Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket
Showing posts with label Linux. Show all posts
Showing posts with label Linux. Show all posts

Saturday, June 14, 2008

Pasang ubuntu pada komputer anda menggunakan Wubi.

Pada post sebelum ini saya telah memberikan anda sedikit cara mengenai memasang ubuntu menggunakan perisian windows,rujuk disini.Perisian yang anda perlukan ialah Wubi,dengan wubi anda dapat memasang dua perisian sistem dalam komputer anda.Contoh:Windows Xp & ubuntu.
Baiklah download perisian wubi ini seperti yang dinyatakan pada post yang lalu.Buka perisian wubi ini dari sistem windows xp anda.


Apa yang anda perlu lakukan ialah letakkan username anda dan password anda untuk akaun ubuntu anda.


Sebelum itu anda boleh memilih beberapa versi untuk ubuntu contoh kubuntu.Dan anda boleh memilih hard disk mana anda ingin install ubuntu ini.
Anda juga boleh memilih bahasa yang sesuai untuk ubuntu anda.....

Setelah anda telah set kesemua ini.Klik butang install.Tunggu proses muat turun fail sehingga selesai,fail yang di download adalah lebih kurang 7**MB.Anda boleh sambung download fail ini jika tidak sempat download fail ini dalam satu masa,proses muat turun ini akan bersambung apabila anda download perisian ini kembali.


Selesai!!Apa yang anda perlu lakukan restart komputer anda...sebelum masuk ke sistem anda akan diberi pilihan samada ingin menggunakan sistem ubuntu atau windows anda.

p/s Beberapa proses akan dijalankan apabila anda masuk ke ubuntu anda untuk kali pertama.


Jom kita berubuntu !! :) "Kami suda berubuntu,anda bila lagi??"

Thursday, June 12, 2008

E-Maj Ubuntu for Malaysian


Pada post kali ini saya ingin memberikan ucapan tahniah kepada encik Zulmalc kerana berjaya menerbitkan "E-Maj Ubuntu for Malaysian".Zulmalc adalah penulis blog melayubuntu.blogspot.com yang merupakan rakan blogger saya.Jadi pada post kali ini saya ingin membantu mempromosikan E-majalah beliau,E-Maj Ubuntu for Malaysian ini adalah percuma dan sesuai untuk mereka yang ingin mencari maklumat mengenai ubuntu.Saya pasti pengguna linux akan meningkat dari sehari ke sehari.
Untuk maklumat lanjut mengenai E-Majalah ini anda boleh lihat Disini.


Wednesday, June 11, 2008

Ubuntu dan windows XP dalam Laptop/komputer anda...


Seperti yang anda tahu atau tidak...kita boleh meletakkan dua sistem dalam komputer kita,pada post kali ini saya akan perkenalkan satu perisian kepada anda yang membolehkan anda memasang sistem ubuntu(Linux) dalam komputer anda dengan begitu mudah..
Anda hanya perlu install ubuntu dalam komputer anda melalui sistem windows yang anda gunakan.Apakah perisian tersebut???Jawapannya ialah perisian Wubi.Anda boleh mendapat maklumat lanjut mengenai Wubi ini di http://wubi-installer.org/ .Jadi anda tidak perlu lagi susah payah untuk install Ubuntu dalam komputer anda.Setelah anda selesai download perisian wubi ini,anda perlu sambung ke internet,dan ia akan memuat turun beberapa fail ubuntu,apa yang anda perlu lakukan adalah masukkan "username" dan "password" anda untuk akaun ubuntu anda.Sebelum memasuki sistem anda akan diberi pilihan samada ini menggunakan sistem Windows atau Ubuntu.

Kita akan berbincang lebih lanjut lagi mengenai cara memasang ubuntu menggunakan wubi ini dengan lebih lanjut pada post akan datang. :)

Wubi is Simple

No need to burn a CD. Just run the installer, enter a password for the new account, and click "Install", go grab a coffee, and when you are back, Ubuntu will be ready for you.

Wubi is Safe

You keep Windows as it is, Wubi only adds an extra option to boot into Ubuntu. Wubi does not require you to modify the partitions of your PC, or to use a different bootloader, and does not install special drivers. It works just like any other application. Wubi is spyware and malware free, and being open source, anyone can verify that.

Wubi is Discrete

Wubi keeps most of the files in one folder, and if you do not like it, you can simply uninstall it as any other application.

Wubi is Free

Wubi and Ubuntu cost absolutely nothing (free as in beer), but yet provide a state of the art, fully functional, operating system that does not require any activation and does not impose any restriction on its use (free as in freedom).







Wednesday, March 19, 2008

Ubuntu Linux :)

Jika anda berasa bosan dengan Microsoft Windows,mengapa anda tidak mencuba untuk menggunakan operasi Sistem Linux?Ada beberapa jenis distribusi Linux.Kali ini kita akan berbincang mengenai Ubuntu.

Ubuntu bermaksud Kemanusian kepada semua dalam bahasa Afrika Selatan.Pada tahun 2004,Ubuntu dikeluarkan secara rasminya...Cd Ubuntu ini disebarkan secara percuma di seluruh dunia..Jika distribusi Linux yang sebelum ini menggunakan lebih kurang 3 hingga 4 cd,dengan Ubuntu kita hanya memerlukan cuma satu CD sahaja,ini memudahkan bagai mereka yang baru berjinak2 untuk menggunakan Linux.Dan anda boleh menaik taraf sistem Ubuntu anda melalui internet.

Anda boleh mendapat banyak lagi info mengenai Ubuntu di http://melayubuntu.blogspot.com/

Anda boleh download Ubuntu secara percuma di http://www.ubuntu.com/getubuntu/download