Penggunaan Komputer adalah penting untuk kita...seperti pembaca-pembaca yang lain tentu sekali anda mempunyai banyak pengalaman berkenaan tentang komputer,dari komputer pertama yang anda atau keluarga anda pernah miliki sehingga kini tentu sekali ada banyak perubahan.
Jika dikaji secara rambang penggunaan komputer peribadi ( PC ) di Malaysia,mungkin sekitar tahun 1995.Pada masa tersebut harga sebuah PC boleh menjangkau harga sehingga 3 ribu ringgit.(Maklumlah pada masa tersebut pengeluaran PC belum seberapa meluas tidak seperti sekarang).Dari komputer jenis melintang sehinggakan menegak banyak perubahan dan kejayaan yang dikecapi oleh syarikat2 yang berkaitan untuk memantapkan lagi mutu dan kualiti penggeluaran komputer sehinggakan ke hari ini.
Namun apa yang saya ingin utarakan pada post kali ini ialah,Wajarkah kita menaiktaraf PC lama kita? , Dari apa yang saya lihat sendiri pada masa kini,terdapat individu yang mempunyai komputer jenis lama (sekitar tahun 1995 - 2006 ) "takut" untuk bertukar atau menaiktaraf komputer mereka.Faktor utama yang paling penting adalah faktor kewangan.Namun,jika dikaji semula budjet yang diperlukan untuk membeli komputer baru adalah cukup murah dari dahulu tidak seperti pembeli yang dahulu fikirkan.Anda tentu sekali berasa bosan menggunakan komputer yang perlahan,membuang masa anda serta penggunaaan yang terhad.
Adakah wajar untuk anda menaik taraf komputer lama anda?(tahun 1999 - 2004) Bagi anda yang mempunyai sedikit wang dan bercadang untuk menaiktaraf komputer anda dengan harapan anda akan mendapat menjimat sedikit wang daripada membeli sebuah komputer baru anda tentu sekali tersilap!Benar,pada hari ini anda tentu sekali akan rugi jika menaiktaraf komputer lama anda,bukan sahaja rugi wang anda malah rugikan masa anda.Pada hari ini part-part untuk komputer jenis lama adalah lebih mahal dari part-part komputer yang baru.Malah jika anda menaiktaraf komputer anda,anda akan jadi seperti dahulu berdepan dengan komputer yang perlahan dan tentu membosankan anda. RAM 128MB - 256MB adalah tidak sesuai digunakan pada masa kini kerana banyak perisian-perisian kini perlu menggunakan lebih banyak ruangan memori untuk membolehkannya berjalan dalam keadaan yang maksimum.
Menggunakan komputer yang perlahan akan menyebabkan masa kita terbuang dan melambatkan pekerjaaan kita.
Mari kita lihat anggaran harga untuk PC Lama dan PC baru :
PC Lama
(Saya mengambil anggaran untuk PC pentium 4 lebih kurang pada tahun 2004)
Processor pentium 4 Anggaran Harga = (kebanyakan kedai komputer tidak lagi menjual processor jenis ini,namun terdapat juga kedai yang masih menjualnya harganya lebih kurang secondhand = rm200 baru =rm300 - rm400.
RAM 512MB DDR PC400 = RM85
Motherboard pentium 4 = RM200
Harddisk 160GB seagate IDE = RM179
DVD RW IDE = RM80
Jumlah = RM744
PC Baru
Pentium Celeron soket 755 = RM139
1GB DDR2 PC667 = RM59
MOTHERBOARD BIOSTAR 945GC-M7 TE = RM149
Harddisk 160GB seagate sata = RM139
DVD RW Sata = RM80
Jumlah = RM566
* Anggaran ini adalah anggaran part-part yang sering di dinaiktaraf.Jika anda merujuk Anggaran yang dinyatakan diatas,anda boleh melihat sendiri perbezaan harga peralatan komputer baru dan lama.Bukan itu sahaja tentu sekali kelajuan PC baru adalah dua kali ganda kelajuan PC lama.
0 comments:
Post a Comment