Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket

Monday, April 20, 2009

Perjumpaan KKLUG(Kota Kinabalu Linux User Group) 7 april 2009


Pada 7 April ini jam 7.30 malam yang lalu,satu perjumpaan KKLUG(Kota Kinabalu Linux User Group) telah diadakan di Restoran Salim secara tidak formal...group ini adalah masih baru dan setakat ini baru mempunyai 5 orang ahli....dan dari semasa ke semasa,bilangan ahli KKLUG ini akan meningkat....

Salam sejahtera. KK LUG (Kota Kinabalu Linux USer Group) atau dalam Bahasa Melayunya Kumpulan Pengguna Linux Kota Kinabalu ialah satu pertubuhan NGO yang tidak berdaftar, yang mana ahlinya adalah terdiri daripada pengguna Linux di kawasan Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Ia bertujuan untuk memudahkan interaksi sesama pengguna sistem operasi Linux, dan berkongsi maklumat tentang bagaimana menggunakan Linux dalam aktiviti komputer seharian.

Dengan adanya group ini,kita yang meminati ubuntu dialu-alukan menyertai group ini....group ini sesuai untuk mereka yang baru dalam dunia linux ini...seperti saya sendiri,linux masih dianggapkan baru dan saya sangat mengkagumi dengan keupayaan Ubuntu ini.


perbincangan mengenai KKLUG ini anda boleh bincangkan disini,
http://forum.cekapkomputer.com/viewtopic.php?f=34&t=42

3 comments:

Aizzat said...

saya sepatutnya ikut bah ni...
huhuhuh tap saya x teikut hehhe

Mus said...

kau orang sabah ka? aku di kk.. bolehlah join juga..

E_peace6679 said...

boleh juga ko area mana?mungkin kali ini kami buat perjumpaan sekitar bandar kk hari tu kat lintas