Baiklah pada post kali ini saya akan berkongsi ilmu kepada anda mengenai cara mudah untuk memeriksa "Power Supply" anda samada ianya masih berfungsi dengan baik ataupun sebaliknya.....power supply ini adalah penting untuk PC kita.
Bagi mereka yang baru berjinak2 dengan dunia "Membaiki komputer",tip ini adalah sangat berguna....Bayangkan situasi ini,Anda diminta untuk memeriksa sebuah PC,dan masalah yang dihadapi oleh komputer tersebut,ia langsung tidak dapat dihidupkan seperti sediakala.Jika komputer tersebut langsung tidak dapat dihidupkan,ada kemungkinan masalah tersebut disebabkan oleh Power Supply,Kabel power,Motherboard atau sambungan wayar butang "ON" pc tersebut.Jika dalam situasi ini,anda perlu tumpukan masalah keempat-empat bahagian ini.
Baiklah kembali kepada tajuk topik kita pada post kali ini,saya akan tunjukkan beberapa cara untuk memeriksa Power Supply anda.
Gambar 1 :Mr Aizat sedang memegang Power Supply untuk diperiksa.
antara peralatan-peralatan yang terlibat dalam kerja memeriksa Power Supply ini ialah :
1 - Power Supply(230v)
2 - Wayar Kecil atau dawai (yang boleh mengalirkan arus eletrik)
3 - Kabel Power untuk power supply
Lihat gambarajah di atas,anda boleh lihat ada dua wayar hijau dan hitam di sebelahnya.apa yang kita akan lakukan ialah kita akan sambungkan kedua-dua wayar ini menggunakan wayar kecil atau dawai.seperti gambarajah dibawah.
sambungkan wayar atau dawai tersebut seperti gambarajah di bawah.pastikan anda menyambungkan wayar hijau dan hitam di tempat yang betul untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.dan pastikan Power Supply tersebut belum disambungkan dengan bekalan eletrik.
apabila sudah selesai,hidupkan power supply tersebut.....dan jika power supply tersebut masih berada dalam keadaan baik,kipas power supply tersebut akan berfungsi seperti biasa..
Mudahkan??sila lakukan cara di atas seperti yang ditunjukkan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Pihak Cekapkomputer.blogspot.com tidak bertanggungjawab diatas sebarang kerosakan diatas kecuaian pembaca ketika mempraktikkan langkah-langkah ini.
6 comments:
salam bro....nak tanya,ada aku jumpe kes,pc leh on,tapi takde kuar display, check punya check,aku tuka psu baru ok, tp psu lame tu kipas pusing, tapi bile aku bedah psu tu, tgk2 kapasitor dah bocor...so dlm utk kes psu camtu,camne kite nak check tanpa membedah die?
Salam,,kak, minta tolong ckit…saya ada masalah dengan google reader,,saya punya blog dah masukkan entry baru,tapi bila ada orang add blog saya,dan pamerkan dalam blog mereka,blog saya kelihatan macam x da entry baru,,contoh,,baru2 nie saya baru post entry baru,tp kt blog orang yang add saya,dia tetap pamerkan entry saya yang sebulan yang lalu,ianya kelihatan seolah-olah saya dah lama x post entry baru….kenape ye….harap mk boleh bantu…http://wirapendang.blogspot.com/
baiklah bro Alongxp.....sory lambat nak reply...
1 - kalau pc on tp display tak kuar selalunya benda yang kita kena check dahulu ialah ram dan Display card...cuba gosok guna pemadam kedua benda nie...baiklah tapi kalau masalah tersebut berkaitan dengan psu kemungkinan bekalan kuasa yang diterima oleh motherboard dari psu ini tidak mencukupi menyebabkan paparan tidak berfungsi seperti sediakala.
2 - kalau nak bedah Power Supply nie sebenarnya lebih kepada eletronik,kalau kita tahu mengenai litar2 eletronik tidak mustahil kita boleh repair psu nie...selalunya kita kena buka juga dan tengok masalah di power supply nie...sbb tu kalau kat kedai komputer kalau psu rosak dorang takkkan repair dorang suruh kita ganti dengan yang baru...
ok, secara teori, boleh tak bagitau apsal bila sambung wayar hijau n hitam tu, power supply blh idup, x dinyatakan dalam entry di atas.
tq
kaler hijau dgn kelabu boleh juga disambungkan unutk memriksa power supply....cuba try...
Hello bro mcm mana pulak ada tip utk memeriksa motherboard dalam keadaan ok atau pun tidak?
Post a Comment