Monday, November 17, 2008
Masalah Friendster.com November 2008!
Masalah yang berlaku pada friendster.com baru-baru ini telah membuatkan ramai anak-anak muda menjadi sedih,marah,kecewa dan sebagainya.Mana tidaknya ada diantara mereka yang telah mempunyai ramai teman di friendster akhirnya hilang begitu sahaja...Tentu lagi mengecewakan anak-anak muda yang menghabiskan masa mereka di Cyber Cafe semata2 ingin mengemaskinikan laman peribadi di friendster mereka.
Apakah penyebab berlakunya masalah ini??secara peribadinya saya sendiri tidak pasti diatas apa yang berlaku dengan laman komuniti terbesar ini...Adakah masalah ini berlaku berkaitan dengan serangan Penggodam Topi Hitam(Cracker)?Mungkin ramai diantara anda tidak mengetahui terdapat juga segelintir yang bergelar "Hacker/Cracker" berminat dengan Friendster.com ini...ini mungkin kerana laman friendster ini menjadi tempat untuk kita semua mencari teman-teman.Pelbagai cara yang telah dilakukan oleh Cracker @ Hacker Topi Hitam untuk mencari kelemahan Laman Web Friendster.com ini...Antara kejayaan-kejayaan yang pernah dilakukan oleh Penggodam yang berniat jahat ini ialah membuka private photo milik seseorang di friendster,Mencuri katalaluan akaun friendster mangsa,Merosakkan laman peribadi seseorang di friendster serta banyak lagi.Kita harus memuji ahli-ahli friendster kerana telah memantapkan lagi keselamatan Friendster.com ini.Apa yang perlu dilakukan oleh pengguna@penggemar friendster untuk memastikan akaun friendster mereka tidak diceroboh?Terdapat banyak cara,namun yang cukup ringkas ialah..Pastikan anda log keluar akaun friendster anda jika anda melayari friendster di CyberCafe,jangan login ke akaun friendster anda selain dari link http://www.friendster.com dan banyak lagi perkara yang anda harus ambil serius.
Diharapkan masalah yang berlaku oleh laman web Friendster.com baru-baru ini dapat diselesaikan oleh pihak pengurusan Friendster.com supaya dapat mengubati kesedihan anak-anak muda,bapa-bapa,ibu-ibu di seluruh dunia.
p/s untuk anak-anak muda sekalian : bawa bersabar bawa bertenang banyakkan berdoa dan bersembayang semoga laman peribadi friendster anda menjadi kembali seperti sedia asal...Hidup Cuma Sekali Jadi Kita Enjoy!
Labels:
Internet
1 comments:
assalamualaikum ustaz...kawan sya da masalah jd saya x tau nak tnye sape...ia berkenaan dengan pencerobohan accaunt yahoo mail oleh seseorang yg mempunyai niat untuk mengkhianati kawan sya..abis friendster, ym dan yahoo mail dy ubah password menyebabkan kawan sy tidak boleh masuk mengendalikan sendiri maknanya ia telah dkawal oleh seseorang tanpa disedari..dy pernah memgugut kepada kawan sya agar membuang freindster dan ym dalam masa 2 hari tp kwan syg x bebuat demikian..kemudian setelah dy menceroboh dan menukar password ym, friendster dan yahoo mail dy mengugut lak utk menghantar gmbr bogel kawann sy.. persoalanya macmane dy boleh ubah password, friendster, ym dan yahoo mail kawan sy tu padahal xde org yg tau password yg kawan sy guna tu...mcmana boleh sy selamatkan freindster, ym, yahoo mail dari terus dicabuli oleh orang yg menganiaya kita ni...boleh jawab x ustz..
Post a Comment