Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket
Showing posts with label Tips dan Trik Komputer. Show all posts
Showing posts with label Tips dan Trik Komputer. Show all posts

Sunday, May 24, 2009

Tip Menjaga Laptop Anda!




Baiklah pada post kali ini,saya akan memberi anda sedikit panduan cara untuk menjaga laptop.Laptop pada masa kini sangat popular kerana dengan adanya laptop,tugas kita menjadi lebih cepat dan mudah..berbeza suatu ketika dahulu,ketika pertama sekali laptop dikeluarkan,harga sebuah laptop adalah sangat-sangat mahal..namun kini kita sendiri boleh lihat ada segelintir keluarga suda mampu menghadiahkan atau membelikan anak-anak mereka sebuah laptop.Dari segi ketahanan pula,Komputer peribadi(PC) dan laptop adalah berbeza...Laptop dikatakan lebih sensitif dan perlu dijaga dengan berhati-hati...

Baiklah dibawah adalah beberapa tips yang anda perlu ketahui untuk menjaga laptop anda,Saya akan tambah tips ini di post yang akan datang :



  • Jangan letakkan laptop anda di atas katil,karpet atau permukaan yang lembut yang boleh menyebabkan aliran udara kipas laptop anda tertutup.Ini akan menyebabkan laptop anda akan menjadi Overheating.
  • Jangan letak Laptop anda di pangkuan anda(di paha anda).
  • Untuk menjadikan bateri lebih tahan,buka bateri laptop anda ketika ia telah penuh di cas.Hanya sambungkan kabel power untuk memastikan laptop anda berfungsi tanpa memerlukan bateri.
  • Jangan letak laptop anda di kawasan yang basah.(juga minuman anda,Kebanyakan orang suka meletak minuman mereka di sebelah laptop mereka ketika menggunakan laptop mereka)
  • Jangan biarkan laptop anda berjemur di bawah matahari yang terik ataupun di dalam kereta ketika parking di bawah matahari.
  • Pastikan laptop anda diletakkan di kawasan yang rata.Laptop yang terjatuh atau terhempap akan menyebabkan perkakasan dalam laptop tersebut terjejas.
  • Seboleh-bolehnya jauhkan laptop anda dari magnet...
  • Pastikan laptop anda diberi rehat,jangan dibiarkan ianya dipasang hampir sehari setiap hari(ketahanan laptop berbeza dengan PC biasa).
Baiklah ini sahaja tips yang saya berikan pada post kali ni...saya akan menambah tips ini di post akan datang...

Thursday, March 26, 2009

Tip memeriksa Power Supply anda !

Baiklah pada post kali ini saya akan berkongsi ilmu kepada anda mengenai cara mudah untuk memeriksa "Power Supply" anda samada ianya masih berfungsi dengan baik ataupun sebaliknya.....power supply ini adalah penting untuk PC kita.
Bagi mereka yang baru berjinak2 dengan dunia "Membaiki komputer",tip ini adalah sangat berguna....Bayangkan situasi ini,Anda diminta untuk memeriksa sebuah PC,dan masalah yang dihadapi oleh komputer tersebut,ia langsung tidak dapat dihidupkan seperti sediakala.Jika komputer tersebut langsung tidak dapat dihidupkan,ada kemungkinan masalah tersebut disebabkan oleh Power Supply,Kabel power,Motherboard atau sambungan wayar butang "ON" pc tersebut.Jika dalam situasi ini,anda perlu tumpukan masalah keempat-empat bahagian ini.

Baiklah kembali kepada tajuk topik kita pada post kali ini,saya akan tunjukkan beberapa cara untuk memeriksa Power Supply anda.




Gambar 1 :Mr Aizat sedang memegang Power Supply untuk diperiksa.

antara peralatan-peralatan yang terlibat dalam kerja memeriksa Power Supply ini ialah :



1 - Power Supply(230v)
2 - Wayar Kecil atau dawai (yang boleh mengalirkan arus eletrik)
3 - Kabel Power untuk power supply



Lihat gambarajah di atas,anda boleh lihat ada dua wayar hijau dan hitam di sebelahnya.apa yang kita akan lakukan ialah kita akan sambungkan kedua-dua wayar ini menggunakan wayar kecil atau dawai.seperti gambarajah dibawah.

sambungkan wayar atau dawai tersebut seperti gambarajah di bawah.pastikan anda menyambungkan wayar hijau dan hitam di tempat yang betul untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.dan pastikan Power Supply tersebut belum disambungkan dengan bekalan eletrik.

apabila sudah selesai,hidupkan power supply tersebut.....dan jika power supply tersebut masih berada dalam keadaan baik,kipas power supply tersebut akan berfungsi seperti biasa..

Mudahkan??sila lakukan cara di atas seperti yang ditunjukkan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Pihak Cekapkomputer.blogspot.com tidak bertanggungjawab diatas sebarang kerosakan diatas kecuaian pembaca ketika mempraktikkan langkah-langkah ini.

Thursday, March 12, 2009

Mengembalikan fail-fail office .doc anda yang hilang akibat virus!

Sejak kebelakangan ini ancaman virus kian menjadi-jadi,kehadiran virus-virus ini bukan sahaja menganggu tugas harian kita malah boleh menyebabkan kerugian bagi syarikat-syarikat yang diserang ancaman virus ini...
Antara jenis serangan virus baru-baru ini ialah menyembunyikan fail-fail Office Word anda,kemudian virus ini akan mengklonkan dirinya meniru nama fail-fail office yang disembunyikannya ini.Fail-fail office yang disembunyikannya selalu ialah fail-fail yang berformatkan .doc .
Tentu anda berasa sedih jika fail yang anda siapkan berhari-hari hilang dengan sekelip mata sahaja akibat virus ini....Pada pandangan saya sendiri,virus pada tahun ini lebih ganas dari sebelum ini...Virus pada tahun ini lebih banyak menyusahkan kehidupan harian kita dan menggangu kerja kita....
Kembali kepada tajuk post kita hari ini,ada satu cara untuk anda mengembalikan fail-fail anda yang disembunyikan oleh virus-virus ini,selalunya virus ini menggunakan fungsi "super hidden" kepada fail-fail anda supaya anda tidak boleh mencari fail-fail anda semudahnya....
Baiklah,cara yang saya tunjukkan ini adalah sangat mudah supaya anda boleh mengembalikan fail-fail .doc anda kepada yang asal.





1. Pertama sekali,buka program notepad yang ada di dalam sistem komputer anda.
2. Kemudian,di dalam notepad tersebut,tuliskan seperti yang di bawah ini.

attrib -s -h

Selepas itu,save fail tersebut sebagai cekapkomphidden.bat ataupun apa-apa nama fail.

caranya ialah ,pergi ke File --> Save as --> cekapkomphidden.bat --> Save
(jika fail anda yang hilang tersebut berada di dalam pendrive,save fail tersebut ke dalam pendrive)

selepas itu,cari fail cekapkomphidden.bat di dalam pendrive anda tersebut dan double klik cekapkomphidden.bat tersebut.

Jika fail-fail .doc anda yang hilang tersebut berada d dalam suatu folder di pendrive anda,"copy" cekapkomphidden.bat ke dalam folder tersebut dan double klik ia,dan cuba lihat jika fail-fail anda telah kembali ke keadaan asal.


Sila tinggalkan komen anda mengenai keputusan yang anda dapat...

Thursday, October 16, 2008

Memberi sedikit effect perkataan menggunakan Adobe Photoshop!

Pada post kali ini saya memberi anda sedikit info yang sangat mudah iaitu cara untuk memberi sedikit effect kepada sesuatu perkataan menggunakan perisian Photoshop.Tentu banyak diluar sana telah mengetahui cara ini,dan kita beri peluang kepada mereka yang belum mengetahui cara mudah ini. :)

Pertama sekali anda mesti mempunyai perisian Photoshop ini,perisian ini adalah berbayar.(Terpulang kepada individu bagaimana mendapatkan perisian tersebut...hehe...).Kemudian buka perisian tersebut.


Buka sesuatu gambar anda ataupun klik "new" untuk mendapat satu ruangan untuk mengedit.
Kemudian klik pada ikon berhuruf "T" untuk membolehkan anda menghasilkan sesuatu perkataan.

Kemudian right klik pada layer perkataan anda tadi seperti gambarajah dibawah.kemudian klik pada Blending Options.
Kemudian anda perlu tick beberapa bahagian dan anda akan dapat melihat effect pada perkataan anda tadi.Contohnya anda boleh tick pada Drop Shadow,Inner Shadow,Outer Shadow,Bevel and Emboss.



Kemudian anda akan mendapat hasilnya! mudahkan?

Friday, August 01, 2008

Menyelesaikan masalah tetingkap error pada startup Windows Xp anda!

Tentu anda pernah mengalami masalah pada windows anda,terdapat satu paparan mesej error keluar pada permulaan windows...tentu sekali paparan mesej ini menggangu anda....

Terdapat beberapa sebab paparan "error" ini berlaku,antaranya...
1- Terdapat beberapa kesilapan yang berlaku pada sistem windows anda,anda boleh menggunakan beberapa perisian untuk memulihkan sistem registry.
2- Virus,paparan mesej ini juga kemungkinan berlaku akibat virus.Virus selalunya menambah satu fungsi startup saat komputer anda dihidupkan untuk membolehkan virus ini berfungsi/merebak.Apabila antivirus anda memadam/delete virus ini dari tempat ia ditanam di dalam sistem anda,startup yang ditambah oleh virus ini tidak dapat berfungsi dengan baik dan menyebabkan mesej error ini berlaku.
3- Dan beberapa sebab yang lain lagi.

Contoh paparan error yang terjadi :

Cara menyelesaikan masalah paparan ini dengan cara mudah tanpa sebarang perisian tambahan.(windows XP)

Start --> Run --> taip "msconfig"
kemudian klik di bahagian Startup.
Tips : Pada bahagian startup ini anda boleh melihat program2 yang dijalankan ketika anda menghidupkan komputer anda,anda boleh "disable"kan perisian2 yang anda rasa tidak perlu pada bahagian startup ini....fungsi ini boleh menambahkan kelajuan pada komputer anda.

Kemudian cari program startup yang mengeluarkan paparan error ini.Kemudian "untick" untuk program tersebut untuk disablekan fungsi startupnya.


Kemudian restart komputer anda.Masalah tersebut akan selesai!! :)

Thursday, June 19, 2008

Menjalankan proses Disk Defragmenter yang tersedia di dalam Windows XP anda

Menjalankan proses Defragmenter pada komputer kita adalah suatu perkara yang kita perlu lakukan sekurang2nya sebulan sekali dan lebih baik seminggu sekali....Proses Disk Defragmenter sedikit sebanyak boleh melajukan komputer kita...Anda boleh mencuba beberapa perisian lain yang dikhaskan untuk proses Defragmenter ini.
Microsoft juga menyediakan proses Defragmenter ini dalam sistem Windows mereka.Untuk menggunakan proses Defragmenter tersedia ini secara percuma.

Caranya ialah :

Pergi ke butang Start -> All Programs -> Accessories -> System Tools -> Disk Defragmenter

Proses melakukan Defragmenter ini sangat mudah sekali anda tentu dapat melakukan proses ini dengan mudah tanpa sebarang kesulitan.
Terdapat dua butang iaitu Analyze dan Defragment,anda boleh Analyze komputer anda dahulu samada perlu di Defragment ataupun tidak.


Kemudian jika anda ingin melakukan Defragmenter pada komputer anda klik pada butang Defragmenter,tunggu sehingga proses tersebut selesai.


Mudahkan :)

Thursday, June 12, 2008

Berkongsi Printer melalui jaringan LAN Dalam Windows XP

Kali ini saya akan tunjukkan kepada anda cara untuk berkongsi printer melalui LAN...Artikel ini berguna untuk mereka yang mempunyai sambungan LAN(Local Area Network).
Bayangkan situasi ini,Di dalam pejabat anda mempunyai sebuah printer dan printer tersebut disambungkan ke komputer kawan anda yang mempunyai jaringan LAN dengan komputer anda ,anda ingin berkongsi printer tersebut...baiklah saya akan tunjukkan cara tersebut anda tidak perlu bersusah payah meminjam komputer kawan anda untuk mencetak kerja anda.Mari kita mulakan.

Pertama sekali samakan Workgroup komputer anda.Anda boleh rujuk Disini. Dan pastikan printer pada komputer anda telah diset sebagai Printer Sharing,boleh rujuk Disini .

Start > Printers and Faxes > Add a Printer



















Klik butang Next apabila tetingkap seperti gambarajah diatas dipaparkan.



















Kemudian pilih A network printer,or a printer attached to another computer.Kemudian klik butang Next.



















Kemudian seperti gambarajah diatas...Klik pada ( Connect to this printer.... ) Biarkan pada kotak Name kosong,Klik butang Next.






































komputer anda akan mengesan sambungan LAN komputer anda dengan komputer lain.Setelah selesai cari komputer kawan anda yang mempunyai sambungan printer tersebut,kemudian Double Klik pada nama komputer kawan anda tersebut,anda akan dapat lihat Printer yang di kongsi dari komputer kawan anda tersebut.







Klik Yes apabila tetingkap seperti diatas dipaparkan.



















Mesej paparan seperti diatas akan dipaparkan,Klik pada butang Yes kemudian Next jika anda ingin menjadikan printer yang dikongsi tadi sebagai printer utama.



















Selesai! Kemudian klik butang Finish.

Saturday, May 24, 2008

Menyelesaikan Masalah Super Hidden pada sesebuah folder

Serangan virus yang kian menjadi-jadi pada masa kini bukan sahaja menyebabkan komputer anda manjadi lambat malah turut menyusahkan diri anda.Seperti yang anda tahu dan alami,terdapat Virus komputer yang memberi kesan kepada sistem anda atau beberapa fail anda.
Antara kesan dari virus ini yang sering dilakukan untuk menyusahkan pengguna ialah membuatkan folder anda atau folder sistem menjadi "super Hidden".

Apa itu super hidden files??Bagaimana ianya berlaku?























Jika anda lihat gambarajah diatas,anda boleh lihat butang untuk Hidden "dibekukan"...bagaimana menyelesaikan perkara ini?baiklah untuk tidak membuang masa anda saya akan tunjukkan cara bagaimana menyelesaikan masalah ini.

Baiklah Misalnya sebuah folder saya beri nama "cekapkomputer" adalah sebuah folder Super Hidden.

Pertama,pergi ke Run da taip CMD . caranya pergi ke Start -> Run -> cmd .












Kemudian paparan seperti dibawah ini akan keluar.Misalnya folder cekapkomputer tersebut ada di hard disk yang lain misalnya D:\ ,Apa yang anda perlu lakukan ialah taip cd.. untuk keluar sesebuah dari folder atau drive dari Cmd. Taip cd.. beberapa kali sehingga C:\ dipaparkan.
























Untuk ke folder cekapkomputer yang berada di D:\ tadi ialah taip d: ,dan paparan yang anda kini berada di D:\ akan dapat dilihat.












untuk melihat isi kandungan yang terdapat di dalam drive D:\ tadi ,caranya taip dir .anda Boleh melihat fail2 yang berada dalam D:\ .












Untuk menjadikan folder cekapkomputer yang berada di D:\ tadi yang di"superhidden"kan tadi ialah taip attrib -s -h cekapkomputer dan kemudian tekan enter.




attrib -s -h NamaFolderAnda

Anda boleh melihat folder cekapkomputer tersebut kini boleh di "unhide" selepas itu.
























Jika anda lihat butang untuk Hidden tadi kini tidak lagi dibekukan seperti tadi.

Command-command yang berguna untuk post kali ini;

cd.. = keluar dari sesuatu folder dalam Command Prompt(cmd).
cd = Masuk ke dalam folder dalam cmd.
dir = Melihat isi yang ada pada drive atau sesuatu folder melalui cmd.

Link yang berkaitan dengan dengan post kali ini ;
http://www.easydos.com/attrib.html
http://www.ss64.com/nt/
http://techbold.com/2007/05/make-any-file-or-folder-superhidden-in.html

Friday, May 23, 2008

Menukar format Docx kepada doc (Microsoft Office )

Banyak antara mereka yang menggunakan Microsoft Office 2007 mengalami kesukaran apabila mereka membuka fail M.office mereka di komputer-komputer yang menggunakan Office 2003 ke bawah.
Jika kita perhatikan,format fail untuk Microsoft Office 2007 dan office 2003 adalah berbeza.

format untuk Office 2007 ialah .docx
format untuk office 2003 dan kebawah ialah .doc

sebenarnya dengan menggunakan Office 2007 anda boleh menggubah format fail tersebut dari Docx kepada Doc.Tetapi ada juga cara lain yang anda boleh lakukan untuk menukar format fail ini.Terdapat beberapa website yang menawarkan perkhidmatan ini.yang anda perlu lakukan ialah upload fail docx anda kemudian site ini akan menukarkan fail tersebut kepada doc.

Perhatian:fail yang ditukar formatnya akan dikirm ke email anda...

antara website yg ada menawarkan perkhidmatan ini ialah :

http://www.zamzar.com/
Anda boleh menukar fail docx anda kepada doc disini.Selain itu website ini juga penawarkan perkhidmatan lain untuk menukar fail lain kepada format2 yang bersesuaian..anda tidak perlu risau kerana proses untuk menukar format fail anda itu sangat mudah.ikut arahan yg dikehendaki.















Banyak lagi website yang menawarkan perkhidmatan ini,ada juga yg percuma dan berbayar...pilihlah yang sesuai...

contoh :
http://www.docx2doc.com/

Anda boleh menggunakan google untuk mencari khidmat2 website yang menawarkan khidmat ini.

Cuba lihat disini

Monday, May 19, 2008

Membuat Multi Login pada Yahoo! Messenger(YM)

Pada post kali ini saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana membuat multi login pada Yahoo Messenger ( ym ) .Sebenarnya anda boleh lihat banyak blog yang lain membuat artikel mengenai multi login ym ini,untuk melakukan multi login pada ym adalah sangat mudah,anda hanya perlu mengubah dan menambah beberapa key pada registry..
Pada artikel kali ini sy akan memberi panduan kepada mereka2 yang kurang mahir dan masih baru dalam penggunaan komputer.Mungkin ada diantara mereka diluar sana kurang memahami artikel yang ditulis oleh blogger lain.Harap artikel ini dapat membantu anda.

Pertama sekali pergi ke Run.Klik Start --> Run --> Taip "regedit" .












Kemudian pergi ke HKEY_CURRENT_USER ,double klik kemudian pergi/klik software.Lihat gambarajah dibawah.























Kemudian Double Klik pada software tu kemudian pergi ke "yahoo".Kemudian masuk kedalam yahoo cari "pager".Double klik pada pager tersebut.














































Kemudian kemudian cari "test" dan klik pada test tersebut.Baiklah lihat sebelahnya buat satu key baru..Klik kanan -> New -> DWORD Value.





















Namakan key yang baru tersebut sebagai plural seperti gambarajah.

















Kemudian Double Klik pada plural tersebut dan letakkan nilai 1

















Selesai~!hehe...Tutup regedit tersebut dan kini anda boleh membuka Yahoo Messenger lebih dari satu.Misalnya anda mempunyai dua akaun email dan YM,kini anda boleh on kedua2 YM akaun anda tersebut dengan serentak.

Tuesday, May 13, 2008

Cara meningkatkan keselamatan Pc anda..

Hari demi hari,peningkatan pengguna komputer dan internet di seluruh negara meningkat...Hal ini amat baik selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini.Antara faktor perkembangan pengguna komputer pada masa kini ialah faktor kepentingan pc dalam kehidupan harian serta harga sebuah komputer yang pada masa kini boleh dikatakan sangat murah.
Namun masalah seperti jenayah cyber,virus dan sebagainya kian menjadi2.Mungkin ada diantara kita merasakan pc anda adalah selamat kerana antivirus anda tidak mengesan sebarang virus walaupun anda membuat pemeriksaan virus di komputer anda setiap hari.Sebenarnya virus pada hari ini semakin kecil dan ada juga yg sukar dikesan oleh antivirus anda.Walaupun anda update antivirus anda setiap hari adakah ia menjamin pc anda selamat 100%?tentunya tidak..jangan yakin 100%..

Baiklah dibawah ada beberapa tip yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan lg keselamatan pc anda.. :) tingkatkan ilmu pembaca cekap komputer...

1 ) Update versi perisian keselamatan anda.

- Untuk meningkatkan lagi keselamatan Pc anda update perisian keselamatan yang anda gunakan...selalunya versi perisian yang baru menambah beberapa ciri-ciri tambahan pada perisian tersebut.

2) Jangan Klik Sebarang Pautan
- Bagi mereka yang masih baru dalam dunia internet ini,tentu kurang mengetahui banyak penipuan dalam internet ini..adalah lebih baik kita tidak membuka email dari mereka2 yang kita tidak kenali..

3) Berwaspada ketika muat turun dari sesebuah web.
- Banyak diluar sana memberi kita perisian2 yang menarik dan percuma...namun bukan semua diluar sana ikhlas tentu ada diluar sana mempunyai niat jahat jadi kita harus sentiasa berwaspada.

4)Tingkatkan perlindungan firewall pada komputer anda.
- Pastikan firewall anda aktif di komputer anda,jika komputer anda tidak mempunyai sebarang firewall atau anda inginkan lebih dari itu anda juga boleh menggunakan perisian lain seperti zonealarm ... anda juga boleh menggunakan perisian firewall yang lain..lihat kat SINI .

5 ) Gunakan Antivirus yang terkini.
- Bagi komputer mereka yang tidak mempunyai sebarang antivirus,anda harus tahu kegunaan antivirus ini.Antivirus adalah sangat penting untuk kita..terdapat banyak antivirus pada masa kini,tetapi jangan tertipu dengan antivirus yang palsu.antara antivirus yang anda boleh gunakan ialah saya sarankan anda menggunakan antivirus Kaspersky(namun akan melambatkan komputer anda sedikit bagi komputer yg mempunyai spec tinggi tentu tiada masalah) ataupun boleh tengok list kat SINI

6) Pastikan Komputer anda sentiasa dimatikan jika tidak digunakan.
- Hal ini kerana ia dapat mengelak komputer kita dari diceroboh oleh penggodam.Banyak yg penggodam boleh lakukan terhadap komputer kita termasuk mencuri data penting kita.Jadi untuk mengelakkan kejadian yg tidak diingini,matikan komputer anda jika tidak digunakan.

7) Jangan tinggalkan komputer anda bersama rakan anda.
- Mengapa kita tidak boleh meninggalkan komputer kita tanpa dikunci walaupun bersama dengan orang yg kita rapat?Ini kerana seseorang boleh mencuri data2 penting kita dengan hanya beberapa minit.Tentu anda tidak mahu katalaluan atau data peribadi anda jatuh ke tangan orang lain.

8 ) Periksa proses yang sedang berjalan di komputer anda.
- Anda boleh memeriksa proses yang sedang berjalan di komputer anda.Untuk mengelak perisian jahhat seperti keylogger.Keylogger mampu mencuri katalaluan anda dengan mudah.Anda boleh memeriksa proses yang sedang berjalan di Task Manager atau menggunakan perisian untuk check proses yang lain.

9 ) Simpan data peribadi anda di tempat yang selamat.
- Anda boleh menyimpan fail sulit anda di suatu tempat dan lock fail tersebut...terdapat banyak perisian yang anda boleh guna untuk sembunyikan dan kunci data sulit anda contoh perisian yang selalu digunakan ialah Folder Lock,Boleh dilihat Disini.

10 ) Lengkapkan komputer anda dengan perisian Antispyware.
- Virus dan spyware adalah berbeza..oleh itu anda seharusnya memasang Antispyware di komputer anda,namun ada juga antivirus pada masa kini turut dilengkapi dengan Antispyware untuk memudahkan pengguna.Antara antispyware yang popular dan percuma ialah Spybot-Search-Destroy .Boleh Download kat Sini



















Tuesday, April 29, 2008

Membuang amaran Genuine Windows XP dengan cara manual

Baiklah pada post kali ini saya ingin memberi panduan kepada anda cara membuang genuine windows dengan cara manual.
Bagaimana kita mendapat amaran genuine dari Windows ini?tentu sekali bagi mereka yang mengguna windows xp yang bukan original@pirate ..Genuine ini berlaku mereka2 yang menggunakan Windows jenis pirate ini update Windows mereka di internet..Fungsi update ini membolehkan Microsoft membaiki bug2 yang terdapat dalam sistem windows.Sedikit rujukan DISINI.
Namun disebalik fungsi update ini,terselit program installer genuine ini.bagi mereka yang tidak menggunakan windows original tentu mengalami masalah genuine ini.
kali ini CekapKomputer akan menunjukkan anda cara membuang Genuine ini dengan cara manual...Jum kita mulakan!

contoh amaran genuine :









Apa yang anda perlu lakukan masuk ke sistem anda pergi ke folder sistem32. atau..

pergi ke butang Start--> run-->taip system32












Kemudian show semua fail sistem yang tersembunyi caranya ialah pada bar folder system32 tu,pergi ke Tools --> Folder Options-->View-->untick "Hide extensions for known file types".kemudian klik Yes.


























Kemudian cari file wgalogon.dll .Apa yang anda perlu lakukan sekarang ialah apabila menjumpai file tersebut ubah nama nya kepada wgalogon.dll.bak.




























icon fail tersebut akan tertukar.













baiklah tinggalkan fail wgalogon.dll.bak tersebut.Sekarang di folder sistem32 buat satu fail menggunakan notepad.















biarkan notepad tersebut kosong.kemudian ubahkan namanya kepada nama Wgalogon.dll(seperti nama fail yang kita ubah kepada wgalogon.dll.bak tadi).

Baiklah langkah terakhir tersebut adalah pantas anda perlu melakukannya dengan pantas.limit dalam 1-2 saat untuk melakukan dua langkah terakhir ini.

Cari fail wgatray.exe di folder system32 tadi.
Dan di task Manager.klik pada tab processes dan cari fail wgatray.exe.

Dah jumpa?Langkah pantas yang anda perlu lakukan ialah delete fail wgatray.exe ini dengan pantas lebih kurang dalam 2 saat!jika tidak anda tidak dapat delete fail wgatray.exe ini.

  • buka task manager dan folder system32 ini.
  • delete wgatray.exe pada folder sistem32 dahulu
  • dengan pantas klik pada wgatray.exe di Task manager tadi dan matikan proses wgatray.exe ini.Caranya klik pada wgatray.exe tersebut dan klik butang "End Process".
  • Ingat lakukan dua perkara ini dengan pantas!








































Anda berjaya apabila fail wgatray.exe ini di system32 berjaya di delete.Dan Masalah Genuine Windows ini akan selesai :)


Perhatian : Saya membuat artikel ini dengan titik peluh dan masa saya,jadi kepada mereka yang hendak Copy/Paste artikel ini untuk blog mereka harap hargai apa yang saya lakukan....Original artikel ini hanya di http://cekapkomputer.blogspot.com/ (letak le sumber asal artikel ini ataupun inform kepada saya dahulu :)