Serangan virus yang kian menjadi-jadi pada masa kini bukan sahaja menyebabkan komputer anda manjadi lambat malah turut menyusahkan diri anda.Seperti yang anda tahu dan alami,terdapat Virus komputer yang memberi kesan kepada sistem anda atau beberapa fail anda.
Antara kesan dari virus ini yang sering dilakukan untuk menyusahkan pengguna ialah membuatkan folder anda atau folder sistem menjadi "super Hidden".
Apa itu super hidden files??Bagaimana ianya berlaku?
Jika anda lihat gambarajah diatas,anda boleh lihat butang untuk Hidden "dibekukan"...bagaimana menyelesaikan perkara ini?baiklah untuk tidak membuang masa anda saya akan tunjukkan cara bagaimana menyelesaikan masalah ini.
Baiklah Misalnya sebuah folder saya beri nama "cekapkomputer" adalah sebuah folder Super Hidden.
Pertama,pergi ke Run da taip CMD . caranya pergi ke Start -> Run -> cmd .
Kemudian paparan seperti dibawah ini akan keluar.Misalnya folder cekapkomputer tersebut ada di hard disk yang lain misalnya D:\ ,Apa yang anda perlu lakukan ialah taip cd.. untuk keluar sesebuah dari folder atau drive dari Cmd. Taip cd.. beberapa kali sehingga C:\ dipaparkan.
Untuk ke folder cekapkomputer yang berada di D:\ tadi ialah taip d: ,dan paparan yang anda kini berada di D:\ akan dapat dilihat.
untuk melihat isi kandungan yang terdapat di dalam drive D:\ tadi ,caranya taip dir .anda Boleh melihat fail2 yang berada dalam D:\ .
Untuk menjadikan folder cekapkomputer yang berada di D:\ tadi yang di"superhidden"kan tadi ialah taip attrib -s -h cekapkomputer dan kemudian tekan enter.
attrib -s -h NamaFolderAnda
Anda boleh melihat folder cekapkomputer tersebut kini boleh di "unhide" selepas itu.
Jika anda lihat butang untuk Hidden tadi kini tidak lagi dibekukan seperti tadi.
Command-command yang berguna untuk post kali ini;
cd.. = keluar dari sesuatu folder dalam Command Prompt(cmd).
cd = Masuk ke dalam folder dalam cmd.
dir = Melihat isi yang ada pada drive atau sesuatu folder melalui cmd.
Link yang berkaitan dengan dengan post kali ini ;
http://www.easydos.com/attrib.html
http://www.ss64.com/nt/
http://techbold.com/2007/05/make-any-file-or-folder-superhidden-in.html
1 comments:
bila saya ke run dan taip cmd arahan nie keluar...
the command prompt has been disable by administrator...
kenapa ekk.. virus ker? cam mana nak unablekan semula...
Post a Comment