Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket
Showing posts with label Perisian. Show all posts
Showing posts with label Perisian. Show all posts

Wednesday, June 11, 2008

Ubuntu dan windows XP dalam Laptop/komputer anda...


Seperti yang anda tahu atau tidak...kita boleh meletakkan dua sistem dalam komputer kita,pada post kali ini saya akan perkenalkan satu perisian kepada anda yang membolehkan anda memasang sistem ubuntu(Linux) dalam komputer anda dengan begitu mudah..
Anda hanya perlu install ubuntu dalam komputer anda melalui sistem windows yang anda gunakan.Apakah perisian tersebut???Jawapannya ialah perisian Wubi.Anda boleh mendapat maklumat lanjut mengenai Wubi ini di http://wubi-installer.org/ .Jadi anda tidak perlu lagi susah payah untuk install Ubuntu dalam komputer anda.Setelah anda selesai download perisian wubi ini,anda perlu sambung ke internet,dan ia akan memuat turun beberapa fail ubuntu,apa yang anda perlu lakukan adalah masukkan "username" dan "password" anda untuk akaun ubuntu anda.Sebelum memasuki sistem anda akan diberi pilihan samada ini menggunakan sistem Windows atau Ubuntu.

Kita akan berbincang lebih lanjut lagi mengenai cara memasang ubuntu menggunakan wubi ini dengan lebih lanjut pada post akan datang. :)

Wubi is Simple

No need to burn a CD. Just run the installer, enter a password for the new account, and click "Install", go grab a coffee, and when you are back, Ubuntu will be ready for you.

Wubi is Safe

You keep Windows as it is, Wubi only adds an extra option to boot into Ubuntu. Wubi does not require you to modify the partitions of your PC, or to use a different bootloader, and does not install special drivers. It works just like any other application. Wubi is spyware and malware free, and being open source, anyone can verify that.

Wubi is Discrete

Wubi keeps most of the files in one folder, and if you do not like it, you can simply uninstall it as any other application.

Wubi is Free

Wubi and Ubuntu cost absolutely nothing (free as in beer), but yet provide a state of the art, fully functional, operating system that does not require any activation and does not impose any restriction on its use (free as in freedom).







Update perisian anda menggunakan FileHippo.com Update Checker

Pernahkan anda menggunakan FileHippo.com Update Checker?Apakah fungsi FileHippo.com Update Checker ini?
Selain daripada download.com atau website lain yang membolehkan kita mendownload perisian tertentu,anda juga boleh berkunjung ke http://www.filehippo.com untuk memuatturun perisian yang terkini dan terbaru untuk komputer anda contoh ccleaner dan sebagainya.Saya suka mencari perisian2 yang terkini dan update di www.filehippo.com kerana laman web tersebut kelihatan kemas dan perisian2 diletakkan di kategori yang sesuai...
Kembali kepada tajuk post kali ini,saya ingin memberi sedikit info mengenai fungsi FileHippo.com Update Checker ini....FileHippo.com Update Checker ini berfungsi memeriksa perisian yang perlu diupdate dalam komputer anda...Tetapi untuk menjalankan fungsi ini,anda kenalan membuat sambungan ke internet.Perisian FileHippo.com Update Checker ini sangat mudah digunakan dan cukup kecil saiznya.
Download perisian ini kemudiankan jalankan perisian ini,ia akan memeriksa perisian mana yang perlu diupdate dalam komputer anda..
Anda boleh dapatkan perisian tersebut disini.http://www.filehippo.com/updatechecker/

Wednesday, May 28, 2008

Recuva penyelamat fail anda yang terdelete secara tidak sengaja

Pernahkan suatu masa anda ter"delete" fail penting anda??tentu anda berasa sedih dan marah apabila fail yang anda sayangi di"delete" samada dengan sengaja ataupun tidak.
Usah risau terdapat cara dan perisian untuk anda mengembalikan data/fail anda tersebut.Salah satu caranya anda boleh menggunakan perisian Recuva .

untuk maklumat lanjut mengenai perisian recuva nie rujuk laman webnya.
http://www.recuva.com/
Perisian ini adalah percuma dan anda boleh mendownloadnya di http://www.recuva.com/download

Bagaimana menggunakan perisian recuva ini?baiklah pada post kali ini saya akan tunjukkan sedikit sebanyak cara menggunakankan perisian ini.

Selesai anda download dan install perisian tersebut.Buka perisian tersebut.

Apabila mesej seperti dibawah dipaparkan klik butang "Next"


















Kemudian Pilih kategori data apa yang anda ingin cari samada gambar,music,document dan sebagainya.Kemudian klik butang Next.



















Jika anda pasti dan tahu dari fail yang anda hendak cari kerja pencarian lebih mudah,jika tidak pilih sahaja "I'm not sure".


















Kerja pencarian untuk recover fail anda akan dimulakan klik butang "start"



















Tunggu sehingga proses pencarian fail yang telah di"delete".




































Selepas itu data2 yang telah terdelete ada dipaparkan.Tandakan fail tersebut kemudian klik butang " Recover" dan kemudian pilih lokasi dimana anda hendak menyimpan fail atau data yang anda recover tadi.

Tuesday, May 13, 2008

Download Video Youtube dengan 1-CLICK Batch Download

Adakah anda penggemar youtube?tentu sekali apabila kita melihat Video dari youtube ada sesetengah video yg kita gemari dan ingin mendownload video tersebut.Tanpa bantuan untuk download video dari youtube tentu anda mengalami kesukaran kerana web Youtube tidak meletakkan sebarang link untuk download video2 tersebut.
Antara perisian yang anda boleh gunakan ialah perisian 1-CLICK Batch Download ,perisian ini juga sangat mudah dan menarik..kita boleh download video yg kita suka dengan beberapa format selain flv.

Anda boleh download perisian ini di http://eurekr.com/download.html
ianya percuma dan saiznya kecil sahaja...

selepas install buka perisian ini,dan anda pergi ke youtube...perisian ini sama seperti pelayar internet firefox atau sebagainya.bezanya ialah di tepi pelayar ini ada butang untuk download video youtube serta format video yg diingini.









Video yang anda download akan disimpan di My Documents\My YouTube..atau anda boleh klik pada butang My Download(bersebelahan dengan butang menukar format video) untuk terus ke folder My Youtube tersebut.

Monday, May 05, 2008

TuneUp Utilities 2008

Bagi mereka yang telah menggunakan perisian TuneUp Utilities ini tentu amat berpuas hati dengan fungsi yang ada pada TuneUp Utilities ini.
Adakah anda telah mencuba TuneUp Utilities 2008?TuneUp Utilities 2008 kelihatan lebih cantik berbanding dengan TuneUp Utilities 2006/2007...Bentuknya seumpama menggunakkan theme Windows Vista..Seperti yang sebelum ini TuneUp Utilities 2008 juga mempunyai fungsi2 yang berguna untuk penjagaan sistem kita seperti Meningkatkan Persembahan Komputer Kita,menambah kelajuan komputer kita,Membuang Fail-fail Sampah yang ada dalam komputer kita,membaiki registry sistem kita,Menukar icon komputer anda dan banyak lagi fungsi menarik.Baiklah disini saya paparkan reka bentuk TuneUp Utilities 2008 :)

Link Download Klik SINI
Lesen Perisian : Shareware Free to try; $49.95 to buy
Sistem OS : Windows 2000/XP/Vista

P/s Perisian tuneup 2008 nie bukannya freeware,jadi pahem2 ler apa nak buat...eheh..nak beli atau cari Cr***..terpulang kepada individu..









































































































Muka baru Fungsi TuneUp 1-Click Maintenance tuneup 2008..


Monday, April 21, 2008

Mengubah background pada sesuatu folder

Kali ini saya akan tunjukkan kepada anda cara bagaimana mengubah background sesuatu folder...jika kita menggunakan windows ME tentu sahaja kita dapat melakukannya dengan mudah.tetapi kita sebenarnya boleh juga meletak background pada sesuatu folder untuk kelihatan menarik di Windows XP.

langkah pertama,download perisian yang kecil ini Disini

kemudian extract TukarBackground.rar tersebut.(adalah lebih baik korang baca notepad yang ada disertakan dalam TukarBackground.rar tersebut hehe..)

didalam TukarBackground.rar tersebut ada satu fail yang dinamakan Tukar Background.EXE.Baiklah apa yang anda perlu lakukan sekarang ialah copy & paste ke suatu folder yang anda hentak letakkan background.contoh : My Document.
























Selepas itu klik perisian Tukar Background.EXE tersebut.Kemudian Pilih Choose a background picture.Dan kemudian klik butang Next.





















Selepas itu klik butang Browse..





















pilih lokasi gambar yang anda hendak letak sebagai background..





















kemudian klik butang next...anda boleh mengubah warna tulis setiap fail dalam folder tersebut....





















Dan lihat hasilnya sendiri....untuk mendapat background yang cantik anda perlu mengubah besar saiz gambar yang anda hendak jadikan sebagai background.


















Sumber ilmu pengetahuan untuk anda...hanya di cekap komputer dot blog spot dot com.

Tuesday, April 15, 2008

Memotong Video Menjadi beberapa bahagian menggunakan VCD Cutter 4.04

Pada Post kali ini saya akan tunjukkan bagaimana memotong sebuah video/movie menjadi beberapa bahagian...

Perisian yang digunakan : VCD Cutter 4.04
Lesen : percuma(Freeware)
Jenis Perisian : Portable(tidak perlu install ke komputer anda,boleh gunakan terus perisian ini)
Saiz Perisian : 980 KB (1,003,520 bytes)
Download : Anda Boleh Download Disini


Pertama,extract fail VCD Cutter 4.04 ini,kemudian buka perisian ini >> VCDCUT.EXE















Kemudian,seperti gambarajah Klik file --> Open Movies ..kemudian pilih video yang anda hendak potong..


































Selepas itu,Klik Play untuk memainkan video tersebut dan pilih bahagian mana yang anda hendak potong kemudian klik Icon untuk potong seperti gambarajah dibawah..



















Anda boleh "Set"kan bahagian mana yang anda hendak potong...selepas itu klik icon seperti anak panah ketiga dalam gambar dibawah ini.




















Selepas itu Klik Icon yang huruf A ini untuk simpan video buat sementara








Baiklah apa yang anda perlu lakukan sekarang ialah Save video yang anda telah potong caranya ialah...Klik ke Clip List,disana terdapat fail yang anda telah potong tadi...













Klik Right Klik pada part2 video yang anda telah edit tersebut kemudian klik Save This Clip .Pilih lokasi dimana anda hendak simpan clip video tersebut.

































Tunggu sehingga proses menyimpan selesai... : )










Selamat Mencuba! Sumber Ilmu Pengetahuan Anda di Cekap Komputer Dot Blogspot Dot CoM

Wednesday, April 09, 2008

Bahagikan Fail Mp3 kepada beberapa bahagian menggunakan MEDA MP3 Splitter

Kali ini,saya akan tunjukkan satu perisian untuk memotong fail Mp3 menjadi beberapa bahagian...
Perisian yang saya gunakan ialah MEDA MP3 Splitter .
Apakah kegunaan MEDA MP3 Splitter nie?Baiklah seperti yang saya maksudkan tadi,dengan menggunakan perisian ini kita boleh memotong sebuah Lagu Mp3 kepada beberapa bahagian,jadi dengan perisian ini kita boleh membuat ringtone untuk handphone kita hehehe.....baiklah saya akan tunjukkan cara menggunakan perisian ini satu persatu...

Download kat http://www.medafan.com/
free trial version

Baiklah saya akan tunjukkan cara menggunakan perisian ini satu persatu.

setelah install perisian ini,buka icon perisian ini di desktop anda(perhatian,perisian ini cuma trial jadi pandai2 le cari biskutnye...atau pm saya)













Kemudian pilih sebuah lagu yang anda ingin bahagikan kepada beberapa bahagian....
































Selepas itu,satu seperti golombang digital akan keluar berwarna hijau,baiklah....kemudian anda perlu tetapkan bahagian mana yang anda hendak potong...anda boleh menggunakan butang play dan pause di bahagian kanan perisian ini untuk menentukan kedudukan mana anda ingin potong lagu ini.kemudian,untuk memotong lagu tersebut pergi ke File > Set Cut Point atau tekan CTRL+X .













Selepas anda potong lagu tersebut,akan nampak garis berwarna merah seperti gambar dibawah...



















Apa yang anda perlu lakukan sekarang ialah Save kerja yang anda buat tadi.selalunya fail yang disave akan tersimpan di My Document > My Music























Selesai,lihat hasilnya di My Document > My Music anda.

Sumber ilmu pengetahuan anda di Cekap Komputer dot BlogSpot dot Com


Sunday, April 06, 2008

Membuat gambar bergerak menggunakan Adobe ImageReady

Pada kali ini saya akan tunjukkan kepada anda cara membuat gambar bergerak berformatkan GIF menggunakan Adobe ImageReady.Saya akan tunjukkan satu persatu caranya supaya anda mudah memahami.Untuk memudahkan anda saya akan sertakan gambarajah membuat gambar bergerak ini satu persatu.

  1. Mula-mula anda perlu edit sebuah gambar menggunakan Adobe Photoshop…anda boleh edit apa sahaja gambar yang inginkan…jangan lupa meletak perkataan yang menarik untuk mencantikan gambar yang anda edit.











  1. Apabila anda selesai membuat sebuah gambar yang cantik menggunakan Adobe photoshop,anda perlu memindahkan gambar tersebut ke Adobe ImageReady untuk edit gambar tersebut supaya kelihatan bergerak caranya untuk menukar ke adobe ImageReady ialah dengan…Klik butang seperti gambarajah dibawah.






  1. Satu tetingkap baru Adobe ImageReady akan muncul….Gambar yang anda edit tadi akan dipindahkan disini,Apa yang anda perlu lakukan sekarang ialah bina layer animation baru caranya ikut gambarajah dibawah... Klik Copy Frame











4. Selepas anda klik butang “Copy Frame”,anda perlu klik “Paste Frame” untuk membuat layer animation baru.Satu tetingkap akan keluar selepas itu…pilih “Paste After Selection” kemudian OK .













  1. Anda boleh membuat beberapa layer Animation baru,contoh yang saya buat adalah 4 layer Animation.Apa yang anda perlu lakukan ialah :
  • Klik pada layer animation kedua.
  • Kemudian klik pada layer untuk perkataan atau gambar pada gambar yang yang anda telah edit.
  • Gerakkan perkataan/gambar tersebut ke arah yang anda inginkan.
  • Lakukan perkara yang sama kepada layer2 perkataan dan gambar yang lain.












  1. Apa yang anda perlu lakukan ialah lakukan perkara yang sama kepada layer yang lain.













  1. Apabila selesai anda perlu edit masa pada layer itu bergerak.caranya klik pada bawah layer animation tersebut (0 sec) .anda boleh letakkan saat gambar iitu akan bergerak.







  1. Apabila selesai simpan gambar anda kepada format GIF.Caranya ialah

Klik ke File à Save Optimized As..





















Langkah terakhir,letakkan nama gambar anda tersebut dan Save.Selesai :) Lihat hasil gambar yang anda buat tadi.amcm menjadi ke??hehe :)..

Selamat menimbah ilmu di Cekap Komputer dot blogspot dot com

Saturday, March 22, 2008

Perisian Kata laluan untuk anda

Baiklah,disini saya ingin menyenaraikan beberapa perisian kata laluan yang berguna untuk anda....dengan menggunakan perisian kata laluan ini anda dapat mengaturkan kata laluan email anda,forum,dan sebagainya.Selain itu,dengan menggunakan perisian kata laluan ini,kita boleh menghindarkan diri kita dari ancaman keylogger yang semakin merumitkan.keylogger adalah perisian jahat yang dicipta oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,keylogger boleh mencuri kata laluan kita dengan mengikut pergerakan papan kekunci kita,oleh itu kita kena berhati2.Disini saya ada sertakan beberapa perisian kata laluan yang anda boleh cuba :

  1. KeePass Password Safe ( http://keepass.sourceforge.net/ )
  2. Scarabay ( http://www.alnichas.info/ )
  3. Aurora Password Manager ( http://www.animabilis.com/ )
  4. Password Corral ( http://www.cygnusproductions.com/ )
  5. Webmaster Password ( http://www.tropicdesigns.net/password-generator.html )
Terdapat banyak lagi perisian kata laluan yang anda boleh gunakan.Pilih ikut kesesuaian anda menggunakannya. :)













Sumber ilmu Pengetahuan anda di Cekap Komputer Dot Blogspot Dot Com