Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket
Showing posts with label cekapkomputer. Show all posts
Showing posts with label cekapkomputer. Show all posts

Friday, October 02, 2009

Jom download! ebook percuma Cekap Komputer 2009!



Seperti yang dinyatakan di dalam post sebelum ini,akhirnya ebook percuma himpunan artikel-artikel terpilih blog cekap komputer sedia untuk didownload.

Baiklah ebook percuma Cekap Komputer 2009 (Himpunan artikel-artikel blog Cekap Komputer dari januari – ogos) terdapat 17 artikel terpilih,antaranya ialah :

1.Masalah dengan Perisian IM anda?Jom guna Pidgin..
2.Berhati-hati dengan virus sality.y !!
3.Mengembalikan fail-fail office .doc anda yang hilang akibat virus!
4.Tip memeriksa Power Supply anda !
5.Berhati-hati dengan perisian antivirus palsu seperti WinPC Defender!
6.Senarai blog komputer dalam bahasa melayu!
7.Tip Menjaga Laptop Anda!
8.Perisian Percuma Irfanview!
9.Cara install Xampp pada ubuntu 9.04
10.Cantikkan ubuntu anda menggunakan Compiz!
11.Kemunculan Google Chrome OS!Google akan bersaing dengan Windows!
12.Sediakah pengguna Xp ke Windows 7 ?
13.Microsoft Office 2010
14.Kerajaan Malaysia cadang IPv6
15.Berhati-hati! Jangan jadi mangsa di dunia internet!
16.Beza perintah Windows dan Linux
17.Install Internet Explorer 6 pada ubuntu anda!

Muat turun ebook percuma Cekap Komputer 2009...himpunan artikel-artikel terpilih blog Cekap Komputer 2009.

http://blog.cekapkomputer.com



Tuesday, September 01, 2009

Laman Blog Baru Cekap Komputer!


Assalamualaikum dalam salam merdeka,disini saya ingin memaklumkan bahawa laman blog Cekap Komputer akan bertukar ke http://blog.cekapkomputer.com/ .Saya tidak akan delete atau buang blog Cekap Komputer yang asal ini namun saya hanya akan update blog baru Cekap Komputer...jadi jika anda inginkan update terkini dari blog cekap komputer,anda bolehlah melanggan feed secara percuma untuk blog baru Cekap Komputer...Berbeza dengan blog Cekap Komputer yang baru,saya menggunakan Wordpress untuk membina laman blog ini...Saya juga akan membuka ruangan pautan untuk membolehkan kita bertukar pautan nanti...Terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong penulisan saya selama ini...Saya juga akan upload e-book percuma yang saya lancarkan baru-baru ini melalui blog tersebut,anda boleh muat turun e-book tersebut melalui link yang disediakan(rujuk artikel mengenai ebook tersebut di blog baru Cekap Komputer)

Laman blog yang baru ini boleh dikatakan telah siap 70%,Saya akan menambah beberapa plugin untuk mencantik dan mengemaskan lagi blog ini.Kepada mereka yang membuat pautan ke blog lama Cekap Komputer diharapkan menukar pautan tersebut ke laman blog baru Cekap Komputer ini.Harap Maklum.


http://blog.cekapkomputer.com/

Sunday, July 19, 2009

ebook percuma khas untuk ahli Cekap Komputer


ebook percuma dari Cekap Komputer ini adalah khas untuk Ahli Forum Cekap Komputer....ebook ini adalah himpunan artikel-artikel dari blog cekap komputer.Anda bebas mengedarkan ebook ini kepada rakan-rakan dengan syarat tidak menjualnya...


Isi Kandungan

1. 10 Top Hos Blog !
2. Perisian percuma dan berguna! CCleaner
3. Perisian yang ringan dan percuma Foxit Reader
4. Perisian yang ringan dan percuma Foxit Reader
5. Unlocker 1.8.6 perisian percuma yang berguna..
6. Cara Mudah Menggunakan Proxy pada Irc
7. Masalah NTLDR pada Windows XP
8. Membuat Dailer dengan cara mudah untuk streamyx dan ISP lain
9. Memotong Video Menjadi beberapa bahagian menggunakan VCD Cutter 4.04
10. Membuang amaran Genuine Windows XP dengan cara manual
11. Membuat Multi Login pada Yahoo! Messenger(YM)
12. Cara meningkatkan keselamatan Pc anda
13. Menyelesaikan Masalah Super Hidden pada sesebuah folder
14. Recuva penyelamat fail anda yang terdelete secara tidak sengaja
15. Menyelesaikan masalah tetingkap error pada startup Windows XP anda
16. Cara Install dan menggunakan IRC(secara ringkas)
17. Arahan “ping”
18. Elakkan diri dari menjadi mangsa penjenayah siber
19. Pasang fungsi "Wine" pada ubuntu anda
20. Memberi sedikit effect perkataan menggunakan Adobe Photoshop
21. Penyebaran virus melalui Friendster menggunakan Akaun rakan anda tanpa disedari!
22. Perisian percuma Notepad++
23. Berbaloi menaiktaraf PC lama anda?


Untuk memuatturun ebook percuma ini,anda perlu mendaftar sebagai ahli forum Cekap Komputer,kerana ebook ini hanya untuk ahli cekap komputer sahaja.Harap Maklum.Kata laluan untuk ebook ini ialah cekapkomputer

anda boleh merujuk mengenai ebook ini disini,
http://forum.cekapkomputer.com/viewtopic.php?f=43&t=47

Sunday, May 24, 2009

Komuniti Juruteknik Komputer Sabah(kjksb.net)


Baiklah pada post kali ini,saya ingin memperkenalkan kepada anda Komuniti Juruteknik Komputer Sabah ( kjksb.net ) ,Kjksb ini dibangunkan oleh saya dan seorang lagi rakan saya yang merupakan Juruteknik Komputer Gred FT17 dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia.Tujuan asal dan sebenar lamanweb ini adalah untuk mengumpulkan Juruteknik-juruteknik komputer FT17 serta dialu-alukan juruteknik-juruteknik komputer swasta di Sabah.Namun anda juga dialu-alukan jika ingin berkongsi ilmu dan tutorial mengenai komputer dan sebagainya....Semoga dengan adanya laman web ini,Komuniti juruteknik komputer di Sabah dapat disatukan.

Forum kjksb : http://forum.kjksb.net
Lamanweb : http://kjksb.net

Thursday, May 07, 2009

cekapkomputer.com kini kembali!




Setelah beberapa hari menutup laman web cekap komputer,laman web cekapkomputer.com kini kembali!laman web cekapkomputer.com sebelum ini terpaksa ditutup diatas beberapa faktor yang tidak boleh dielakkan....dan untuk pengetahuan laman web ini menggunakan database yang berlainan dari yang sebelum ini jadi anda diminta mendaftar semula akaun anda(segala kesulitan harap dimaafkan)...ruangan dan isi akan ditambah di dalam laman web ini dari semasa ke semasa....

+ Sebagai tanda penghargaan kepada ahli berdaftar,anda boleh muat turun ebook percuma (A Practical Guide To Ubuntu Linux)....beberapa ebook percuma akan ditambah dari semasa ke semasa...jadi apa lagi?jom daftar akaun anda di laman web cekapkomputer.com!

Sunday, April 05, 2009

Tip Menukar Avatar untuk Forum Cekap Komputer

Baiklah disini saya ingin post mengenai cara menukar avatar untuk forum anda di forum.cekapkomputer.com...tutorial ini juga boleh digunakan bagi mana-mana forum yang menggunakan phpbb.Cara ini adalah sangat mudah dan sesuai untuk dijadikan panduan kepada pengguna yang baru belajar berforum.

Lihat Gambarajah dibawah.






Pertama sekali,Cari dan Klik butang "User Control Panel " seperti gambarajah di atas.

Kemudian klik pada tab Profile,kemudian pergi ke bahagian "Edit Avatar"




Kemudian klik pada butang "Browse" dan kemudian cari gambar anda untuk diupload.Setelah selesai upload...Klik pada butang "Submit"


Perhatian : Untuk forum Cekap Komputer,Maksimum untuk saiz gambar anda dialah 150 pixel x 150 pixel. Dan tidak lebih dari 9.91 kb...Harap Maklum...

Saturday, April 04, 2009

Forum CekapKomputer (Update 1)

Baiklah setelah membuat beberapa perubahan template untuk forum CekapkKomputer ini,akhirnya saya dapat menyediakan template yang sesuai untuk forum ini....anda boleh memberi sebarang komen-komen untuk meningkatkan lagi mutu forum ini....

Setakat ini terdapat beberapa ruangan yang anda boleh gunakan untuk berkongsi masalah anda...Terdapat juga group khas untuk chatter-chatter IRC....satu ruangan IRC akan disediakan untuk membolehkan anda berkongsi script anda dan lain-lain...namun ruangan ini hanya untuk chatter-chatter sahaja tidak dibuka untuk ahli biasa.

Perhatian : Untuk mengelakkan "spam",Akaun ahli-ahi baru diaktifkan dalam masa 48jam...Sebarang akaun yang didaftarkan melalui ip barat atau menggunakan proxy akan dibatalkan serta-merta,ini untuk mengelakkan akaun spam..


http://forum.cekapkomputer.com






beberapa ruangan akan ditambah dari semasa - semasa....harap maklum..


Monday, February 02, 2009

Jom berkunjung ke cekapkomputer.com!!

Seperti yang dijanjikan pada 1/2/2009 akhirnya laman web cekapkomputer.com berjaya dibangunkan pada hari tersebut.Dari semasa ke semasa isi-isi di laman web tersebut akan ditambah untuk kebaikkan ahli-ahli semua.Namun anda boleh mendaftar akaun anda di laman web tersebut.
Laman web ini dilengkapi dengan sebuah forum,namun anda dikehendaki mendaftar dua akaun iaitu akaun untuk laman web dan akaun untuk forum ini.Ini kerana akaun untuk laman web dan forum ini menggunakan database yang berbeza,sebab mengapa anda perlu mendaftar ke kedua-dua akaun tersebut :

Laman web cekapkomputer :

  1. Membolehkan anda menghantar pautan Blog It anda(tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan).
  2. Membolehkan anda menggunakan ruangan muatturun(Dibuka kepada ahli yang telah mendaftar sahaja)
  3. perbagai lagi kemudahan dan kelebihan yang akan ditambah dari semasa ke semasa di dalam laman web tersebut..
Forum cekapkomputer :

  1. Membolehkan anda berkongsi pengetahuan dan pandangan anda di dalam forum tersebut.
  2. Pengunjung yang tidak mendaftar hanya boleh melihat dan membaca topik2 yang diutarakan tetapi tidak dapat membalas topik-topik tersebut.
  3. Terdapat ruangan-ruangan yang akan ditambah yang mana hanya ahli yang mendaftar sahaja akan dapat mengakses d dalam ruangan forum tersebut.

Sunday, January 25, 2009

Blog cekapkomputer page rank google 3/10 !

Saya terkejut apabila melihat cekapkomputer.blogspot.com mendapat 3/10 page rank dari google.com...sebelum ini page rank blog cekapkomputer hanya 2/10...ini bermakna pengunjung di blog ini semakin meningkat dari semasa ke semasa...Anda boleh melihat page rank ini apabila anda memasang toolbar dari google...
Saya mengucapkan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung sekalian...semoga lebih banyak ilmu yang kita boleh kongsi bersama...jika sesiapa yang mempunyai sebarang cadangan mengenai topik yang ini dipostkan di dalam blog ini bolehlah hantar email kepada saya.

Wednesday, January 21, 2009

cekapkomputer.com akan dibuka pada 1/feb/2009!



Dalam artikel saya sebelum ini,saya ada menyatakan mengenai pembikinan laman web cekapkomputer.com...Tujuan utama laman web ini dibina adalah untuk sama-sama kita membantu mereka-mereka yang mempunyai sebarang masalah berkenaan dengan komputer dan sebagainya,sebuah forum juga akan disediakan di dalam laman web ini..anda semua boleh menggunakan forum ini sebaik mungkin untuk berkongsi masalah IT anda.Dalam forum ini juga nanti bukan sahaja anda boleh berkongsi masalah mengenai IT,tetapi terdapat beberapa ruangan forum yang akan saya tambah untuk membolehkan anda membincangkan perkara-perkara lain contoh seperti ruangan pendidikan,politik,hiburan dan lain-lain...Jika anda mempunyai sebarang cadangan mengenai ruangan yang anda rasa sesuai diletakkan di forum ini bolehlah menghantar komen anda di post ini.
Buat masa ini laman web tersebut telah siap 70%,dan saya akan buka laman web ini pada 1/2/2009 nanti(Bersamaan umur saya yang akan masuk 20tahun pada hari tersebut hehe)....Anda juga boleh memberi cadangan mengenai isi-isi yang anda rasa sesuai diletakkan di dalam laman web ini,saya akan pertimbangkan cadangan-cadangan anda.Dari semasa ke semasa pihak cekapkomputer akan menambah ruangan2 di dalam cekapkomputer ini.

p/s : Pembinaan forum cekapkomputer akan dibangunkan dari semasa ke semasa.harap maklum

Semoga pembikinan laman web ini berjalan dengan lancar....

"Sumber Ilmu Pengetahuan Untuk Anda "

Monday, January 19, 2009

Logo CekapKomputer




Setelah beberapa kali mereka logo untuk cekapkomputer,akhirnya saya bercadang menggunakan logo ini.Dan saya menggunakan warna biru merah sebagai warna tema blog ini...logo ini akan saya gunakan di blog dan lamanweb cekapkomputer(Akan Datang)....Selain itu saya sedang mengemaskinikan blog ini,namun diawal tahun ini terdapat banyak perkara yang saya sedang uruskan termasuk membina beberapa lamanweb yang termasuk dalam tugas saya sebagai Juruteknik Komputer.Oleh itu saya akan kemaskinikan blog ini dari semasa ke semasa.

p/s : Jika terdapat sebarang pertanyaan,bolehlah menghantar komen anda di blog ini...

Monday, November 17, 2008

Analisis Hasil keputusan "Forum untuk Cekapkomputer"


Akhirnya setelah membuat undian mengenai pembikinan sebuah forum untuk cekapkomputer,kita telah mendapat undian yang menambahkan lagi keinginan saya untuk membuat sebuah laman web cekapkomputer.com dilengkapi dengan sebuah forum komuniti.

Keputusan undian "Forum untuk Cekapkomputer"
Saya Sokong! 80% Memang patut.. 12% Saya ikut jer 1% Tak nak.. 5%

Mengikut undian diatas 80% dari pembaca di luar sana bersetuju untuk menubuhkan sebuah forum cekapkomputer.Dan terdapat juga 5% yang kurang bersetuju untuk menubuhkan forum ini.Bagi saya ini adalah hak individu untuk mengundi...sama juga dalam suasana lain ada yang menyokong sesetengah pihak dan ada juga tidak,jadi kita harus ambil positif dengan perkara ini..Namun saya bersyukur kebanyakan dari pembaca blog ini bersetuju dengan penubuhan forum ini.

Untuk makluman pembaca-pembaca sekalian,saya dalam proses membina sebuah laman web & berforum ...dan laman web tersebut akan dikenali sebagai Cekapkomputer.com ,buat masa ini laman web tersebut masih dalam pembinaan,nantikan kemunculannya!

p/s Saya ada sibuk sedikit kerana sedang menyiapkan laman web cekapkomputer.com tersebut...Diharapkan anda semua mendapat ilmu yang bermanfaat di cekapkomputer.blogspot.com ini.

Thursday, November 06, 2008

Berbaloi menaiktaraf PC lama anda?

Penggunaan Komputer adalah penting untuk kita...seperti pembaca-pembaca yang lain tentu sekali anda mempunyai banyak pengalaman berkenaan tentang komputer,dari komputer pertama yang anda atau keluarga anda pernah miliki sehingga kini tentu sekali ada banyak perubahan.
Jika dikaji secara rambang penggunaan komputer peribadi ( PC ) di Malaysia,mungkin sekitar tahun 1995.Pada masa tersebut harga sebuah PC boleh menjangkau harga sehingga 3 ribu ringgit.(Maklumlah pada masa tersebut pengeluaran PC belum seberapa meluas tidak seperti sekarang).Dari komputer jenis melintang sehinggakan menegak banyak perubahan dan kejayaan yang dikecapi oleh syarikat2 yang berkaitan untuk memantapkan lagi mutu dan kualiti penggeluaran komputer sehinggakan ke hari ini.

Namun apa yang saya ingin utarakan pada post kali ini ialah,Wajarkah kita menaiktaraf PC lama kita? , Dari apa yang saya lihat sendiri pada masa kini,terdapat individu yang mempunyai komputer jenis lama (sekitar tahun 1995 - 2006 ) "takut" untuk bertukar atau menaiktaraf komputer mereka.Faktor utama yang paling penting adalah faktor kewangan.Namun,jika dikaji semula budjet yang diperlukan untuk membeli komputer baru adalah cukup murah dari dahulu tidak seperti pembeli yang dahulu fikirkan.Anda tentu sekali berasa bosan menggunakan komputer yang perlahan,membuang masa anda serta penggunaaan yang terhad.

Adakah wajar untuk anda menaik taraf komputer lama anda?(tahun 1999 - 2004) Bagi anda yang mempunyai sedikit wang dan bercadang untuk menaiktaraf komputer anda dengan harapan anda akan mendapat menjimat sedikit wang daripada membeli sebuah komputer baru anda tentu sekali tersilap!Benar,pada hari ini anda tentu sekali akan rugi jika menaiktaraf komputer lama anda,bukan sahaja rugi wang anda malah rugikan masa anda.Pada hari ini part-part untuk komputer jenis lama adalah lebih mahal dari part-part komputer yang baru.Malah jika anda menaiktaraf komputer anda,anda akan jadi seperti dahulu berdepan dengan komputer yang perlahan dan tentu membosankan anda. RAM 128MB - 256MB adalah tidak sesuai digunakan pada masa kini kerana banyak perisian-perisian kini perlu menggunakan lebih banyak ruangan memori untuk membolehkannya berjalan dalam keadaan yang maksimum.

Menggunakan komputer yang perlahan akan menyebabkan masa kita terbuang dan melambatkan pekerjaaan kita.


Mari kita lihat anggaran harga untuk PC Lama dan PC baru :


PC Lama

(Saya mengambil anggaran untuk PC pentium 4 lebih kurang pada tahun 2004)

Processor pentium 4 Anggaran Harga = (kebanyakan kedai komputer tidak lagi menjual processor jenis ini,namun terdapat juga kedai yang masih menjualnya harganya lebih kurang secondhand = rm200 baru =rm300 - rm400.
RAM 512MB DDR PC400 = RM85
Motherboard pentium 4 = RM200
Harddisk 160GB seagate IDE = RM179
DVD RW IDE = RM80

Jumlah = RM744

PC Baru

Pentium Celeron soket 755 = RM139
1GB DDR2 PC667 = RM59
MOTHERBOARD BIOSTAR 945GC-M7 TE = RM149
Harddisk 160GB seagate sata = RM139
DVD RW Sata = RM80

Jumlah = RM566

* Anggaran ini adalah anggaran part-part yang sering di dinaiktaraf.Jika anda merujuk Anggaran yang dinyatakan diatas,anda boleh melihat sendiri perbezaan harga peralatan komputer baru dan lama.Bukan itu sahaja tentu sekali kelajuan PC baru adalah dua kali ganda kelajuan PC lama.

Sunday, September 28, 2008

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri


Beberapa hari lagi kita akan menyambut hari raya aidilfitri,disini pihak cekapkomputer.blogspot.com mengucapkan "Selamat menyambut hari raya aidilfitri" jika ada terkasar bahasa dan penulisan harap dimaafkan...Saya amat memerlukan komen dari anda dalam menyampaikan penulisan pada akan datang.


Terdapat banyak laman web menyediakan kod-kod gambar raya yang anda boleh kirimkan untuk rakan2 anda di friendster dan sebagainya....

antaranya :
http://www.funscrape.com/Scraps.aspx?CatName=Ramadan+Karim
http://www.funscrape.com/Scraps.aspx?CatName=Bahasa+Ramadhan
http://www.funscrape.com/Flash.aspx?CatName=Ramadan.Karim.Flash

Sunday, September 14, 2008

Forum untuk cekapkomputer ?


Untuk membolehkan kita berkongsi masalah dan berkongsi lebih banyak ilmu....saya ingin meminta pendapat dari anda semua.....perlukah saya membuat sebuah forum untuk cekapkomputer ini?Di dalam forum ini nanti,kita boleh berkongsi lebih banyak perkara serta masalah yang dihadapi dan banyak lagi perkara.
Banyak pembaca diluar sana menghantar email kepada saya dan bertanya masalah yang mereka hadapi mengenai komputer,ada yang saya tidak dapat balas email dan komen tersebut kerana sangat sibuk dan masa yang tidak mencukupi....jadi dengan adanya forum ini,anda boleh menyatakan masalah anda dan berkongsi ilmu komputer anda bersama-sama dengan saya dan pembaca2 lain.
Jadi sini saya ingin meminta pendapat anda semua.Undilah jika perlu forum ini diadakan.Kotak undian ada  disediakan di tepi blog ini.Undian ditutup 10/10/2008 ini.Harap Maklum. :)

Thursday, August 28, 2008

Bukan Sekadar Anugerah...

Bagi saya anugerah yang kak eriyza beri kepada saya bukan hanya sebuah anugerah melalui post beliau baru2 ini,namun kepercayaan yang beliau berikan kepada blog cekap komputer membuatkan saya lebih bersemangat untuk mencari dan berkongsi ilmu dalam blog ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulis blog http://eriyzaqistina.blogspot.com/ kerana menghargai blog ini cekapkomputer.blogspot.com.Dalam post beliau baru2 ini bertajuk
Anugerah Brilliant Weblog .
Kak Eriyza telah memberi anugerah kat blog cekap komputer ini.


Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kak eriyza serta pembaca2 blog cekap komputer...kedatangan anda semua telah menaikkan lagi traffik untuk blog ini....dari semasa ke semasa saya akan memberi lebih banyak info.Tentu banyak lagi yang saya perlu belajar disaat usia saya yang baru 19 tahun pada tahun ini.

Segala pandangan dan komen anda sila tinggalkan di dalam blog ini.untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti blog ini.Kita sama-sama belajar.