Pelbagai cara dan muslihat yang dilakukan untuk menyebarkan sesebuah virus,antara virus yang terbaru ialah virus DriveGuard@FlashGuard...Tak tahu pulak empunya virus ni dari negara ini ataupun bukan.
Virus ini saya sedari pada bulan ogos yang lalu,namun tarik sebenar virus ini disebarkan kurang pasti..apa yang berbezanya virus ini dengan virus yang lain,virus ini menyamar sebagai perisian yang melindungi komputer anda dan menamakannya DriveGuard@FlashGuard.Pada awal kehadiran virus ini,saya menyangka ia sebuah perisian dari microsoft kerana virus ini menggunakan nama company "Microsoft Corporation" untuk mengaburi pengguna bahawa ianya ialah virus.Kebanyakan antivirus yang ada seperti kaspersky,avira,nod32 belum lagi dapat mengesan antivirus ini.
Namun selepas melihat sifat2 virus ini,akhirnya saya perasan bahawa virus ini akan menambahkan satu fail autorun.ini pada pendrive untuk menyebarkan virus ini.Kemudian beberapa minggu lepas kebanyakan antivirus telah mengesan virus ini dan melabelkan ia sebagai virus,sila update antivirus anda dari semasa ke semasa.
Mari kita lihat beberapa gambarajah mengenai virus ini.
Icon yang digunakan oleh virus ini
Fail-fail yang ditambah oleh virus ini pada pendrive anda supaya ianya mudah merebak ke komputer lain.Virus ini menggunakan fungsi hidden supaya ianya tidak dapat dilihat.
Isi-isi yang ada pada autorun.ini untuk menyebarkan lagi virus ini.
Virus ini kemudiannya merebak ke komputer anda.Sama seperti virus-virus yang lain.Namun yang berbezanya virus ini bersembunyi di bahagian "Program Files" komputer pengguna untuk mengaburi pengguna.
P/s : Jika anda rasa anda terkena virus ini,Jangan risau...update antivirus anda kemudian lakukan "scan" secara menyeluruh.
0 comments:
Post a Comment