Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket
Showing posts with label Antivirus. Show all posts
Showing posts with label Antivirus. Show all posts

Monday, August 18, 2008

Memilih Antivirus untuk PC anda


Mungkin sehingga kita anda masih binggung dan masih mencari antivirus apa yang terbaik untuk komputer anda dan keselesaan anda,setiap individu mempunyai pilihan antivirus masing2....Ada yang mengatakan Kaspersky yang terbaik,ada juga menyatakan Avg yang terbaik dan percuma dan banyak lagi pandangan masing2.Ada juga yang menggatakan semua antivirus adalah sama yang penting mesti diupdate,namun jika kita lihat kelebihan beberapa antivirus memang ada perbezaan setiap antivirus ini...perkara yang paling penting ialah kita memilih antivirus versi terkini,sentiasa update dengan virus2 terkini dengan singkat dan banyak lagi.

Antara soalan2 lazim yang diutarakan ialah,

Saya suda upate antivirus saya tetapi kenapa virus yang ada dalam komputer saya masih tidak dapat dikesan?
-
Hal ini kerana kemungkinan virus yang terdapat dalam komputer anda adalah terbaru dan belum ada dalam database senarai virus antivirus yang anda guna.Cara yang paling mudah ialah kirim virus ini ke lab antivirus yang anda gunakan.

Perlukan saya mengikut setiap versi antivirus2 supaya tidak dijangkiti mana-mana virus?
-
Perkara ini tidak perlu,misalnya anda menggunakan antivirus Kaspersky versi 7 dan terkini terdapat versi yang terbaru,anda tidak perlu risau jika anda masih menggunakan versi yg terdahulu yang penting versi yang anda guna masih boleh diupdate selalu,jika antivirus yang anda guna tersebut suda tidak boleh diupdate adalah lebih baik jika anda upgrade antivirus anda.Jika anda mempunyai kewangan yang lebih adalah lebih baik jika anda menggunakan versi yang terkini supaya komputer anda lebih terjamin.


Perlukan kita update antivirus kita setiap hari?dan bagaimana nak update jika tiada sambungan internet??
Bagi saya anda tidak perlu bersusah payah dan membuang masa untuk update antivirus anda setiap hari,adalah lebih baik seminggu sekali,jika mereka yang mempunyai sambungan internet d rumah tentu sangat mudah kerana antivirus anda akan diupdate secara automatik..jika anda tidak mempunyai internet di rumah anda boleh mendownload fail update database terkini untuk antivirus anda...dan boleh letak kat pendrive dan update dengan cara manual.Anda boleh mendapat update2 untuk cara manual ini di laman web rasmi antivirus anda tersebut dan cari di bahagian Download.


Anda boleh mengikuti beberapa perbincangan dari forum putera.com mengenai antivirus yang menjadi pilihan anda,

Undi antivirus pilihan anda!
Undi antivirus tempatan pilihan anda!


Monday, June 09, 2008

Kemunculan GVR 4.1 Beta

Dari semasa ke semasa antivirus Geekz Virus Remover ini semakin berkembang dan cantik,Encik sharir(Pembikin Anvivirus GVR ini) nampaknya semakin sibuk Kursus Membersihkan Virus Komputer di samping mengeluarkan versi terbagu GVR ini,anda boleh mengetahui mengenainya di Website GVR tersebut.

Baru2 ini Sharir telah mengeluarkan versi GVR 4.1 yang terbaru..

GVR 4.1 Beta release... masuk web Geekzlife.Net untuk maklumat lanjut..

GVR 4.0.1

Tambah
- Fungsi Real time scan di pertingkatkan.. (bila minimize ke tray, automatik real time akan ON)
- Penggunaan memory di kurangkan
- Fungsi update semakin laju.
- Repair registry untuk :
1) NoAutoTrayNotify
2) NoTrayItemsDisplay
3) Autorun (kat command processer)


Fix masalah
- Update database online
- Penggunaan processer berterusan bila pendrive plug-in.


Link masih sama, download kat bawah jer... wink.gif
------------------------------
Ciri-Ciri:

-> Scan memory.
-> Scan keseluruhan file.
-> Scan sistem, iaitu scan lokasi-lokasi yang berisiko tinggi.
-> Scan satu file.
-> Scan registry.
-> Mengesan malware daripada file Autorun.inf.
-> Mengunakan enjin analisis skrip untuk mengesan malware yang berbentuk skrip iaitu vbs, bat, inf, dan js.
-> Perlindungan pendrive dari virus.
-> Fungsi scan yang laju.
-> Mengesan malware dengan ketepatan yang tinggi.
-> Memperbaiki registri yang di ubah oleh malware.
-> Fungsi mengubah nama dan organisasi dalam registry.
-> Fungsi "Kill All Process"� yang akan mematikan semua process selain process windows. Sesuai digunakan untuk membuang malware yang tidak dikenali.
-> Fungsi update virus definition secara online.
-> Antara muka yang mudah difahami.

Registri yang akan dibaiki dalam fungsi "Repair Registry":

-> Show Hidden file.
-> Show File Extension
-> Show Task Manager
-> Show Registry editor
-> Show MsConfig
-> Show Run Menu
-> Show Folder Option
-> Show Command Prompt
-> Show Control Panel
-> Show Find menu
-> Show Hidden Drive
-> Show Taskbar
-> Show Context Menu
-> Show View Context Menu
-> Show Shutdown & Log Off Menu
-> Normalkan "Taskbar Size Move"
-> Normalkan balik internet explorer (Title bar, General Tab dll)
-> Normalkan Pelaksanaan file jenis .reg, .exe, .pif, dan .com.
-> Normalkan balik klik kanan mouse.

Nota Pemasangan (Install) Untuk Windows Vista:
Selepas install, masuk dalam folder GVR dan run file "FOR VISTA RUN THIS 1ST!!.bat" dahulu sebelum membuka program GVR.

Nota:

GeeKz Virus Remover 4.0 diuji dan stabil di Windows XP SP2.


Upload Virus Sample Di:
http://geekzlife.net/Upload

Laman Web:
http://GeeKzlife.net

Contact & Support:
Email: Shahrir1999 at yahoo dot com


Download Link:

Installer : DOWNLOAD


http://www.softpedia.com/get/Antivirus/Geekz-Virus-Remover.shtml





TAMBAHAN..
GVR tidak bertanggungjawab atas kerosokkan disebabkan oleh perisian ini.. Risiko ditangung sendiri oleh pengguna..

Wednesday, May 07, 2008

Update Antivirus Kaspersky 7 anda dengan mudah!

Cara update manual kaspersky 6 & 7 tidak jauh bezanya...tetapi mungkin ada diantara mereka sana tidak memahami cara yang saya tunjukkan pada post sebelum ini.Baiklah pada kali ini anda boleh lihat cara untuk update kaspersky ini dan memahaminya dengan lebih mudah.Khas untuk Pengunjung CekapKomputer.blogspot.com~! hehe :)

Photobucket

Monday, April 28, 2008

Memilih antivirus untuk Komputer/Laptop anda

Pemasangan antivirus adalah sangat penting dalam komputer kita,ini dapat mengelakkan serangan virus yang bukan sahaja menyusahkan anda malah boleh merugikan anda.Namun ada diantara kita mengabaikan pemasangan antivirus ini,janganla tunggu sampai data2 penting kita hilang akibat serangan virus ini.
Virus pada hari ini semakin bijak dan semakin halus,ada diantara kita merasakan komputer kita dalam keadaan selamat apabila antivirus yang kita guna tidak mengesan sebarang virus ketika kita scan komputer kita.Padahal,jika kita tidak update database antivirus yang kita guna tentu sekali AV tersebut tidak dapat mengesan kehadiran virus baru dalam PC kita.
Jadi apa yang kita perlu lakukan sekarang lengkapkan komputer anda dengan antivirus yang sentiasa diupdate! "sediakan payung sebelum hujan" itulah peribahasa yang sesuai.
Baiklah seperti yang anda tahu sendiri anda diberikan banyak pilihan antivirus yang anda perlu pilih?manakah yang terbaik?manakah yang sempurna yang dapat mengesan semua jenis virus?jawapannya.......Tiada Antivirus yang Sempurna.Sebabnya ialah walaupun kita menggunakan antivirus yang terbaik dan original kita tetap boleh terkena virus.Tetapi kita dapat minimumkan serangan virus dan memaksimakan peningkatan sekuriti dalam pc kita.

Terdapat beberapa antivirus yang popular yang sering digunakan,antaranya ialah :
  • Kaspersky
  • Norton Antivirus
  • Avira
  • Avg
  • Nod32
  • Avast
  • McAfee
Dan banyak lagi...anda boleh juga rujuk di website yang ada menyenaraikan antivirus terkini,contoh Disini

Apakah antivirus yang terbaik?ada diantara kita mengatakan antivirus yang terbaik ialah norton,ada juga yang mengatakan kaspersky...tentu ada diantara kita diluar sana masih mencari2 antivirus yang terbaik untuk komputer kita.

Ada beberapa antivirus yang saya telah gunakan namun bukan semua dan masing2 memberi persembahan yang tersendiri.

Antivirus Norton :


  • terdapat kebaikan dan keburukan yang ada pada antivirus norton antaranya kebaikannya norton dikatakan adalah antara antivirus yang mampu mengesan virus2 seluruh pelusuk komputer anda.Namun,keburukan Antivirus Norton yang kita dapat lihat ialah ia menyebabkan Pc menjadi lambat..ini menyebabkan ada diantara kita tidak menyukai Antivirus Norton ini,terpulang kepada anda.
Link :http://www.symantec.com/index.jsp



Antivirus Kaspersky :

  • Antivirus Kaspersky ini adalah antara antivirus yang saya rasa amat popular sekali.Secara peribadi saya amat menyukai antivirus kaspersky ini walaupun ia melambatkan sedikit komputer anda,tetapi ia lebih berbaloi.Difahamkan Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri memilih antivirus ini untuk dipasangkan ke seluruh makmal2 komputer sekolah di Malaysia.Saya suda mencuba sendiri antivirus ini dan sangat berpuas hati.Harga untuk antivirus kaspersky original adalah dalam lingkungan rm70 - rm88 setahun.
Link : http://www.kaspersky.com/downloads


Antivirus Avira :

  • Antivirus yang menggunakan lambang payung ini juga tidak kurang hebatnya.Ia juga ringgan dan tidak melambatkan PC anda sesuai untuk mereka yang masih menggunakan Pc lama.Pada ketika ini terdapat antivirus avira percuma dan berbayar.Bagi mereka yang belum mencuba antivirus ini,anda patut mencubanya...Anda boleh mencuba antivirus Avira versi percuma ini sehingga 11/30/2008(jika tiada perubahan).
Link : http://www.avira.com/en/download/

Antivirus AVG :

  • Antivirus avg juga mempunyai kelebihan tersendiri dan ianya percuma.Antivirus Avg juga tidak menyebabkan komputer anda lambat.Anda juga boleh mencuba antivirus yang tidak kurang hebatnya ini.Antivirus avg popular ketika virus brontok menyerang pada suatu ketika dahulu.Anda boleh download antivirus AVG ini di http://free.grisoft.com/

Terdapat lagi banyak antivirus yang popular seperti nod32,avast dan sebagainya.Terpulang kepada kita sebagai pengguna memilih antivirus mana yang sesuai dengan kita dan selesa bagi kita.Terdapat juga antara kita memasang lebih dari satu dalam komputer kita,rasanya ia tidak perlu kerana terdapat antivirus yang tidak sesuai dipasangkan bersama dan menyebabkan konflik.Memasang lebih dari satu antivirus juga akan menyebabkan pc kita menjadi lambat dan Ia tidak menjamin komputer kita bebas dari virus.Perkara yang paling penting ialah Update Antvirus Anda!

Friday, April 25, 2008

Update Antivirus Kaspersky Anda Secara Manual

Bagi mereka yang mempunyai internet di rumah atau ditempat kerja tentu tidak mempunyai masalah untuk update antivirus mereka.Apakah kegunaan update antivirus?melakukan update database antivirus milik anda ialah amat penting supaya antivirus anda tersebut mengesan kehadiran virus yang baru..Misalnya jika anda tidak update antivirus anda untuk beberapa lama,kemudian terdapat virus muncul...suda pasti antivirus tidak dapat mengesan virus tersebut dan menganggap virus tersebut adalah program-program yang biasa dan tidak berbahaya.Tentu anda tidak ingin melihat komputer anda menghadapi masalah suatu ketika nanti kan,jadi update antivirus anda! :)
Pada post kali ini saya memilih antivirus Kaspersky untuk mengajar anda bagaimana cara untuk update antivirus anda dengan cara manual...toturial ini amat sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai sambungan internet di rumah atau di pejabat.Tanpa sambungan internet anda masih boleh melindungi komputer anda.
Anda boleh mencari update untuk versi antivirus anda Disini terpulang samada anda menggunakan antivirus version 5,6 atau 7.

* 7.0 products
* 6.0 products
* 5.0 products

*Pada ketika ini,saya masih menggunakan kaspersky version 6.

- Pergi ke http://www.kaspersky.com/avupdate
- Kemudian pilih version untuk antivirus yang anda guna sekarang.
- Untuk pertama kali update manual pilih fail av-i386&ids-cumul.zip
- Kemudian,pilih lokasi dari mana anda hendak download fail update tersebut.
selesai download biarkan fail tersebut x perlu extract.
Baiklah sekarang buka perisian Antivirus anda...Klik ke update.kemudian klik seperti dalam anak panah dibawah.
Anda boleh klik di butang Manually ,jika anda update antivirus anda selalu dengan cara manual.Kemudian klik butang Configure.

Klik ke Update Source.Kemudian Klik Butang Add.
Pilih lokasi fail update yang anda download tadi kemudian,klik dahulu pada Update from unstructured... kemudian baru klik OK.
Lokasi update untuk antivirus anda akan dipaparkan.Klik butang OK.
Update antivirus anda,Selesai! :) Anda dapat melihat database antivirus anda diupdate dari fail update yang anda download tadi.Mudah kan :)

Sumber ilmu pengetahuan anda di Cekap Komputer Dot Blogspot dot Com.

Saturday, March 15, 2008

Kehebatan GVR(Geekz Virus Remover) Antivirus buatan rakyat malaysia...

Di awal kemunculan antivirus ini,saya suda rasa kelebihannya...malah kini saya menggunakan antivirus ini sebagai salah satu senjata saya untuk membasmi virus-virus terkini yang semakin mengganas kini dan sejujurnya GVR ini banyak membantu saya....anda patut mencuba av ini :)

Info mengenai GVR ini dari Aponie(tuan punya pencipta antivirus ini)

GVR 4.0.1

Tambah
- Fungsi Real time scan di pertingkatkan.. (bila minimize ke tray, automatik real time akan ON)
- Penggunaan memory di kurangkan
- Fungsi update semakin laju.
- Repair registry untuk :
1) NoAutoTrayNotify
2) NoTrayItemsDisplay
3) Autorun (kat command processer)


Fix masalah
- Update database online
- Penggunaan processer berterusan bila pendrive plug-in.


Link masih sama, download kat bawah jer... wink.gif
------------------------------
Ciri-Ciri:

-> Scan memory.
-> Scan keseluruhan file.
-> Scan sistem, iaitu scan lokasi-lokasi yang berisiko tinggi.
-> Scan satu file.
-> Scan registry.
-> Mengesan malware daripada file Autorun.inf.
-> Mengunakan enjin analisis skrip untuk mengesan malware yang berbentuk skrip iaitu vbs, bat, inf, dan js.
-> Perlindungan pendrive dari virus.
-> Fungsi scan yang laju.
-> Mengesan malware dengan ketepatan yang tinggi.
-> Memperbaiki registri yang di ubah oleh malware.
-> Fungsi mengubah nama dan organisasi dalam registry.
-> Fungsi "Kill All Process"� yang akan mematikan semua process selain process windows. Sesuai digunakan untuk membuang malware yang tidak dikenali.
-> Fungsi update virus definition secara online.
-> Antara muka yang mudah difahami.

Registri yang akan dibaiki dalam fungsi "Repair Registry":

-> Show Hidden file.
-> Show File Extension
-> Show Task Manager
-> Show Registry editor
-> Show MsConfig
-> Show Run Menu
-> Show Folder Option
-> Show Command Prompt
-> Show Control Panel
-> Show Find menu
-> Show Hidden Drive
-> Show Taskbar
-> Show Context Menu
-> Show View Context Menu
-> Show Shutdown & Log Off Menu
-> Normalkan "Taskbar Size Move"
-> Normalkan balik internet explorer (Title bar, General Tab dll)
-> Normalkan Pelaksanaan file jenis .reg, .exe, .pif, dan .com.
-> Normalkan balik klik kanan mouse.

Nota Pemasangan (Install) Untuk Windows Vista:
Selepas install, masuk dalam folder GVR dan run file "FOR VISTA RUN THIS 1ST!!.bat" dahulu sebelum membuka program GVR.

Nota:

GeeKz Virus Remover 4.0 diuji dan stabil di Windows XP SP2.


Upload Virus Sample Di:
http://geekzlife.net/Upload

Laman Web:
http://GeeKzlife.net

Contact & Support:
Email: Shahrir1999 at yahoo dot com


Download Link:

Installer : DOWNLOAD































anda boleh mengetahui info terkini mengenai perkembangan antivirus ini di http://GeeKzlife.net
Info dari forum putera.com http://www.putera.com/tanya/t41153.html

selamat mencuba antivirus ini! :)