Info Gambar : laman web yang menyerupai youtube,laman web tersebut sebenarnya adalah laman web yang digunakan ntuk menyebarkan virus.
Dalam beberapa hari ini,saya perasan terdapat banyak rakan2 friendster saya telah terkena dengan virus melalui friendster.Apa yang virus ini lakukan ialah ia akan memperalatkan akaun fs kita yang dijangkiti oleh virus tersebut dan tanpa kita sedari kita akan mengirim mesej yang mengandungi mesej lucah ataupun lucu bersertakan link yang mempunyai virus di "post Bulletin",Private Mesej ataupun di Komen kepada rakan kita.
Saya telah memeriksa link yang disebarkan oleh virus ini,dan mendapati laman web yang mengandungi virus ini kelihatan seperti laman web yang begitu popular pada masa kini iaitu "Youtube",namun sebenarnya laman web tersebut adalah sebuah laman web yang palsu,Anda kononnya diminta untuk install Adobe Flash Player yang update untuk membolehkan anda melihat video yang dikirim oleh rakan anda yang telah diperdaya ini,Fail Adobe Flash Update tersebut bukanlah Adobe Flash yang sebenar ianya ialah Virus!!
Diminta mereka yang mendapat mesej seperti begini dari rakan2 anda diminta jangan membuka link tersebut.Saya akan terangkan lebih banyak lagi mengenai virus ini pada post akan datang..(masih dalam siasatan)hehe...
1 comments:
oh gitu ya, gemana donk nanggulanginnya, mslhnya terlanjur suka ma frenstr
Post a Comment