terdapat server-server yang anda boleh pilih dan setiap server ini ada berlainan pemain...Server yang saya biasa gunakan ialah server Aquarius(Rujuk Gambarajah dibawah).kemudian isikan username dan password anda.


Anda boleh pilih watak apa yang anda inginkan,terpulang kepada anda samada Archer,Warrior ataupun Trojan...setiap watak-watak ini ada kelebihannya tersendiri,Ohya Permainan ini bukan hanya untuk lelaki sahaja terdapat juga watak2 untuk perempuan dalam permainan ini.
Anda boleh memilih watak anda samada ingin bertubuh besar ataupun kecil.Faktor ini tidak mempunyai kaitan dengan kekuatan watak anda.kemudian isikan nama untuk watak anda disini.Kemudian klik Create the character. Dan kemudian Klik butang OK jika suda selesai mengisinya.
Kemudian relogin ke akaun watak anda semula.Dan kemudian apabila anda telah masuk ke dalam permainan online ini,anda akan berada di sebuah tempat....Anda boleh menggunakan butang CTRL + Klik pada butang kiri tetikus anda dan pergi ke sebelah kanan.

Kemudian anda akan berjumpa dengan seseorang di atas jambatan.Klik padanya untuk melihat Mesejnya..dan lihat jika dia menyuruh anda berjumpa dengan seseorang.Kemudian jika mesej seperti dibawah ini keluar,pilih "Show Me To Twin City"


Anda akan dibawah ke bandar Twin City,disinilah permulaan kehidupan watak anda yang sudah pasti membuat anda berasa seronok dengan pemainan ini!Untuk permulaan anda boleh pergi ke luar kota Twin City dan bunuh ayam-ayam untuk menaikkan level anda...Akan bersambung....

Antara Screenshot yang dikongsikan oleh pemain-pemain yang lain.
http://fanarts.conqueronline.com/

Thursday, October 16, 2008

Memberi sedikit effect perkataan menggunakan Adobe Photoshop!

Pada post kali ini saya memberi anda sedikit info yang sangat mudah iaitu cara untuk memberi sedikit effect kepada sesuatu perkataan menggunakan perisian Photoshop.Tentu banyak diluar sana telah mengetahui cara ini,dan kita beri peluang kepada mereka yang belum mengetahui cara mudah ini. :)

Pertama sekali anda mesti mempunyai perisian Photoshop ini,perisian ini adalah berbayar.(Terpulang kepada individu bagaimana mendapatkan perisian tersebut...hehe...).Kemudian buka perisian tersebut.


Buka sesuatu gambar anda ataupun klik "new" untuk mendapat satu ruangan untuk mengedit.
Kemudian klik pada ikon berhuruf "T" untuk membolehkan anda menghasilkan sesuatu perkataan.

Kemudian right klik pada layer perkataan anda tadi seperti gambarajah dibawah.kemudian klik pada Blending Options.
Kemudian anda perlu tick beberapa bahagian dan anda akan dapat melihat effect pada perkataan anda tadi.Contohnya anda boleh tick pada Drop Shadow,Inner Shadow,Outer Shadow,Bevel and Emboss.



Kemudian anda akan mendapat hasilnya! mudahkan?

Perisian Winpatrol yang berguna untuk anda!

Perisian Winpatrol ini adalah berguna kepada kita untuk meningkatkan lagi keselamatan pada komputer kita.Anda boleh mendapatkan perisian ini dalam versi percumanya di laman web rasminya http://www.winpatrol.com/download.html ataupun anda juga boleh download perisian versi percuma tersebut di http://www.filehippo.com/download_winpatrol/ .

Apakah kegunaan perisian Winpatrol ini?
Perisian Winpatrol akan membantu meningkatkan lagi keselamatan pada komputer anda dari program-program jahat.Apabila sesuatu program dipasang ke dalam komputer kita,perisian ini akan meminta kebenaran kita untuk membenarkan program tersebut dijalankan ataupun tidak.Fungsi seperti ini membantu kita untuk menjaga keselamatan komputer kita dari ancaman mereka yang tidak bertanggungjawab.Selain itu,perisian berguna ini juga turut memberitahu kita jika terdapat sesuatu perubahan pada sistem komputer anda.


Cara install perisian Winpatrol ini.Download perisian tersebut seperti pautan yang diberi di atas.kemudian install perisian tersebut seperti biasa.



Next.


Klik Butang Install.

Kemudian Klik butang Finish.

setelah selesai pemasangan tersebut,anda akan lihat satu ikon winpatrol ini pada taskbar komputer anda.

Selamat Mencuba!

Wednesday, October 08, 2008

Periksa kelajuan internet anda!

Terdapat beberapa laman web yang menawarkan khidmat untuk memeriksa kelajuan internet anda,antara laman web yang berguna anda boleh cuba ialah http://www.speedtest.net/

Contoh yang anda akan dapat lihat sambungan internet anda ialah :


Cubalah sekarang!

Monday, October 06, 2008

Rekabentuk menarik Yahoo! Messenger 9.0!

Bagi mereka-mereka yang masih menggunakan Yahoo Messengger versi lama anda perlu menaiktaraf versi YM anda ke versi yang terkini,kerana terdapat fungsi2 serta reka bentuk yang menarik ditawarkan oleh Yahoo! Messenger 9.0 terkini...


antara "skin" menarik yang disediakan pada
Yahoo! Messenger 9.0 ini:



Jika anda "minimize" YM anda....anda akan mendapat mesej dari rakan anda melalui popup kecil(seperti gambar dibawah) apabila rakan anda mengirim satu mesej kepada anda.

Terdapat banyak lagi fungsi menarik yang ada pada YM versi terkini ini...Jadi gunakan YM versi terbaru.Anda boleh Download Yahoo Messenger versi terkini di :
Download Disini

atau pergi ke Website http://messenger.yahoo.com/


Sunday, September 28, 2008

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri


Beberapa hari lagi kita akan menyambut hari raya aidilfitri,disini pihak cekapkomputer.blogspot.com mengucapkan "Selamat menyambut hari raya aidilfitri" jika ada terkasar bahasa dan penulisan harap dimaafkan...Saya amat memerlukan komen dari anda dalam menyampaikan penulisan pada akan datang.


Terdapat banyak laman web menyediakan kod-kod gambar raya yang anda boleh kirimkan untuk rakan2 anda di friendster dan sebagainya....

antaranya :
http://www.funscrape.com/Scraps.aspx?CatName=Ramadan+Karim
http://www.funscrape.com/Scraps.aspx?CatName=Bahasa+Ramadhan
http://www.funscrape.com/Flash.aspx?CatName=Ramadan.Karim.Flash

Thursday, September 25, 2008

Sumbangan


Saya mengalukan-alukan sumbangan ikhlas dari semua pembaca-pembaca untuk membantu saya membangunkan blog cekapkomputer ini.Banyak lagi ilmu-ilmu yang akan saya dan kawan-kawan sekalian ingin kongsi bersama secara percuma untuk anda.Beberapa rancangan yang akan dijalankan supaya anda dapat lebih banyak ilmu secara percuma di cekapkomputer termasuk juga perancangan penubuhan sebuah forum khas untuk cekapkomputer ini.Namun faktor Wang merupakan salah satu faktor yang melambatkan proses ini untuk dilaksanakan.Oleh itu sumbangan ikhlas dari pembaca-pembaca sekalian amatlah dihargai.

Sumbangan anda boleh disalurkan kepada penulis cekapkomputer.blogspot.com ke :


------------------------- MAYBANK------------------------------------------

Nama Penerima: Khairil Izwan bin Jamros

Nama Bank: Maybank

Nombor Akaun: 110108250827


------------------------- CIMB------------------------------------------

Nama Penerima: Khairil Izwan bin Jamros

Nama Bank: CIMB

Nombor Akaun: 10090024979529

Wednesday, September 24, 2008

Pasang fungsi "Wine" pada ubuntu anda!

Baiklah pada post kali ini saya ingin memberi sedikit panduan kepada mereka2 yang baru menggunakan belajar2 linux serta mereka yang ingin menggunakan operasi sistem ini terutamanya Ubuntu.
Secara pandangan umumnya,banyak antara penggemar operasi sistem windows tentu ingin mencuba operasi sistem linux ini yang dikatakan adalah lebih baik dan selamat,mungkin ada diantara mereka telah mencuba operasi sistem ini..namun oleh kerana mereka tidak mengetahui segala fungsi2 yang ada pada ubuntu ini(bagaikan bayi baru mengenali dunia baru) mereka berputus asa....Sifat putus asa ini juga berlarutan apabila tiada diantara pengguna mahir linux@ubuntu membantu mereka...dan akhirnya hasrat untuk "berubuntu" ini tenggelam begitu sahaja.Benarkan?

Pada topik hari ini saya ingin memberi sedikit tip kepada pengguna2 ubuntu yang baru.Anda tentu sekali kesulitan apabila anda tidak berjaya membuka sebarang perisian berbentuk .EXE di ubuntu anda.Perisian format .exe ini hanya boleh dijalankan di Windows sahaja,kerana ubuntu menggunakan format yang berlainan untuk sistemnya.Namun anda tidak perlu risau kerana terdapat cara yang membolehkan anda menggunakan perisian berformatkan .exe ini.Caranya adalah dengan menggunakan WINE.Rujuk disini, https://help.ubuntu.com/community/Wine .

Bagaimana memasang fungsi wine ini pada komputer anda?
Pertama sekali anda perlu pergi ke Terminal ubuntu anda caranya ialah :

Applications > Accessories > Terminal

Kemudian di bahagian Terminal tersebut taip ;

sudo aptitude update

Masukkan password jika diminta,kemudian "enter".

tunggu sehingga proses update ini selesai.

Apabila proses update tersebut telah selesai,taip command ini pada Terminal anda tadi,seperti gambarajah dibawah:

sudo aptitude install wine

Selesai install,Klik pada Add/remove di ubuntu anda,rujuk gambarajak dibawah.
Kemudian akan keluar satu tetingkap Add/Remove ini..pada bahagian "show" tukarkan ke "All available applications"

dan kemudian,taip "wine"dan kemudian enter di ruangan "Search"

Klik butang "enable" jika tetingkap seperti dibawah dipaparkan.
Kemudian tunggu sehingga proses memuatturun selesai,Klik butang "Apply" jika tetingkap seperti diatas dipaparkan.

Jika sub-menu seperti gambar dibawah kelihatan,anda telah berjaya memasang program Wine ini pada ubuntu anda! anda boleh mencuba membuka perisian berformatkan .exe ini contohnya Mirc!Cuba la..

Jumpa lagi pada artikel lain dalam kategori "Belajar Ubuntu" ini. :)

Monday, September 22, 2008

Virus DriveGuard@FlashGuard

Pelbagai cara dan muslihat yang dilakukan untuk menyebarkan sesebuah virus,antara virus yang terbaru ialah virus DriveGuard@FlashGuard...Tak tahu pulak empunya virus ni dari negara ini ataupun bukan.
Virus ini saya sedari pada bulan ogos yang lalu,namun tarik sebenar virus ini disebarkan kurang pasti..apa yang berbezanya virus ini dengan virus yang lain,virus ini menyamar sebagai perisian yang melindungi komputer anda dan menamakannya DriveGuard@FlashGuard.Pada awal kehadiran virus ini,saya menyangka ia sebuah perisian dari microsoft kerana virus ini menggunakan nama company "Microsoft Corporation" untuk mengaburi pengguna bahawa ianya ialah virus.Kebanyakan antivirus yang ada seperti kaspersky,avira,nod32 belum lagi dapat mengesan antivirus ini.
Namun selepas melihat sifat2 virus ini,akhirnya saya perasan bahawa virus ini akan menambahkan satu fail autorun.ini pada pendrive untuk menyebarkan virus ini.Kemudian beberapa minggu lepas kebanyakan antivirus telah mengesan virus ini dan melabelkan ia sebagai virus,sila update antivirus anda dari semasa ke semasa.

Mari kita lihat beberapa gambarajah mengenai virus ini.


Icon yang digunakan oleh virus ini

Fail-fail yang ditambah oleh virus ini pada pendrive anda supaya ianya mudah merebak ke komputer lain.Virus ini menggunakan fungsi hidden supaya ianya tidak dapat dilihat.


Isi-isi yang ada pada autorun.ini untuk menyebarkan lagi virus ini.


Virus ini kemudiannya merebak ke komputer anda.Sama seperti virus-virus yang lain.Namun yang berbezanya virus ini bersembunyi di bahagian "Program Files" komputer pengguna untuk mengaburi pengguna.



P/s : Jika anda rasa anda terkena virus ini,Jangan risau...update antivirus anda kemudian lakukan "scan" secara menyeluruh.

Thursday, September 18, 2008

Elakkan diri dari menjadi mangsa penjenayah siber!


Setiap Hari hampir berpuluh-puluh pengguna komputer menjadi mangsa penggodam.Perkara ini harus diambil berat oleh semua pihak supaya kes-kes kecurian identiti,akaun,maklumat-maklumat peribadi tidak berterusan berlaku.Siapa yang salah dalam kes ini?sudah tentu Penjenayah Siber.Namun kita tidak seharusnya menyalahkan kesalahan ini 100% kepada penjenayah siber kerana kesalahan ini sendiri adalah dari kelalaian kita sendiri...Masih ada daripada kita pengguna internet lalai dengan pemasangan fungsi2 keselamatan contohnya penggunaan antivirus.
Penggunaan Antivirus adalah amat penting untuk melindungi komputer/Laptop anda dari ancaman virus serta jenayah siber.Terdapat banyak antivirus yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian anda.Lihat disini.

Perisian-perisian jahat yang perlu kita elakkan ialah :

Spam
- Menghantar email yang tidak diundang dalam kuantiti yang banyak dan tidak berterusan contohnya Iklan internet.(Anda dinasihatkan supaya tidak memaparkan email anda dimana2 lamanweb untuk mengelak email anda dipungut untuk dijadikan mangsa Spam)

Adware
- Memaparkan iklan-iklan di skrin komputer anda.(Terdapat juga perisian-perisian percuma yang anda download dari internet diselitkan Adware ini oleh pembangun perisian tersebut untuk kepentingannya sendiri.)

Trojan
-Keylogger,mencuri kata laluan.(merakam segala apa yang mangsa taip seperti id dan kata laluan)

Spyware
- Mengutip segala maklumat yang terdapat dalam komputer si mangsa.(Lengkapkan juga komputer anda dengan perisian Anti Spyware.)

Dialer
-Melencongkan sambungan "dail-up" ke nombor yang dikenakan caj yang tinggi.(Penjenayah Siber kerap melakukan ini untuk mendapat keuntungan dari jenayah yang dilakukannya)

Bots
-
Mengawal komputer mangsa melalui jarak jauh.

Phishing
-Laman web palsu yang direka untuk mencuri kata laluan dan id mangsa.(Cara ini sering dilakukan dengan mengirim sepucuk email yang kononnya dari bank.)

Acer Aspire One,Anda Tertarik?



Sudah tentu anda telah melihat Komputer internet mini ini yang dikenali sebagai Aspire One,Jika mengikut dari pandangan saya...Acer Aspire One ini mulai dijual pada pertengahan tahun 2008 ini,Terdapat beberapa keistimewaan yang terdapat pada Komputer mini ini.Antaranya ia mempunyai saiz yang kecil dan lebih ringan dan membolehkan kita membawa ia kemana sahaja serta reka bentuk komputer mini ini nampak menarik! Ia juga dilengkapi dengan Acer Signal Up,yang membantu meningkatkan lagi kualiti dan isyarat wayarles.

Spec:
  • Intel Atom Processor 1.60GHZ
  • Mobile Intel 945GSE Chipset
  • DDR2 400/500MHz
  • Os Linpus Linux Lite/Windows XP Home.
  • 512mg-1.5GB DDR2
  • Storan 8GB Flash
  • 80GB (Windows)
  • Skrin 8.9"WSVGA/LED Backlight
  • Grafik Intel GMA950
  • Grafik Intel GMA950
  • 2xspeaker Stereo/Mikrofon terbina
  • WLA 802.11b/g/LAN 10/100Mbps
  • Pembaca Kad 5-dalam-1
  • 3xUSB 2.0
  • Kamera Web Acer Crystal Eye
  • Bateri 3jam(3-cell)/7 Jam(6-cell)
  • Saiz 249X170x29mm/985g.
  • Anggaran Harga RM 1,399

Untuk mengetahui lebih banyak info mengenai Acer spire One ini.Anda boleh merujuk laman web ini. http://www.acer.com/aspireone/

Sunday, September 14, 2008

Forum untuk cekapkomputer ?


Untuk membolehkan kita berkongsi masalah dan berkongsi lebih banyak ilmu....saya ingin meminta pendapat dari anda semua.....perlukah saya membuat sebuah forum untuk cekapkomputer ini?Di dalam forum ini nanti,kita boleh berkongsi lebih banyak perkara serta masalah yang dihadapi dan banyak lagi perkara.
Banyak pembaca diluar sana menghantar email kepada saya dan bertanya masalah yang mereka hadapi mengenai komputer,ada yang saya tidak dapat balas email dan komen tersebut kerana sangat sibuk dan masa yang tidak mencukupi....jadi dengan adanya forum ini,anda boleh menyatakan masalah anda dan berkongsi ilmu komputer anda bersama-sama dengan saya dan pembaca2 lain.
Jadi sini saya ingin meminta pendapat anda semua.Undilah jika perlu forum ini diadakan.Kotak undian ada  disediakan di tepi blog ini.Undian ditutup 10/10/2008 ini.Harap Maklum. :)

Saturday, September 13, 2008

Pautan untuk template2 blog anda(1)

Kepada mereka2 yang sedang belajar membina blog,anda mencari template2 yang menarik untuk menjadikan blog anda kelihatan lebih menarik dan kemas.Terdapat banyak laman web yang menyediakan template yang percuma antaranya :

Terdapat banyak lagi laman web yang menawarkan template2 menarik....saya akan update pada post yang akan datang :) .

Thursday, September 11, 2008

Arahan perintah "ping"

Pada kali ini saya ingin memberi sedikit panduan yang mudah untuk memeriksa sambungan internet anda melalui "ping".Cara ini sesuai apabila terdapat masalah melayari internet di tempat kerja atau di mana sahaja.Namun apa yang saya tunjukkan ini tidaklah terperinci

pertama sekali pergi ke butang Start --> Run --> kemudian taip "cmd"

Kemudian gunakan arahan "ping" untuk melihat sejauh mana sambungan internet anda berapa dalam keadaan baik.

contoh :

ping www.google.com

atau anda boleh juga menggunakan perintah ini untuk melihat ping secara berterusan

ping www.google.com -t


Anda boleh lihat sejauh mana sambungan internet anda melalui command "ping" ini.

sumber Rujukan :

Friday, September 05, 2008

Kemunculan Google Chrome


sudahkah anda mencuba pelayar baru dari google ini?pelayar ini bukan sahaja menarik malah kelajuan melayari internet dari pelayar ini amat menakjubkan!Ada yang mangatakan pelayar ini akan mengalahkan pelayar yang sedia ada seperti Mozilla Firefox,opera,internet Explorer dan sebagainya.
Pelayar yang dimaksudkan ialah... Google Chrome ,Saat mencuba pelayar ini,ia amat menarik dan pantas berbanding dengan pelayar yang sedia ada.buat masa ini pelayar ini masih lagi dalam ujian Beta,namun pelayar ini menunjukkan perkembangan positif dan saya rasa penggunaan pelayar ini akan meningkat dari semasa ke semasa.Cuma dalam ujian beta ini,satu kelemahan pelayar ini ialah tiada butang "Home" untuk pelayar ini,ianya tersembunyi d bahagian option pelayar ini,anda perlu mengeluarkannya secara manual...semoga pelayar ini memberikan kita kebaikan dan kemudahan dari semasa ke semasa.


Bagi mereka yang belum mencuba pelayar ini boleh memuaturun perisian ini di http://www.google.com/chrome