Wednesday, July 15, 2009
Sediakah pengguna Xp ke Windows 7 ?
Windows merupakan sistem operasi yang pertama sekali saya gunakan sebelum menggunakan dua OS yang berlainan pada masa kini iaitu Windows 7 Beta dan Ubuntu 9.04.....Pada 2 tahun lalu,kalau tidak silap saya...Microsoft telah mengeluarkan Windows Vista....namun terdapat banyak kelemahan yang dilakukan oleh versi terbaru tersebut pada masa itu...bagi pendapat saya sendiri,Vista seolah-olah dibina untuk kepentingan sesetengah pihak....banyak perkara yang telah dilakukan oleh vista seperti tidak mesra pengguna(pengguna mempunyai kesulitan ketika menggunakan windows vista ini),Vista ini dikatakan cerewet kerana terdapat perisian-perisian terutama perisian yang bukan original tidak dapat diinstall di dalam Vista,kemudian untuk menggunakan sistem operasi ini,anda memerlukan spek komputer yang lebih tinggi...
Disebabkan perkara ini,banyak pengguna Windows yang lama iaitu Windows XP tidak ingin berpindah ke Windows Vista...perbagai cara yang dilakukan untuk memastikan Windows Vista ini dapat dijual termasuk menghentikan penjualan Windows XP original.Windows Vista ini merupakan satu projek gagal dari Microsoft sendiri.....oleh itu tidak heranlah kalau banyak pengguna Windows tidak ingin berpindah ke Windows Vista pada masa itu.
Selepas menyedari kegagalan tersebut,Microsoft akhirnya menyusun beberapa strategi untuk memastikan Windows baru mereka iaitu Windows 7 tidak senasib dengan Windows Vista...Akhirnya pada tahun 2009 ini,anda sendiri boleh mencuba Windows 7 versi Beta.Nampaknya Windows ingin menebus kembali maruah mereka selepas kegagalan mereka terhadap Windows 7.Saya sendiri telah mencuba Windows 7 ni,berbanding dengan Windows Vista....Windows 7 ini kelihatan lebih mesra pengguna dari Windows Vista...banyak perubahan yang telah dibaiki,malah Windows 7 ini dikatakan lebih baik dan lebih cepat dalam segala hal dari Windows XP.Persoalannya,adakah anda akan kekal menggunakan Windows XP atau akan beralih ke Windows 7??saya lihat sendiri jika anda menggunakan Windows 7 ini virus adalah lebih kurang kerana banyak perubahan-perubahan yang telah dijalankan.
Bincangkan di sini : http://forum.cekapkomputer.com/viewtopic.php?f=8&t=46
Labels:
Windows
0 comments:
Post a Comment