Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket

Tuesday, April 21, 2009

Senarai blog komputer dalam bahasa melayu!




Dalam beberapa hari ini,saya melihat ada beberapa link dari blog tertentu dan apabila menjejaki blog tersebut saya terjumpa satu artikel mengenai "senarai blog komputer bahasa melayu".Artikel ini amat menarik bagi saya kerana ianya membantu blog-blog komputer dalam bahasa melayu,terima kasi kepada penulis blog jomphp kerana mulakan artikel ini.

Di bawah merupakan antara blog-blog komputer dalam bahasa melayu yang popular :



http://cekapkomputer.blogspot.com/
Blog ini dihasilkan oleh E_peace6679,seorang juruteknik komputer dari Sabah...Blog ini banyak memberi anda info mengenai penyelenggaraan komputer dan banyak lagi.





http://baikipc.wordpress.com/
Masalah Komputer ditulis oleh PakNik, di mana beliau berkongsi pengalamannya dalam membetulkan komputer pelanggan.








http://blog.anjungpc.com/
Anjung PC mengandungi artikel yang berkaitan dengan komputer dan perniagaan internet, daripada Starline.







http://adamasalahbarunakcari.blogspot.com/
Meskipun nama blog ini agak panjang, namun ianya berbaloi untuk disimpan ke dalam bookmarks anda. Artikel komputer di sini biasanya bersifat teknikal, lebih-lebih lagi apabila ia berkaitan dengan sekuriti. Blog ini diuruskan oleh TMUkmkd.








http://amanz.my/
Amanz adalah antara satu-satunya blog komputer tempatan yang khusus kepada berita teknologi sahaja. Ianya meliputi perkembangan teknologi semasa baik di peringkat global mahupun tempatan. Pemilik blog ini, Aman, juga menulis tentang berita Linux di LinuxMalaya.





http://jomphp.com/
JomPHP mengandungi tips-tips komputer dan internet, serta tutorial pengaturcaraan web seperti PHP dan HTML. Ditulis oleh EiNS dan Cyberfly.





http://dilarangmelarang.com/
Dilarang Melarang adalah sebuah blog peribadi milik Marzuki. Selain daripada entri peribadi, ia juga mengandungi tutorial dan panduan bagi pengguna Blogspot.







http://eriyza.via.my/
Blog milik Eriyza ini banyak menceritakan tentang tips komputer khususnya buat pengguna wanita, serta pelbagai tutorial yang berkaitan dengan pengubahsuaian Blogspot.





http://www.infomalaya.com/
InfoMalaya adalah berkonsepkan pengumpulan ilmu yang berkaitan teknologi, lebih-lebih lagi mengenai pembangunan web. Diketuai oleh Bat yang kacak, InfoMalaya juga mempunyai beberapa penulis tambahan seperti Azraai, Arynet, Junaidix, Affuan, Awqi_zar, IrfanJani, dan MK.





http://hardyw3b.wordpress.com/
Hardyw3b adalah blog peribadi milik Adi, dan mengandungi pelbagai artikel tentang perisian, terutamanya yang berkaitan dengan sumber terbuka.





http://www.mywindowsxp.info
MyWindowsXP ditulis oleh Dekan, dan mengandungi tips-tips dalam menggunakan Windows XP.





http://melayubuntu.blogspot.com/
Seperti namanya, Ubuntu Untuk Malaysia adalah sebuah blog yang fokus kepada Ubuntu dan sumber terbuka. Diketuai oleh Zul, Ubuntu Untuk Malaysia juga mempunyai beberapa penulis jemputan yang lain.





http://www.kongsiblog.org/
Kongsiblog mengandungi artikel yang berkaitan dengan komputer dan internet, daripada Sabri Ahmad.





http://killvearn.com/blog/
Kill-Vearn merupakan sebuah blog peribadi milik Syah, yang juga mempunyai tips-tips dalam penggunaan perisian dan internet.





http://kedaigambarku.co.cc/
Kedai Gambar Ku ditulis oleh Hafiz, dan mengandungi tips dan tutorial komputer terutamanya yang berkaitan dengan Photoshop.







http://sembangkomputer.com/
Sembang Komputer mengandungi pelbagai tips dan tutorial dalam menggunakan perisian, serta penyelesaian kepada masalah komputer yang selalu dihadapi. Diketuai oleh MK, Sembang Komputer juga mempunyai beberapa penulis jemputan seperti NoktahHitam dan Life4Hire.





http://waidakmy.com/
Seperti namanya, blog Wanita & Komputer ditulis WaidaKmy, bertujuan untuk membantu wanita dalam penggunaan komputer.





http://www.techit.com.my/
TechIT mengandungi artikel tentang berita teknologi, gajet, dan permainan komputer.






http://sifoo.com/
Sifoo adalah sebuah laman web portal yang memfokuskan kepada bidang grafik dan multimedia. Pelbagai tutorial dan muat turun yang berkaitan dengan Photoshop boleh didapatkan di sini. Sifoo diasaskan oleh Imran Abdul Jabar.



sumber asal : sembangkomputer.com

5 comments:

zahari said...

Saya ucapkan ribuan terima kasih kerana berkongsi maklumat ini. Harap usaha anda berterusan supaya rakan blogger (tentang komputer) dapat mengenali diantara satu sama lain.

Blog saya, Blog mindasys, http://blog.mindasys.com.my adalah juga salah satu blog tentang komputer.

Saya juga telah link cekapkomputer.blogspot baru-baru ini.

zuar said...

wahhh...byknyer...huhu..thanks bro..saya pengikut setia blog ni..senang2 lawat la blog saya..pasal komputer gak..www.zuarxpdc.blogspot.com

Putra Green said...

Salam..

Banyeknye link.. tq ye.

sang pendekar said...

salam hangat dari saudara seberang. bagus-bagus blog malay. keren..

oia, jangan lupa mampir ke sini ya...

terima kasih.

Calipso said...

ada satu lagi

http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/