Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket

Tuesday, September 01, 2009

Laman Blog Baru Cekap Komputer!


Assalamualaikum dalam salam merdeka,disini saya ingin memaklumkan bahawa laman blog Cekap Komputer akan bertukar ke http://blog.cekapkomputer.com/ .Saya tidak akan delete atau buang blog Cekap Komputer yang asal ini namun saya hanya akan update blog baru Cekap Komputer...jadi jika anda inginkan update terkini dari blog cekap komputer,anda bolehlah melanggan feed secara percuma untuk blog baru Cekap Komputer...Berbeza dengan blog Cekap Komputer yang baru,saya menggunakan Wordpress untuk membina laman blog ini...Saya juga akan membuka ruangan pautan untuk membolehkan kita bertukar pautan nanti...Terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong penulisan saya selama ini...Saya juga akan upload e-book percuma yang saya lancarkan baru-baru ini melalui blog tersebut,anda boleh muat turun e-book tersebut melalui link yang disediakan(rujuk artikel mengenai ebook tersebut di blog baru Cekap Komputer)

Laman blog yang baru ini boleh dikatakan telah siap 70%,Saya akan menambah beberapa plugin untuk mencantik dan mengemaskan lagi blog ini.Kepada mereka yang membuat pautan ke blog lama Cekap Komputer diharapkan menukar pautan tersebut ke laman blog baru Cekap Komputer ini.Harap Maklum.


http://blog.cekapkomputer.com/

Wednesday, August 26, 2009

Install Internet Explorer 6 pada ubuntu anda!

Jika anda menggunakan linux contoh seperti ubuntu...pelayar web yang disediakan ialah Mozilla Firefox..ini kerana firefox juga bersifat open source...namun terdapat beberapa sebab memerlukan kita menggunakan Internet Explorer kepunyaan Micro$oft Windows,ini kerana ada beberapa laman web yang memerlukan kita menggunakan Internet Explorer ini untuk memastikan kita boleh menggunakan kemudahan yang ada pada laman web tersebut...dan hanya menerima ie untuk kita login dan sebagainya.Diharapkan isu seperti ini pada masa akan datang dapat diselesaikan dari semasa ke semasa...diharapkan pengguna linux di negara ini akan terus meningkat setiap masa.

Baiklah,anda tidak perlu mengeluh kerana anda juga boleh menggunakan ie pada ubuntu anda...anda hanya perlu melakukan beberapa perkara untuk memasang ie pada ubuntu anda.

Pertama sekali,anda perlu install wine pada sistem ubuntu anda...

Application > Add/Remove > kemudian tukarkan ke "All Avaiable application"

kemudian cari "wine" dan tanda untuk install.Setelah anda siap install wine ini,kini anda perlu install cabextract .Caranya menggunakan terminal

Applications > Accessories > Terminal

Kemudian masukkan command ini

sudo apt-get install cabextract

Kemudian,download IEs4Linux
Download di sini


Kemudian extract fail yang anda muat turun tadi,kemudian double klik pada ies4linux kemudian klik "run"


Menu seperti gambar di atas akan kelihatan dan kemudian klik "OK".Kemudian tunggu proses pemasangan ie tersebut selesai.

Anda boleh lihat Internet Explorer siap sedia untuk digunakan...selamat mencuba!