Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket

Thursday, June 12, 2008

Berkongsi Printer melalui jaringan LAN Dalam Windows XP

Kali ini saya akan tunjukkan kepada anda cara untuk berkongsi printer melalui LAN...Artikel ini berguna untuk mereka yang mempunyai sambungan LAN(Local Area Network).
Bayangkan situasi ini,Di dalam pejabat anda mempunyai sebuah printer dan printer tersebut disambungkan ke komputer kawan anda yang mempunyai jaringan LAN dengan komputer anda ,anda ingin berkongsi printer tersebut...baiklah saya akan tunjukkan cara tersebut anda tidak perlu bersusah payah meminjam komputer kawan anda untuk mencetak kerja anda.Mari kita mulakan.

Pertama sekali samakan Workgroup komputer anda.Anda boleh rujuk Disini. Dan pastikan printer pada komputer anda telah diset sebagai Printer Sharing,boleh rujuk Disini .

Start > Printers and Faxes > Add a Printer



















Klik butang Next apabila tetingkap seperti gambarajah diatas dipaparkan.



















Kemudian pilih A network printer,or a printer attached to another computer.Kemudian klik butang Next.



















Kemudian seperti gambarajah diatas...Klik pada ( Connect to this printer.... ) Biarkan pada kotak Name kosong,Klik butang Next.






































komputer anda akan mengesan sambungan LAN komputer anda dengan komputer lain.Setelah selesai cari komputer kawan anda yang mempunyai sambungan printer tersebut,kemudian Double Klik pada nama komputer kawan anda tersebut,anda akan dapat lihat Printer yang di kongsi dari komputer kawan anda tersebut.







Klik Yes apabila tetingkap seperti diatas dipaparkan.



















Mesej paparan seperti diatas akan dipaparkan,Klik pada butang Yes kemudian Next jika anda ingin menjadikan printer yang dikongsi tadi sebagai printer utama.



















Selesai! Kemudian klik butang Finish.

1 comments:

SenyumSokmo said...

bgamana nk main game tnpa guna internet(mksd saya ialah guna cable)