Friday, October 02, 2009
Jom download! ebook percuma Cekap Komputer 2009!
Seperti yang dinyatakan di dalam post sebelum ini,akhirnya ebook percuma himpunan artikel-artikel terpilih blog cekap komputer sedia untuk didownload.
Baiklah ebook percuma Cekap Komputer 2009 (Himpunan artikel-artikel blog Cekap Komputer dari januari – ogos) terdapat 17 artikel terpilih,antaranya ialah :
1.Masalah dengan Perisian IM anda?Jom guna Pidgin..
2.Berhati-hati dengan virus sality.y !!
3.Mengembalikan fail-fail office .doc anda yang hilang akibat virus!
4.Tip memeriksa Power Supply anda !
5.Berhati-hati dengan perisian antivirus palsu seperti WinPC Defender!
6.Senarai blog komputer dalam bahasa melayu!
7.Tip Menjaga Laptop Anda!
8.Perisian Percuma Irfanview!
9.Cara install Xampp pada ubuntu 9.04
10.Cantikkan ubuntu anda menggunakan Compiz!
11.Kemunculan Google Chrome OS!Google akan bersaing dengan Windows!
12.Sediakah pengguna Xp ke Windows 7 ?
13.Microsoft Office 2010
14.Kerajaan Malaysia cadang IPv6
15.Berhati-hati! Jangan jadi mangsa di dunia internet!
16.Beza perintah Windows dan Linux
17.Install Internet Explorer 6 pada ubuntu anda!
Muat turun ebook percuma Cekap Komputer 2009...himpunan artikel-artikel terpilih blog Cekap Komputer 2009.
http://blog.cekapkomputer.com
Tuesday, September 01, 2009
Laman Blog Baru Cekap Komputer!
Assalamualaikum dalam salam merdeka,disini saya ingin memaklumkan bahawa laman blog Cekap Komputer akan bertukar ke http://blog.cekapkomputer.com/ .Saya tidak akan delete atau buang blog Cekap Komputer yang asal ini namun saya hanya akan update blog baru Cekap Komputer...jadi jika anda inginkan update terkini dari blog cekap komputer,anda bolehlah melanggan feed secara percuma untuk blog baru Cekap Komputer...Berbeza dengan blog Cekap Komputer yang baru,saya menggunakan Wordpress untuk membina laman blog ini...Saya juga akan membuka ruangan pautan untuk membolehkan kita bertukar pautan nanti...Terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong penulisan saya selama ini...Saya juga akan upload e-book percuma yang saya lancarkan baru-baru ini melalui blog tersebut,anda boleh muat turun e-book tersebut melalui link yang disediakan(rujuk artikel mengenai ebook tersebut di blog baru Cekap Komputer)
Laman blog yang baru ini boleh dikatakan telah siap 70%,Saya akan menambah beberapa plugin untuk mencantik dan mengemaskan lagi blog ini.Kepada mereka yang membuat pautan ke blog lama Cekap Komputer diharapkan menukar pautan tersebut ke laman blog baru Cekap Komputer ini.Harap Maklum.
http://blog.cekapkomputer.com/
Wednesday, August 26, 2009
Install Internet Explorer 6 pada ubuntu anda!
Baiklah,anda tidak perlu mengeluh kerana anda juga boleh menggunakan ie pada ubuntu anda...anda hanya perlu melakukan beberapa perkara untuk memasang ie pada ubuntu anda.
Pertama sekali,anda perlu install wine pada sistem ubuntu anda...
Application > Add/Remove > kemudian tukarkan ke "All Avaiable application"
kemudian cari "wine" dan tanda untuk install.Setelah anda siap install wine ini,kini anda perlu install cabextract .Caranya menggunakan terminal
Applications > Accessories > Terminal
Kemudian masukkan command ini
sudo apt-get install cabextract
Kemudian,download IEs4Linux
Download di sini
Kemudian extract fail yang anda muat turun tadi,kemudian double klik pada ies4linux kemudian klik "run"
Menu seperti gambar di atas akan kelihatan dan kemudian klik "OK".Kemudian tunggu proses pemasangan ie tersebut selesai.
Anda boleh lihat Internet Explorer siap sedia untuk digunakan...selamat mencuba!
Perjumpaan KKLUG(Linux) pada 29/08/09!
29/Aug, jam 2 ptg
bertempat di ICC Computer Lab, No 8, Tingkat 1, Blok A, Wisma Kosan, Likas
(depan SM All Saints, Likas)
Tuesday, August 18, 2009
Beza perintah Windows dan Linux
DOS commands | Linux command |
---|---|
man | |
cd | cd |
chdir | pwd |
cls | clear |
copy | cp |
date | date |
del | rm |
dir | ls |
echo | echo |
edit | vim (or other editor) |
exit | exit |
fc | diff |
find | grep |
format | mke2fs or mformat |
mem | free |
mkdir | mkdir |
more | more or even less |
move | mv |
ren | mv |
time | date |
Sumber : http://www.faqs.org/docs/linux_intro/app2.html
Tuesday, July 28, 2009
Berhati-hati! Jangan jadi mangsa di dunia internet!
contoh tajuk email yang anda terima kononnya dari maybank2u
jika anda teliti dengan betul anda boleh lihat pautan maybank2u bukanlah ke laman web rasmi maybank2u.....
tips utama untuk tidak terpedaya :
Jangan sesekali isi atau mempercayai sebarang email yang menyuruh anda mengisi maklumat2 penting anda terutama sekali berkaitan dengan akaun bank anda..! sentiasa berwaspada dengan dunia internet....banyak kebaikan dan keburukan darinya....
Bincangkan di sini http://forum.cekapkomputer.com/viewtopic.php?f=19&t=52
Wednesday, July 22, 2009
Kerajaan Malaysia cadang IPv6
KUALA LUMPUR 21 Julai - Malaysia bercadang menukar rangkaian Internet versi 4 (IPv4) ketika ini kepada Protokol Internet versi 6 (IPv6) berikutan peningkatan permintaan bagi ruang alamat Internet.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, langkah tersebut bertujuan membolehkan penyediaan kemudahan jalur lebar yang lebih canggih dan meluas di negara ini.
Beliau berkata, langkah itu sekali gus membantu semua universiti serta institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) di negara ini menjalin kerjasama di peringkat global dengan lebih berkesan.
''Inisiatif ini merupakan bukti komitmen kerajaan dan pengiktirafan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh infrastruktur komunikasi terkini bagi menyokong pembangunan penyelidikan dan kegiatan itu di negara ini,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Rangkaian Penyelidikan dan Pendidikan Malaysia (Myren) dan Rangkaian Terkini Asia Pasifik ke-28 (APAN) anjuran bersama Myren, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.
Joseph memberitahu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM43 juta kepada Myren bagi menghubungkan semua institusi pendidikan tinggi swasta, institusi penyelidikan kerajaan dan makmal industri swasta dengan pusat-pusat penyelidikan global.
Beliau berkata, peruntukan itu membolehkan kumpulan penyelidik di negara ini mengadakan hubungan serta kerjasama dengan institusi penyelidikan ternama dunia.
''Kerajaan menyedari bahawa dunia penyelidikan moden bergantung kepada kemajuan dalam infrastruktur dan teknologi komunikasi bagi menghasilkan, mengumpul, berkongsi maklumat, menyimpan serta mendapatkan semula maklumat.
''Sesetengah penyelidikan hanya dapat dimajukan melalui kemajuan dalam infrastruktur dan teknologi komunikasi serta kerjasama di antara penyelidik tempatan dan antarabangsa untuk terus bersaing,'' katanya.
''Joseph memberitahu, atas kesedaran itu, sejak dua dekad lalu, kerajaan telah mengambil langkah untuk menyediakan infrastruktur yang terbaik bagi penyelidikan dan pembangunan.
Katanya, salah satu strategi ialah untuk memastikan pada 2010 penembusan jalur lebar ke rumah-rumah di seluruh negara mencapai tahap 50 peratus.
Beliau berkata, kerajaan juga akan melaksanakan aktiviti di jabatan kerajaan dan sektor swasta bagi memastikan pelaburan di dalam jalur lebar menyokong pembangunan di dalam pendidikan, kesihatan, perkhidmatan kerajaan serta penyelidikan dan pembangunan.
''Usaha untuk mempromosikan institusi penyelidikan dan pembangunan tempatan mengadakan perkongsian dengan institusi antarabangsa dalam pembangunan teknologi rangkaian juga akan dilipatgandakan,'' katanya.
Sunday, July 19, 2009
ebook percuma khas untuk ahli Cekap Komputer
ebook percuma dari Cekap Komputer ini adalah khas untuk Ahli Forum Cekap Komputer....ebook ini adalah himpunan artikel-artikel dari blog cekap komputer.Anda bebas mengedarkan ebook ini kepada rakan-rakan dengan syarat tidak menjualnya...
Isi Kandungan
1. 10 Top Hos Blog !
2. Perisian percuma dan berguna! CCleaner
3. Perisian yang ringan dan percuma Foxit Reader
4. Perisian yang ringan dan percuma Foxit Reader
5. Unlocker 1.8.6 perisian percuma yang berguna..
6. Cara Mudah Menggunakan Proxy pada Irc
7. Masalah NTLDR pada Windows XP
8. Membuat Dailer dengan cara mudah untuk streamyx dan ISP lain
9. Memotong Video Menjadi beberapa bahagian menggunakan VCD Cutter 4.04
10. Membuang amaran Genuine Windows XP dengan cara manual
11. Membuat Multi Login pada Yahoo! Messenger(YM)
12. Cara meningkatkan keselamatan Pc anda
13. Menyelesaikan Masalah Super Hidden pada sesebuah folder
14. Recuva penyelamat fail anda yang terdelete secara tidak sengaja
15. Menyelesaikan masalah tetingkap error pada startup Windows XP anda
16. Cara Install dan menggunakan IRC(secara ringkas)
17. Arahan “ping”
18. Elakkan diri dari menjadi mangsa penjenayah siber
19. Pasang fungsi "Wine" pada ubuntu anda
20. Memberi sedikit effect perkataan menggunakan Adobe Photoshop
21. Penyebaran virus melalui Friendster menggunakan Akaun rakan anda tanpa disedari!
22. Perisian percuma Notepad++
23. Berbaloi menaiktaraf PC lama anda?
Untuk memuatturun ebook percuma ini,anda perlu mendaftar sebagai ahli forum Cekap Komputer,kerana ebook ini hanya untuk ahli cekap komputer sahaja.Harap Maklum.Kata laluan untuk ebook ini ialah cekapkomputer
anda boleh merujuk mengenai ebook ini disini,
http://forum.cekapkomputer.com/viewtopic.php?f=43&t=47
Saturday, July 18, 2009
Microsoft Office 2010
Setelah berita kemunculan Windows 7,pada 13 julai yang lalu,Microsoft telah mengumumkan mengenai Microsoft Office 2010...banyak tambahan telah ditambah di dalam Microsoft Office 2010 ini,dikatakan Microsoft Office 2010 ini sesuai untuk sistem operasi Windows XP SP3, Windows Vista dan Windows 7.Microsoft Office 2010 ini dianggarkan akan dikeluarkan pertengahan tahun 2010 nanti...antara tambahan yang ada Microsoft Office 2010 ialah kita boleh save fail document kita dalam bentuk pdf...jadi ini tentu memberi kemudahan kepada mereka yang ingin membuat ebook.
Anda boleh lihat screen shot Microsoft Office 2010 ini pada pautan ini.
- Microsoft Access 2010
- Microsoft Excel 2010
- Microsoft InfoPath Designer 2010
- Microsoft InfoPath Filler 2010
- Microsoft OneNote 2010
- Microsoft Outlook 2010
- Microsoft PowerPoint 2010
- Microsoft Publisher 2010
- Microsoft SharePoint Workspace 2010
- Microsoft Word 2010
Wednesday, July 15, 2009
Sediakah pengguna Xp ke Windows 7 ?
Windows merupakan sistem operasi yang pertama sekali saya gunakan sebelum menggunakan dua OS yang berlainan pada masa kini iaitu Windows 7 Beta dan Ubuntu 9.04.....Pada 2 tahun lalu,kalau tidak silap saya...Microsoft telah mengeluarkan Windows Vista....namun terdapat banyak kelemahan yang dilakukan oleh versi terbaru tersebut pada masa itu...bagi pendapat saya sendiri,Vista seolah-olah dibina untuk kepentingan sesetengah pihak....banyak perkara yang telah dilakukan oleh vista seperti tidak mesra pengguna(pengguna mempunyai kesulitan ketika menggunakan windows vista ini),Vista ini dikatakan cerewet kerana terdapat perisian-perisian terutama perisian yang bukan original tidak dapat diinstall di dalam Vista,kemudian untuk menggunakan sistem operasi ini,anda memerlukan spek komputer yang lebih tinggi...
Disebabkan perkara ini,banyak pengguna Windows yang lama iaitu Windows XP tidak ingin berpindah ke Windows Vista...perbagai cara yang dilakukan untuk memastikan Windows Vista ini dapat dijual termasuk menghentikan penjualan Windows XP original.Windows Vista ini merupakan satu projek gagal dari Microsoft sendiri.....oleh itu tidak heranlah kalau banyak pengguna Windows tidak ingin berpindah ke Windows Vista pada masa itu.
Selepas menyedari kegagalan tersebut,Microsoft akhirnya menyusun beberapa strategi untuk memastikan Windows baru mereka iaitu Windows 7 tidak senasib dengan Windows Vista...Akhirnya pada tahun 2009 ini,anda sendiri boleh mencuba Windows 7 versi Beta.Nampaknya Windows ingin menebus kembali maruah mereka selepas kegagalan mereka terhadap Windows 7.Saya sendiri telah mencuba Windows 7 ni,berbanding dengan Windows Vista....Windows 7 ini kelihatan lebih mesra pengguna dari Windows Vista...banyak perubahan yang telah dibaiki,malah Windows 7 ini dikatakan lebih baik dan lebih cepat dalam segala hal dari Windows XP.Persoalannya,adakah anda akan kekal menggunakan Windows XP atau akan beralih ke Windows 7??saya lihat sendiri jika anda menggunakan Windows 7 ini virus adalah lebih kurang kerana banyak perubahan-perubahan yang telah dijalankan.
Bincangkan di sini : http://forum.cekapkomputer.com/viewtopic.php?f=8&t=46
Monday, July 13, 2009
Tutorial mudah "Folder Options" pada Windows 7
Pertama sekali klik pada butang menu start di desktop Windows 7 anda,kemudian klik pada Control Panel,kemudian klik pada "Appearance and Personalization"
kemudian selepas itu,anda boleh melihat pilihan untuk Folder Options ,klik pada bahagian "Show hidden files and folders"
seperti juga windows XP anda perlu tick kepada bahagian2 yang tertentu....klik di bahagian "Show hidden files,folder and drive.
mudah sekali kan....
Saturday, July 11, 2009
Windows 7 merupakan OS paling murah dalam sejarah Microsoft
Gambaran dibawah merupakan analisis harga os untuk Windows
Friday, July 10, 2009
Kemunculan Google Chrome OS!Google akan bersaing dengan Windows!
Setelah sistem operasi seperti Windows,Linux,Mac dan lain-lain masing2 bersaing...kini Google ingin melebarkan sayapnya dengan membina sistem operasi mereka sendiri,setelah beberapa kejayaan Google di dalam dunia maya ini seperti menguasai enjin carian,email(gmail),blog(blogger.com) dan banyak lagi....Sistem operasi google ini kemungkinan besar akan dilancarkan pada tahun 2010...Google dikatakan ingin bersaing dengan sistem operasi yang tidak kurang hebatnya iaitu Microsoft Windows,adakah sistem operasi google ini mampu menewaskan Windows?Sistem operasi terbaru dari google ini dalam blognya juga menyatakan sistem operasi mereka ini adalah lebih laju,sekuriti dan simple.Saya sendiri adalah merupakan peminat enjin carian Google ini,diharapkan sistem operasi google ini lebih stabil dari sistem operasi Windows seperti yang kita harapkan...termasuk juga masalah yang dihadapi oleh Windows berkenaan dengan virus.
Bincangkan di sini : http://forum.cekapkomputer.com/viewtopic.php?f=8&t=9
Petikan dari blog google mengenai Chrome OS,
It's been an exciting nine months since we launched the Google Chrome browser. Already, over 30 million people use it regularly. We designed Google Chrome for people who live on the web — searching for information, checking email, catching up on the news, shopping or just staying in touch with friends. However, the operating systems that browsers run on were designed in an era where there was no web. So today, we're announcing a new project that's a natural extension of Google Chrome — the Google Chrome Operating System. It's our attempt to re-think what operating systems should be.
Google Chrome OS is an open source, lightweight operating system that will initially be targeted at netbooks. Later this year we will open-source its code, and netbooks running Google Chrome OS will be available for consumers in the second half of 2010. Because we're already talking to partners about the project, and we'll soon be working with the open source community, we wanted to share our vision now so everyone understands what we are trying to achieve.
Speed, simplicity and security are the key aspects of Google Chrome OS. We're designing the OS to be fast and lightweight, to start up and get you onto the web in a few seconds. The user interface is minimal to stay out of your way, and most of the user experience takes place on the web. And as we did for the Google Chrome browser, we are going back to the basics and completely redesigning the underlying security architecture of the OS so that users don't have to deal with viruses, malware and security updates. It should just work.
Google Chrome OS will run on both x86 as well as ARM chips and we are working with multiple OEMs to bring a number of netbooks to market next year. The software architecture is simple — Google Chrome running within a new windowing system on top of a Linux kernel. For application developers, the web is the platform. All web-based applications will automatically work and new applications can be written using your favorite web technologies. And of course, these apps will run not only on Google Chrome OS, but on any standards-based browser on Windows, Mac and Linux thereby giving developers the largest user base of any platform.
Google Chrome OS is a new project, separate from Android. Android was designed from the beginning to work across a variety of devices from phones to set-top boxes to netbooks. Google Chrome OS is being created for people who spend most of their time on the web, and is being designed to power computers ranging from small netbooks to full-size desktop systems. While there are areas where Google Chrome OS and Android overlap, we believe choice will drive innovation for the benefit of everyone, including Google.
We hear a lot from our users and their message is clear — computers need to get better. People want to get to their email instantly, without wasting time waiting for their computers to boot and browsers to start up. They want their computers to always run as fast as when they first bought them. They want their data to be accessible to them wherever they are and not have to worry about losing their computer or forgetting to back up files. Even more importantly, they don't want to spend hours configuring their computers to work with every new piece of hardware, or have to worry about constant software updates. And any time our users have a better computing experience, Google benefits as well by having happier users who are more likely to spend time on the Internet.
We have a lot of work to do, and we're definitely going to need a lot of help from the open source community to accomplish this vision. We're excited for what's to come and we hope you are too. Stay tuned for more updates in the fall and have a great summer.
Update on 7/8/2009: We have posted an FAQ on the Google Chrome Blog.
Monday, July 06, 2009
Cantikkan ubuntu anda menggunakan Compiz!
Bagi mereka yang ingin atau baru mencuba ubuntu ini,tentu anda mencari cara untuk menjadikan kelihatan menarik dan cantik...ada beberapa program yang anda boleh tambah pada sistem ubuntu anda untuk menjadikan ianya kelihatan menarik...antaranya,anda boleh menggunakan program compiz....Desktop ubuntu anda tentu akan kelihatan menarik dan semestinya menarik minat pengguna OS lain.Seperti yang kita tahu sistem operasi linux ini contohnya ubuntu adalah sebuah sistem operasi yang percuma dan risiko untuk virus Windows yang kian menjadi-jadi ini tentu tidak dapat menjangkiti sistem operasi ini.Baiklah untuk memasang program Compiz ini adalah sangat mudah,ikuti langkah2 di bawah :
Pada os ubuntu anda pilih ;
Application > Add/Remove
kemudian satu tetingkap akan keluar,kemudian pada pilihan All kemudian,di bahagian show,pilih " All Available applications".Kemudian di ruangan search,taip "compiz"....kemudian tick ketiga-tiga pilihan yang keluar dari keputusan carian tadi.Dan apply,pastikan komputer anda bersambung dengan talian internet.
Apabila anda sudah siap install program ini,anda boleh mencubanya.
pilih System > Preferences > pilih " CompizCompiz Setting Manager".Kemudian anda boleh klik beberapa bahgian yang anda rasa perlu contoh Desktop cube,Rotate cube dan sebagainya....dan anda boleh cuba hasilnya....
Switch windows
Alt + Tab
Arrange and view all active windows on the current workspace/viewport
F12 (toggle); select a window by clicking on it. OLD: use the scale plugin of ccsm (CompizConfig Settings mananger)
Arrange and view all active windows across all workspaces/viewports
F10 (toggle); select a window by clicking on it.OLD: use the scale plugin of ccsm
Arrange and view active windows of the same application
F11 (toggle); select a window by clicking on it. OLD: use the scale plugin of ccsm
Slow motion effects & animations
Shift + F10
Switch to next workspace/viewport
Ctrl + Alt + Left/Right Arrow
Switch to next workspace/viewport and take the active window with you
Ctrl + Shift + Alt + Left/Right Arrow
Rotate desktop cube/prism with the mouse pointer
Ctrl + Alt + Left-click on the desktop and drag
Make active window translucent/opaque (built-in)
Alt + mouse wheel up/down
Make active window translucent/opaque (with the opacity plugin)
Ctrl + Shift + Scroll, or right-click the window's title bar and select Opacity (seems to be absent in current compiz cvs.)
Saturate/desaturate active window
Control + mouse wheel up/down
Zoom in once
Super-key + right-click
Zoom in step-by-step
Super-key + mouse wheel up
Zoom out step-by-step
Super-key + mouse wheel down
Move window
Alt + left-click anywhere on the window's body
Snap window to workspace edges and window borders
Hold down Shift while moving the window
Resize window
Alt + right-click anywhere on the window's body
Water Effect
Ctrl + Super-key (I have to press the Ctrl key first) - (requires the 'water' plugin)
Rain
Shift + F9 (requires the 'water' plugin)
Sunday, July 05, 2009
Jom Download Joomla_1.5.12-Stable-Full_Package!
Joomla_1.5.12 ini baru sahaja dilepaskan pada 2009-06-29 23:00:00 lalu direalisasikan oleh Ian MacLennan.Bagi sesiapa yang tidak mengetahui mengenai joomla ialah,joomla adalah salah satu kemudahan yang kita guna untuk membuat laman web...menggunakan joomla ini tidak susah...template percuma juga banyak disediakan di luar sana...tanya sahaja pakcik Google...bagi mereka yang ingin mendownload joomla 1.5.12 ini bolehlah mendownload joomla ini melalui pautan yang diberikan dibawah.
Klik Disini
Monday, June 29, 2009
Driver Audio untuk v3715au Windows XP
Topik driver v3715au sebelum ini,
http://cekapkomputer.blogspot.com/2008/05/driver-compaq-presario-v3715au-untuk.html
muat turun driver untuk audio v3715au untuk windows xp,
http://www.mediafire.com/?ioyyhrzjoyk
password : cekapkomputer
Thursday, June 18, 2009
Cara install Xampp pada ubuntu 9.04
Malah xampp ini adalah percuma :
XAMPP is a compilation of free software (comparable to a Linux distribution), it's free of charge and it's free to copy under the terms of the GNU General Public License. But it is only the compilation of XAMPP that is published under GPL. Please check every single license of the contained products to get an overview of what is, and what isn't, allowed.
In the case of commercial use please take a look at the product licenses (especially MySQL), from the XAMPP point of view commercial use is also free.
baiklah kali ini saya akan tunjukkan cara untuk install xampp ini pada sistem ubuntu anda.
pertama sekali anda perlu download xampp untuk linux ini disini:
http://www.apachefriends.org/en/xampp-linux.html
contoh versi pakej xampp yang ketika saya post artikel ini adalah xampp linux 1.7.1 ,
http://www.apachefriends.org/download.php?xampp-linux-1.7.1.tar.gz
Setelah anda siap muat turun pakej tersebut,extract pakej tersebut di /opt menggunakan command ini di terminal anda.
sudo tar xvfz xampp-linux-1.5.3a.tar.gz -C /opt
anda berjaya kita pakej xampp untuk linux itu dapat diextract tanpa sebarang masalah....
untuk memulakan/menghidupkan proses Xampp anda,anda boleh menggunakan command ini..
sudo /opt/lampp/lampp start
Untuk menghentikan proses xampp anda tersebut sila gunakan command ini,
sudo /opt/lampp/lampp stop
Baiklah untuk menggunakan fungsi Control Panel Xampp ,sila ikut cara dibawah..
Taip/copy paste ini di terminal anda,dan satu tetingkap baru akan dikeluarkan...
sudo gedit /usr/share/applications/xampp-control-panel.desktop
Kemudian,simpan kode dibawah ini dan save.
[Desktop Entry]
Encoding=UTF-8
Name=XAMPP Control Panel
Comment=Start and Stop XAMPP
Exec=gksudo "python /opt/lampp/share/xampp-control-panel/xampp-control-panel.py"
Icon=/usr/share/icons/Tango/scalable/devices/network-wired.svg
Terminal=false
Type=Application
Categories=GNOME;Application;Network;
StartupNotify=true
untuk membolehkan anda membuat folder dan menyimpan fail di htdoc
login sebagai root menggunakan command
su
kemudian,gunakan command ini,
chmod -R 0777 /opt/lampp/htdocs
hantar komen anda,adakah anda berjaya melakukan tutorial ini?
Tuesday, June 16, 2009
Peluang pekerjaan sebagai FT17(Juruteknik Komputer)
Apa yang ingin saya nyatakan ialah,terdapat banyak peluang pekerjaan diluar sana...terutamanya dalam bidang IT,saya tahu banyak anda di luar sana yang boleh dikatakan pakar dan berpengetahuan dalam bidang IT.Jika sehingga kini anda masih lagi belum mempunyai pekerjaan tetap ataupun anda tidak berpuas hati dengan pekerjaan anda...anda boleh la mencuba mengisi permohonan anda sebagai FT17...Jika anda ada sijil atau diploma dalam bidang IT ataupun elektrik dan eletronik,saya syorkan anda cuba pohon jawatan ini..Jika permohonan anda berjaya anda akan dipanggil untuk temuduga,dan biasanya soalan yang akan ditanya adalah mengenai IT..dikatakan pada bulan julai nanti sebanyak 1000 pegawai ft17 baru akan melapordiri...Tahniah kepada FT17 yang baru dilantik!Selain jawatan FT17 ini,banyak juga jawatan lain yang ditawarkan...anda boleh membuat permohonan ini di http://www.spa.gov.my/
Peluang ini juga terbuka bagi mereka yang baru mendapat keputusan SPM baru-baru ini.
Wednesday, June 10, 2009
Perjumpaan KKLUG 6/6/2009
Pada 6/6/2009,Sabtu yang lalu merupakan perjumpaan KKLUG(Kota Kinabalu Linux User Group)perjumpaan ini bermula pada pukul 8.30 malam di Restoran Salim,Lintas...perjumpaan sebelum ini dihadiri oleh 4 orang ahli KKLUG dan pada kali ini 3 ahli baru yang telah menghadiri perjumpaan KKLUG kali ini...namun ada beberapa ahli KKLUG tidak dapat menghadiri perjumpaan ini diatas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan.
Lihat info mengenai perjumpaan di bawah :
Assalamualikum,
Terima kasih di atas ahli- ahli yang datang. Seperti biasa, peace
membawa ahli baru ke dalam group kita. Walaupun nama KK-LUG, tapi
nampaknya memasing lebih cenderung menggunakan ubuntu. Tak apa lah,
asalkan Linux distro.
Senarai ahli yang datang:
1. Ruhaizad - drizad
2. Md. Fairuz - mohdfai
3. Mohd. Isamuddin - deane3745
4. Mohd. Aizat - aizat_kkps
5. Khairil Izwan - E_peace6679
6. Fadzli - Fadz_L1004
Perbincangan dirumuskan sebagai berjaya:
1. Tak jadi hantar team ke Kuching on 25-26 September, sebab tarikh
yang terlalu dekat dengan Hari Raya Puasa.
2. Minta tolong Fadzli sekiranya boleh digunakan lab/kelas/library di
Politeknik KK untuk diguna sebagai port perjumpaan yang lebih baik,
berbanding sekarang yang masih diadakan di tempat makan.
Meeting ditangguhkan pada jam 9.45pm.
drizad
Nampaknya ahli KKLUG makin meningkat dari semasa ke semasa...Sesiapa ingin join group ini,sila ke laman ini http://groups.google.com/group/kk-lug...Terima Kasih!
Perisian Percuma Irfanview!
Pernahkan anda menggunakan perisian percuma ini?apakah kegunaan perisian ini?perisian ini adalah antara perisian yang saya sering gunakan ketika melakukan kerja...perisian ini adalah sebuah perisian yang cukup ringan dan membolehkan kita mengedit gambar kita,contoh saiz gambar dan beberapa kemudahan lain lagi.Dengan adanya perisian seperti ini,anda tidak memerlukan perisian lain yang berat semata-mata untuk membolehkan anda memotong saiz gambar dan keperluan lain,tambahan pula perisian ini adalah percuma.
Anda boleh download perisian irfanview ini :
http://www.filehippo.com/download_irfanview/
http://www.irfanview.com/main_download_engl.htm
sila baca keterangan mengenai perisian ini dibawah :
IrfanView is a very fast, small, compact and innovative FREEWARE (for non-commercial use) graphic viewer for Windows 9x/ME/NT/2000/XP/2003/Vista.
It is trying to be simple for beginners and powerful for professionals.
IrfanView is trying to create new and/or interesting features in its own way, unlike some other graphic viewers, whose whole "creativity" is based on feature cloning, stealing of ideas and whole dialogs from ACDSee and/or IrfanView! (for example: XnView has been stealing/cloning features and whole dialogs from IrfanView, for 8+ years).
IrfanView was the first Windows graphic viewer WORLDWIDE with Multiple (animated) GIF support.
One of the first graphic viewers WORLDWIDE with Multipage TIF support.
The first graphic viewer WORLDWIDE with Multiple ICO support.
Some IrfanView features:
* Many supported file formats (click here the list of formats)
* Multi language support
* Thumbnail/preview option
* Paint option - to draw lines, circles, arrows, straighten image etc.
* Toolbar skins option
* Slideshow (save slideshow as EXE/SCR or burn it to CD)
* Show EXIF/IPTC/Comment text in Slideshow/Fullscreen etc.
* Support for Adobe Photoshop Filters
* Fast directory view (moving through directory)
* Batch conversion (with image processing)
* Multipage TIF editing
* File search
* Email option
* Multimedia player
* Print option
* Support for embedded color profiles in JPG/TIF
* Change color depth
* Scan (batch scan) support
* Cut/crop
* IPTC editing
* Effects (Sharpen, Blur, Adobe 8BF, Filter Factory, Filters Unlimited, etc.)
* Capturing
* Extract icons from EXE/DLL/ICLs
* Lossless JPG rotation
* Unicode support
* Many hotkeys
* Many command line options
* Many PlugIns
* Only one EXE-File, no DLLs, no Shareware messages like "I Agree" or "Evaluation expired"
* No registry changes without user action/permission!
* and much much more
Sunday, May 24, 2009
Komuniti Juruteknik Komputer Sabah(kjksb.net)
Baiklah pada post kali ini,saya ingin memperkenalkan kepada anda Komuniti Juruteknik Komputer Sabah ( kjksb.net ) ,Kjksb ini dibangunkan oleh saya dan seorang lagi rakan saya yang merupakan Juruteknik Komputer Gred FT17 dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia.Tujuan asal dan sebenar lamanweb ini adalah untuk mengumpulkan Juruteknik-juruteknik komputer FT17 serta dialu-alukan juruteknik-juruteknik komputer swasta di Sabah.Namun anda juga dialu-alukan jika ingin berkongsi ilmu dan tutorial mengenai komputer dan sebagainya....Semoga dengan adanya laman web ini,Komuniti juruteknik komputer di Sabah dapat disatukan.
Forum kjksb : http://forum.kjksb.net
Lamanweb : http://kjksb.net
Tip Menjaga Laptop Anda!
Baiklah pada post kali ini,saya akan memberi anda sedikit panduan cara untuk menjaga laptop.Laptop pada masa kini sangat popular kerana dengan adanya laptop,tugas kita menjadi lebih cepat dan mudah..berbeza suatu ketika dahulu,ketika pertama sekali laptop dikeluarkan,harga sebuah laptop adalah sangat-sangat mahal..namun kini kita sendiri boleh lihat ada segelintir keluarga suda mampu menghadiahkan atau membelikan anak-anak mereka sebuah laptop.Dari segi ketahanan pula,Komputer peribadi(PC) dan laptop adalah berbeza...Laptop dikatakan lebih sensitif dan perlu dijaga dengan berhati-hati...
Baiklah dibawah adalah beberapa tips yang anda perlu ketahui untuk menjaga laptop anda,Saya akan tambah tips ini di post yang akan datang :
- Jangan letakkan laptop anda di atas katil,karpet atau permukaan yang lembut yang boleh menyebabkan aliran udara kipas laptop anda tertutup.Ini akan menyebabkan laptop anda akan menjadi Overheating.
- Jangan letak Laptop anda di pangkuan anda(di paha anda).
- Untuk menjadikan bateri lebih tahan,buka bateri laptop anda ketika ia telah penuh di cas.Hanya sambungkan kabel power untuk memastikan laptop anda berfungsi tanpa memerlukan bateri.
- Jangan letak laptop anda di kawasan yang basah.(juga minuman anda,Kebanyakan orang suka meletak minuman mereka di sebelah laptop mereka ketika menggunakan laptop mereka)
- Jangan biarkan laptop anda berjemur di bawah matahari yang terik ataupun di dalam kereta ketika parking di bawah matahari.
- Pastikan laptop anda diletakkan di kawasan yang rata.Laptop yang terjatuh atau terhempap akan menyebabkan perkakasan dalam laptop tersebut terjejas.
- Seboleh-bolehnya jauhkan laptop anda dari magnet...
- Pastikan laptop anda diberi rehat,jangan dibiarkan ianya dipasang hampir sehari setiap hari(ketahanan laptop berbeza dengan PC biasa).
Wednesday, May 20, 2009
epeace6679.net blog personal aku!
Baiklah mungkin ini tiada kaitan dengan ilmu komputer...tetapi mungkin post ini akan memberi ilham kepada mereka-mereka yang ini membuat blog....selalu saya akan tanya pada kawan2 saya,kalau dorang semua nei minat buat blog....tapi jawapan yang selalu saya dapat ialah mereka nie tidak tahu apa yang hendak diletakkan di dalam blog mereka....jadi saya akan cakap letak jak apa2....jadikan blog personal ka...tulis apa yang anda rasa menarik dalam hidup anda...kira macam diari peribadi kita la nei hohoh...tapi jangan pulak terlampau tulis benda yang sangat-sangat peribadi...nanti malu pulak kita nie nanti....saya menggunakan wordpress untuk membuat blog epeace6679.net ini.Dan domain pulak saya beli dari Datakl(hosting kegemaran saya) dengan harga rm30...Anda boleh lihat disini.Harga untuk satu domain pun tidak la mahal(untuk .com .net .org)....hanya rm40 SETAHUN!hehe...jadi link untuk blog anda akan jadi mudah diingati dan kemas....jadi jom kita membuat blog personal masing2....
Blog epeace6679.net ini masih lagi dalam pembuatan,dalam 70% sudah siap....siapa yang ingin bertukar2 pautan dialu-alukan....harap maklum...
Blog aku : http://epeace6679.net/
Thursday, May 07, 2009
cekapkomputer.com kini kembali!
Setelah beberapa hari menutup laman web cekap komputer,laman web cekapkomputer.com kini kembali!laman web cekapkomputer.com sebelum ini terpaksa ditutup diatas beberapa faktor yang tidak boleh dielakkan....dan untuk pengetahuan laman web ini menggunakan database yang berlainan dari yang sebelum ini jadi anda diminta mendaftar semula akaun anda(segala kesulitan harap dimaafkan)...ruangan dan isi akan ditambah di dalam laman web ini dari semasa ke semasa....
+ Sebagai tanda penghargaan kepada ahli berdaftar,anda boleh muat turun ebook percuma (A Practical Guide To Ubuntu Linux)....beberapa ebook percuma akan ditambah dari semasa ke semasa...jadi apa lagi?jom daftar akaun anda di laman web cekapkomputer.com!
Monday, April 27, 2009
Berhati-hati dengan virus sality.y !! ( 2 )
Bagi mereka yang masih terkena virus sality ini,anda boleh cuba menggunakan Norman Malware Cleaner , adalah lebih baik anda membuka norman malware ini melalui safemode....kerana jika tidak virus sality ini akan cuba untuk menjangkiti Norman Malware Cleaner kerana virus sality ini akan menjangkiti perisian .exe .Selain itu avira versi percuma juga dapat mengesan virus ini,dan membaiki fail2 yang dijangkiti,tetapi ada juga perisian-perisian simpanan kita yang rosak teruk akibat virus ini...Download avira percuma terbaru disini Avira AntiVir Personal - FREE Antivirus
Tuesday, April 21, 2009
Senarai blog komputer dalam bahasa melayu!
Dalam beberapa hari ini,saya melihat ada beberapa link dari blog tertentu dan apabila menjejaki blog tersebut saya terjumpa satu artikel mengenai "senarai blog komputer bahasa melayu".Artikel ini amat menarik bagi saya kerana ianya membantu blog-blog komputer dalam bahasa melayu,terima kasi kepada penulis blog jomphp kerana mulakan artikel ini.
Di bawah merupakan antara blog-blog komputer dalam bahasa melayu yang popular :
http://cekapkomputer.blogspot.com/
Blog ini dihasilkan oleh E_peace6679,seorang juruteknik komputer dari Sabah...Blog ini banyak memberi anda info mengenai penyelenggaraan komputer dan banyak lagi.
http://baikipc.wordpress.com/
Masalah Komputer ditulis oleh PakNik, di mana beliau berkongsi pengalamannya dalam membetulkan komputer pelanggan.
http://blog.anjungpc.com/
Anjung PC mengandungi artikel yang berkaitan dengan komputer dan perniagaan internet, daripada Starline.
http://adamasalahbarunakcari.blogspot.com/
Meskipun nama blog ini agak panjang, namun ianya berbaloi untuk disimpan ke dalam bookmarks anda. Artikel komputer di sini biasanya bersifat teknikal, lebih-lebih lagi apabila ia berkaitan dengan sekuriti. Blog ini diuruskan oleh TMUkmkd.
http://amanz.my/
Amanz adalah antara satu-satunya blog komputer tempatan yang khusus kepada berita teknologi sahaja. Ianya meliputi perkembangan teknologi semasa baik di peringkat global mahupun tempatan. Pemilik blog ini, Aman, juga menulis tentang berita Linux di LinuxMalaya.
http://jomphp.com/
JomPHP mengandungi tips-tips komputer dan internet, serta tutorial pengaturcaraan web seperti PHP dan HTML. Ditulis oleh EiNS dan Cyberfly.
http://dilarangmelarang.com/
Dilarang Melarang adalah sebuah blog peribadi milik Marzuki. Selain daripada entri peribadi, ia juga mengandungi tutorial dan panduan bagi pengguna Blogspot.
http://eriyza.via.my/
Blog milik Eriyza ini banyak menceritakan tentang tips komputer khususnya buat pengguna wanita, serta pelbagai tutorial yang berkaitan dengan pengubahsuaian Blogspot.
http://www.infomalaya.com/
InfoMalaya adalah berkonsepkan pengumpulan ilmu yang berkaitan teknologi, lebih-lebih lagi mengenai pembangunan web. Diketuai oleh Bat yang kacak, InfoMalaya juga mempunyai beberapa penulis tambahan seperti Azraai, Arynet, Junaidix, Affuan, Awqi_zar, IrfanJani, dan MK.
http://hardyw3b.wordpress.com/
Hardyw3b adalah blog peribadi milik Adi, dan mengandungi pelbagai artikel tentang perisian, terutamanya yang berkaitan dengan sumber terbuka.
http://www.mywindowsxp.info
MyWindowsXP ditulis oleh Dekan, dan mengandungi tips-tips dalam menggunakan Windows XP.
http://melayubuntu.blogspot.com/
Seperti namanya, Ubuntu Untuk Malaysia adalah sebuah blog yang fokus kepada Ubuntu dan sumber terbuka. Diketuai oleh Zul, Ubuntu Untuk Malaysia juga mempunyai beberapa penulis jemputan yang lain.
http://www.kongsiblog.org/
Kongsiblog mengandungi artikel yang berkaitan dengan komputer dan internet, daripada Sabri Ahmad.
http://killvearn.com/blog/
Kill-Vearn merupakan sebuah blog peribadi milik Syah, yang juga mempunyai tips-tips dalam penggunaan perisian dan internet.
http://kedaigambarku.co.cc/
Kedai Gambar Ku ditulis oleh Hafiz, dan mengandungi tips dan tutorial komputer terutamanya yang berkaitan dengan Photoshop.
http://sembangkomputer.com/
Sembang Komputer mengandungi pelbagai tips dan tutorial dalam menggunakan perisian, serta penyelesaian kepada masalah komputer yang selalu dihadapi. Diketuai oleh MK, Sembang Komputer juga mempunyai beberapa penulis jemputan seperti NoktahHitam dan Life4Hire.
http://waidakmy.com/
Seperti namanya, blog Wanita & Komputer ditulis WaidaKmy, bertujuan untuk membantu wanita dalam penggunaan komputer.
http://www.techit.com.my/
TechIT mengandungi artikel tentang berita teknologi, gajet, dan permainan komputer.
http://sifoo.com/
Sifoo adalah sebuah laman web portal yang memfokuskan kepada bidang grafik dan multimedia. Pelbagai tutorial dan muat turun yang berkaitan dengan Photoshop boleh didapatkan di sini. Sifoo diasaskan oleh Imran Abdul Jabar.
sumber asal : sembangkomputer.com
Monday, April 20, 2009
Berhati-hati dengan perisian antivirus palsu seperti WinPC Defender!
WinPC Defender description
WinPC Defender is another way for scammers to get your money. Win PC Defender is presented as a security program while it’s not able to perform a single function of a security tool. The program is designed to look like an anti-spyware and this tricks people into purchasing it.
WinPCDefender is a clone on annoying XP PoliceAntivirus fraud (learn more about XP Police Antivirus).
WinPC Defender is usually installed by trojan which gets on a system disguised as video codec. Once Win PC Defender in on board, it demands paying $49.99-$99.99 for deleting computer infections. The tool isn’t capable of detecting malwares; it simply targets your money by loading falsified infection alerts.
WinPC Defender automatic detection
p/s Antara bahan yang penting untuk membuang antivirus palsu ini ialah :
1 - Process Explorer
http://technet.microsoft.com/en-us/sysinternals/bb896653.aspx
2 - Autoruns for Windows
http://technet.microsoft.com/en-us/sysinternals/bb963902.aspx
3 - Unlocker 1.8.7
http://www.filehippo.com/screenshot/unlocker/4105_2/
Suda ada bahan nie,buka Process Explorer tu....dan cari WinPC nie...right klik..end process...
Matikan proses-proses dan del fail-fail tersebut:
WinPC Defender.exe
pcdefender.exe
install.exe
7339880.exe
1234.exe
pastu buka Autorun...cari juga WinPC nie dan del di bahagian startup dan bahagian2 yang ada kaitan ngan spyware nie.
Kemudian guna Unlocker nie untuk musnahkan fail2 WinPC nie(Unlocker nie bagus gunanya untuk kita del fail-fail yang x dapat di del dengan cara biasa)
Elakkan memasuki laman web WinPC ini :
win-pc-defender.com
xp-police-09.com
xp-police-2009.com
xp-police-antivirus.com
xp-police-av.com
xp-police-engine.com
xp-police.com
viewworldmy1.com
Delete Registry ini :
HKEY_CURRENT_USER\software\microsoft\windows\currentversion\ext\stats\{96ad72e4-2e2b-4ffc-a5bb-279c2714af12}
HKEY_CURRENT_USER\software\winpc defender
HKEY_LOCAL_MACHINE\software\classes\clsid\{96ad72e4-2e2b-4ffc-a5bb-279c2714af12}\programmable
HKEY_LOCAL_MACHINE\software\classes\typelib\{a54dc52d-7aad-4d40-a126-337211631edc}
HKEY_LOCAL_MACHINE\software\classes\typelib\{a54dc52d-7aad-4d40-a126-337211631edc}\1.0\0
HKEY_LOCAL_MACHINE\software\microsoft\windows\currentversion\explorer\browser helper objects\{96ad72e4-2e2b-4ffc-a5bb-279c2714af12}
Delete juga benda nie :
7339880.exe
ieocx.dll
%appdata%\pcdefender.exe
%desktopdirectory%\winpc defender.lnk
%startmenu%\winpc defender.lnk
install.exe
ieocx.dll
Topik mengenai antivirus palsu ini ada dibincangkan disini,
http://forum.kjksb.net/viewtopic.php?f=5&t=82