Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket

Wednesday, September 24, 2008

Pasang fungsi "Wine" pada ubuntu anda!

Baiklah pada post kali ini saya ingin memberi sedikit panduan kepada mereka2 yang baru menggunakan belajar2 linux serta mereka yang ingin menggunakan operasi sistem ini terutamanya Ubuntu.
Secara pandangan umumnya,banyak antara penggemar operasi sistem windows tentu ingin mencuba operasi sistem linux ini yang dikatakan adalah lebih baik dan selamat,mungkin ada diantara mereka telah mencuba operasi sistem ini..namun oleh kerana mereka tidak mengetahui segala fungsi2 yang ada pada ubuntu ini(bagaikan bayi baru mengenali dunia baru) mereka berputus asa....Sifat putus asa ini juga berlarutan apabila tiada diantara pengguna mahir linux@ubuntu membantu mereka...dan akhirnya hasrat untuk "berubuntu" ini tenggelam begitu sahaja.Benarkan?

Pada topik hari ini saya ingin memberi sedikit tip kepada pengguna2 ubuntu yang baru.Anda tentu sekali kesulitan apabila anda tidak berjaya membuka sebarang perisian berbentuk .EXE di ubuntu anda.Perisian format .exe ini hanya boleh dijalankan di Windows sahaja,kerana ubuntu menggunakan format yang berlainan untuk sistemnya.Namun anda tidak perlu risau kerana terdapat cara yang membolehkan anda menggunakan perisian berformatkan .exe ini.Caranya adalah dengan menggunakan WINE.Rujuk disini, https://help.ubuntu.com/community/Wine .

Bagaimana memasang fungsi wine ini pada komputer anda?
Pertama sekali anda perlu pergi ke Terminal ubuntu anda caranya ialah :

Applications > Accessories > Terminal

Kemudian di bahagian Terminal tersebut taip ;

sudo aptitude update

Masukkan password jika diminta,kemudian "enter".

tunggu sehingga proses update ini selesai.

Apabila proses update tersebut telah selesai,taip command ini pada Terminal anda tadi,seperti gambarajah dibawah:

sudo aptitude install wine

Selesai install,Klik pada Add/remove di ubuntu anda,rujuk gambarajak dibawah.
Kemudian akan keluar satu tetingkap Add/Remove ini..pada bahagian "show" tukarkan ke "All available applications"

dan kemudian,taip "wine"dan kemudian enter di ruangan "Search"

Klik butang "enable" jika tetingkap seperti dibawah dipaparkan.
Kemudian tunggu sehingga proses memuatturun selesai,Klik butang "Apply" jika tetingkap seperti diatas dipaparkan.

Jika sub-menu seperti gambar dibawah kelihatan,anda telah berjaya memasang program Wine ini pada ubuntu anda! anda boleh mencuba membuka perisian berformatkan .exe ini contohnya Mirc!Cuba la..

Jumpa lagi pada artikel lain dalam kategori "Belajar Ubuntu" ini. :)

0 comments: