Sunday, July 06, 2008
Tambah Jam dan Kalender di blog anda!
Saya tidak akan mengulas lebih banyak dalam post kali ini...mari kita lihat hasil2 menarik beliau...
Mengapa kita perlu ada blog?


Pada hari ini,memiliki sebuah blog menjadi satu trend kepada masyarakat kita....dari seorang pelajar,guru,pengurus sesebuah syarikat malah menteri-menteri kita ,ada diantara mereka mempunyai blog sendiri.Contoh blog mantan perdana menteri kita Dr. Mahathir Mohamad ialah www.chedet.com .
Menulis blog menjadi salah satu hobi terbaru kita,tidak kiralah kita ingin menulis blog mengenai komputer,kehidupan harian kita,isu2 semasa ,kita boleh menulis apa sahaja yang kita mau terpulang kepada hak individu masing2...Oh ya!kita juga boleh mendapat sedikit pendapatan melalui blog!Jika anda hendak mengetahui cara menghasilkan duit melalui blog adalah lebih baik anda membeli buku2 yang banyak dijual di kedai-kedai mengenai cara menghasilkan duit melalui blog.
Memiliki sebuah blog juga membolehkan kita menambah rakan blog kita sendiri...membolehkan kita menjadi terkenal dan banyak lagi "Blog anda adalah hasil tulisan anda" .Pada permulaan mempelajari membina sebuah blog saya pada asalnya memikirkan membina sebuah blog adalah sukar...namun akhirnya saya mendapati membina blog adalah sangat mudah...anda boleh membinanya tanpa perlu tahu mengenai kod-kod HTML,tetapi jika anda tahu sedikit sebanyak mengenai HTML ianya adalah satu Bonus untuk anda! Lihat post sebelum ini cara membuat blog menggunakan Blogger.com .
Bagi mereka yang tidak mempunyai internet di rumah,jangan jadikannya satu halangan untuk kita memiliki sebuah blog....caranya anda boleh menulis isi blog anda dulu contoh di Microsoft Word atau notepad,kemudian copy isi2 yang anda telah tulis tersebut ke blog anda apabila anda berkunjung ke CyberCafe dan sebagainya.
Kepada mereka yang belum mempunyai blog,binalah blog anda...jangan sesekali menganggap membina blog adalah sukar....letakkan satu tema pada blog anda supaya memudahkan kerja anda nanti.Dilaporkan dalam sehari terdapat beribu2 blog baru dibina di seluruh dunia namun hanya beberapa ratus sahaja blog yang bertahan dan dijaga,selebihnya ditinggalkan begitu sahaja....Jadi apa yang anda perlu ada sebelum membina blog ialah letak tema anda pada blog anda tidak kira ianya blog mengenai kereta,komputer mahupun blog kehidupan peribadi anda.
Selamat Membina Blog!
p/s Harap maaf atas kesulitan yang tidak dapat dielakkan menyebabkan saya tidak dapat "update" blog cekap komputer ini beberapa hari lalu.Nantikan post-post yang lebih menarik....Selamat Membaca!
Friday, June 13, 2008
Cara mendapatkan post2 terkini dari blog kegemaran anda
Sebenarnya ada cara lain yang anda boleh lakukan untuk mendapat info2 terkini dari blog tersebut...Salah satu daripadanya ialah anda boleh melanggan RSS dari blog tersebut secara percuma,post2 terkini boleh juga dikirimkan ke E-mail anda.Jadi tentu anda tidak ketinggalan mendapat maklumat2 terkini dari blog tersebut.

Anda hanya perlu masukkan email anda...

Masukkan kod yang dikehendaki dan klik Complete Sub..

Setalah itu klik Close Windows

Satu Email untuk pengesahan langganan anda akan dihantar ke akaun E-mail anda.
Klik pada link yang dikehendaki untuk mengesahkan Langganan anda...
Selesai anda kini telah melanggan untuk post2 terbaru dari blog kegemaran anda.
Contoh langganan yang dihantar ke E-mail anda:
Tuesday, May 06, 2008
Membuat Blog secara percuma melalui blogger.com
Untuk pengetahuan anda membuat blog adalah sangat mudah,kali ini saya akan tunjukkan kepada anda cara membuat blog melalui blogger.com.
P/S : Antara perkara paling penting ketika membuat blog ialah apa yang anda akan tulis di blog anda kemudian hari,sama ada mengenai komputer,kehidupan,berita,hiburan..terpulang kepada anda..fikir sesuatu untuk blog anda.
Pertama sekali pergi ke http://www.blogger.com
Kemudian Klik "Create Your Blog Now"
Kemudian isi borang yang dikehendaki..anda boleh juga akaun email dari yahoo atau sebagainya,ataupun email dari google iaitu gmail.

Selepas itu..Masukkan tajuk blog anda dan url blog anda.... url blog anda akan menjadi seperti namabloganda.Blogspot.com(hujung blog anda akan diakhiri dengan blogspot.com..jangan lupa masukkan WOrd Verifivation
Kemudian pilih template untuk blog anda...Blogger.com ada menyediakan sedikit template anda boleh memilih salah satu daripadanya...ataupun anda boleh memilih template yang banyak ditawarkan oleh web-web yang lain.untuk permulaan pilih satu dari template ini.
Anda berjaya membuat Blog anda!
Baiklah anda telah pun mempunyai blog sekarang..jadi anda boleh cuba untuk post artikel ke blog anda.
Selepas anda telah siap menulis...klik pada butang publish.kemudian klik View Blog.
Anda akan melihat blog anda dilengkapi dengan template yang menarik.
Monday, March 17, 2008
Jom sertai program Affiliate untuk menambah pendapatan melalui blog
Apabila kita telah mempunyai blog sendiri...Kita boleh menjana pendapatan melaluinya,salah satu caranya ialah dengan mengikuti program ini,apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menjual produk orang lain melalui blog anda?
Bagaimana cara hendak menjual produk org lain di blog anda?cukup mudah,mula-mula anda mendaftar sebagai agen Affiliate di suatu blog...
selepas akaun anda aktif...anda akan diberi beberapa pilihan banner yang anda boleh pilih untuk diletakkan di blog anda....apabila anda mendapat banner yang sesuai dengan blog anda,copy kod html yang ada disertakan berdekatan dengan banner tersebut...kemudian buka blog anda...Paste kod HTML tersebut ke blog anda... :)
Anda berjaya apabila iklan yang anda pilih tersebut dipamerkan di blog anda....
Bila anda akan mendapat hasilnya?Anda akan mendapat hasilnya apabila ada pengguna membeli barangan iklan tersebut melalui blog anda...berapa anda akan dibayar apabila produk tersebut berjaya dijual melalui blog anda??Selalunya anda akan mendapat komisyen 30% hingga 40% daripada harga sebenar produk tersebut...jadi tugas utama anda sekarang ialah promosi blog anda untuk mendapat pulangan yang besar!
Jika masih kurang jelas cuba ikut langkah ini satu persatu :
- Daftar keahlian ke laman-laman web yang menawarkan program Affiliate ini.
- kemudian,apabila akaun anda telah aktif masuk ke ruangan banner.
- Pilih banner yang anda rasa sesuai dengan blog anda kemudian,copy kod HTML yang ada bersama banner tersebut.
- selepas itu,masuk ke blog anda kemudian tambah kod HTML ini di blog anda.Apabila iklan produk tersebut berjaya dipamerkan pada blog anda,bermakna anda telah berjaya.
- Apa yang anda perlu lakukan sekarang,promosi....promosi.....promosi...supaya blog anda selalu dikunjungi...apabila terdapat pengunjung dari blog anda membeli produk yang anda pamerkan di blog anda...anda akan mendapat komisyen dari penjualan produk tersebut.
Thursday, March 13, 2008
Menulis blog + duit = Nuffnang (www.nuffnang.com.my)
Bagi mereka yang gemar menulis blog,anda tentu ingin blog milik anda menghasilkan wang kan?Oleh itu anda patut mencuba program ini yang ditawarkan Oleh Nuffnang.Dengan hanya menyediakan sedikit ruang di blog anda untuk mereka mengiklankan produk-produk mereka.kita boleh menjana wang di blog kita! Program Nuffnang akan membayar kepada anda berdasarkan tempoh pengiklanan itu dipaparkan di blog anda,faktor bilangan pelawat juga diambil kira.Apabila wang salam akaun Nuffnang anda mencapai sekurang-kurangnya rm50,pembayaran akan dibuat melalui cek.pendaftaran adalah percuma…
Jadi apa tunggu lagi?Jom ke www.nuffnang.com.my !
Kehadiran Splog menyemakkan dunia blog
Splog ialah singkatan bagi Spam Blog…sebenarnya splog ini telah menyusahkan kita sebagai penulis blog,ini kerana dengan adanya kewujudan spam blog,ia akan meningkatkan lagi jumlah blog yang di talian dan memenuhi enjin carian.Setiap hari kehadiran spam blog ini meningkat,lalui mencemarkan dunia blog kita.
Apakah faktor yang mendorong kewujudan spam blog ini?tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mencapai kedudukan tertinggi dalam enjin carian.Apabila spam blog ini telah mendapat kedudukan di enjin carian,pengiklan atau pencipta splog ini akan meletak “banner” mereka untuk mendapat keuntungan.Apa yang menyedihkan lagi,Splog ini meniru keseluruhan blog milik org lain dan mengubah hanya sedikit isi di dalam splog tersebut,adakah anda suka hasil titik peluh anda menulis blog diciplak atau ditiru dengan mudah?Ini juga merugikan masa dan tenaga para Blogger kerana blog mereka terpaksa berada di rangking yang bawah kerana kehadiran Splog ini.
Terdapat mereka yang diluar sana ingin membantu mengurangkan kehadiran Splog ini antaranya ialah SplogReporter dan SpolgSpot.
Untuk memahami lebih lanjut mengenai splog lihat ini http://en.wikipedia.org/wiki/Spam_blog
Tuesday, March 11, 2008
10 Top Hos Blog !
Bagi yang tidak mengetahui apa itu blog,tentu sahaja akan bertanya mengenai kehebatan mempunyai blog dan sebagainya...Ada yang bertanya kepada saya bagaimana menghasilkan blog?adakah menghasilkan blog perlu mengetahui cara membuat website?Owh tidak...anda tentu tersilap..
Dengan adanya blog kita sendiri,sebenarnya kita boleh membuat banyak perkara...kita boleh berkongsi segala pengalaman manis dan pahit kita,berkongsi ilmu kita dan banyak lagi...malah anda juga boleh menghasilkan duit hanya dengan menghasilkan blog anda!
jadi apa tunggu lagi?
Disini saya sertakan senarai Top 10 hos blog yang anda patut cuba....
1. Blogger.com
1.Wordpress.com
1.xanga.com
1.multiplay
1.Windows Live Spaces
1. fotolog.com
1. fotopages.com
1. flickr.com
1. typepad.com
1.Myspace Blog