Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket
Showing posts with label Internet. Show all posts
Showing posts with label Internet. Show all posts

Monday, November 17, 2008

Masalah Friendster.com November 2008!


Masalah yang berlaku pada friendster.com baru-baru ini telah membuatkan ramai anak-anak muda menjadi sedih,marah,kecewa dan sebagainya.Mana tidaknya ada diantara mereka yang telah mempunyai ramai teman di friendster akhirnya hilang begitu sahaja...Tentu lagi mengecewakan anak-anak muda yang menghabiskan masa mereka di Cyber Cafe semata2 ingin mengemaskinikan laman peribadi di friendster mereka.
Apakah penyebab berlakunya masalah ini??secara peribadinya saya sendiri tidak pasti diatas apa yang berlaku dengan laman komuniti terbesar ini...Adakah masalah ini berlaku berkaitan dengan serangan Penggodam Topi Hitam(Cracker)?Mungkin ramai diantara anda tidak mengetahui terdapat juga segelintir yang bergelar "Hacker/Cracker" berminat dengan Friendster.com ini...ini mungkin kerana laman friendster ini menjadi tempat untuk kita semua mencari teman-teman.Pelbagai cara yang telah dilakukan oleh Cracker @ Hacker Topi Hitam untuk mencari kelemahan Laman Web Friendster.com ini...Antara kejayaan-kejayaan yang pernah dilakukan oleh Penggodam yang berniat jahat ini ialah membuka private photo milik seseorang di friendster,Mencuri katalaluan akaun friendster mangsa,Merosakkan laman peribadi seseorang di friendster serta banyak lagi.Kita harus memuji ahli-ahli friendster kerana telah memantapkan lagi keselamatan Friendster.com ini.Apa yang perlu dilakukan oleh pengguna@penggemar friendster untuk memastikan akaun friendster mereka tidak diceroboh?Terdapat banyak cara,namun yang cukup ringkas ialah..Pastikan anda log keluar akaun friendster anda jika anda melayari friendster di CyberCafe,jangan login ke akaun friendster anda selain dari link http://www.friendster.com dan banyak lagi perkara yang anda harus ambil serius.

Diharapkan masalah yang berlaku oleh laman web Friendster.com baru-baru ini dapat diselesaikan oleh pihak pengurusan Friendster.com supaya dapat mengubati kesedihan anak-anak muda,bapa-bapa,ibu-ibu di seluruh dunia.

p/s untuk anak-anak muda sekalian : bawa bersabar bawa bertenang banyakkan berdoa dan bersembayang semoga laman peribadi friendster anda menjadi kembali seperti sedia asal...Hidup Cuma Sekali Jadi Kita Enjoy!

Wednesday, October 08, 2008

Periksa kelajuan internet anda!

Terdapat beberapa laman web yang menawarkan khidmat untuk memeriksa kelajuan internet anda,antara laman web yang berguna anda boleh cuba ialah http://www.speedtest.net/

Contoh yang anda akan dapat lihat sambungan internet anda ialah :


Cubalah sekarang!

Saturday, September 13, 2008

Pautan untuk template2 blog anda(1)

Kepada mereka2 yang sedang belajar membina blog,anda mencari template2 yang menarik untuk menjadikan blog anda kelihatan lebih menarik dan kemas.Terdapat banyak laman web yang menyediakan template yang percuma antaranya :

Terdapat banyak lagi laman web yang menawarkan template2 menarik....saya akan update pada post yang akan datang :) .

Thursday, September 11, 2008

Arahan perintah "ping"

Pada kali ini saya ingin memberi sedikit panduan yang mudah untuk memeriksa sambungan internet anda melalui "ping".Cara ini sesuai apabila terdapat masalah melayari internet di tempat kerja atau di mana sahaja.Namun apa yang saya tunjukkan ini tidaklah terperinci

pertama sekali pergi ke butang Start --> Run --> kemudian taip "cmd"

Kemudian gunakan arahan "ping" untuk melihat sejauh mana sambungan internet anda berapa dalam keadaan baik.

contoh :

ping www.google.com

atau anda boleh juga menggunakan perintah ini untuk melihat ping secara berterusan

ping www.google.com -t


Anda boleh lihat sejauh mana sambungan internet anda melalui command "ping" ini.

sumber Rujukan :

Friday, September 05, 2008

Kemunculan Google Chrome


sudahkah anda mencuba pelayar baru dari google ini?pelayar ini bukan sahaja menarik malah kelajuan melayari internet dari pelayar ini amat menakjubkan!Ada yang mangatakan pelayar ini akan mengalahkan pelayar yang sedia ada seperti Mozilla Firefox,opera,internet Explorer dan sebagainya.
Pelayar yang dimaksudkan ialah... Google Chrome ,Saat mencuba pelayar ini,ia amat menarik dan pantas berbanding dengan pelayar yang sedia ada.buat masa ini pelayar ini masih lagi dalam ujian Beta,namun pelayar ini menunjukkan perkembangan positif dan saya rasa penggunaan pelayar ini akan meningkat dari semasa ke semasa.Cuma dalam ujian beta ini,satu kelemahan pelayar ini ialah tiada butang "Home" untuk pelayar ini,ianya tersembunyi d bahagian option pelayar ini,anda perlu mengeluarkannya secara manual...semoga pelayar ini memberikan kita kebaikan dan kemudahan dari semasa ke semasa.


Bagi mereka yang belum mencuba pelayar ini boleh memuaturun perisian ini di http://www.google.com/chrome


Wednesday, August 06, 2008

Laman web muatturun yang Popular!

Terdapat banyak website2 yang kita boleh kunjungi untuk mendownload sesuatu perisian samada ianya shareware,freeware dan sebagainya.Namun perlu anda ingati terdapat juga beberapa website untuk anda mendownload sesuatu perisian sengaja direka khas untuk menipu pengguna....tujuan utama website-website ini adalah untuk mendapat keuntungan semata2...

Untuk mengelakkan kita ditipu dari mana2 laman web palsu,kita boleh berkunjung ke beberapa website muatturun yang popular dan boleh dipercayai.contoh :



Download.com




filehippo.com




Softpedia.com


Terdapat banyak lagi laman-laman muatturun perisian yang anda boleh layari,namun ketiga-tiga laman web di atas rasanya suda memadai.

Wednesday, July 30, 2008

Masalah Pelayar Firefox "Could not initialize the browser"

beberapa hari yang lalu,seorang rakan saya menghadapi msalah dengan pelayar firefoxnya...Pelayar firefoxnya tidak dapat berfungsi dengan baik...
Saya memeriksa pelayar firefoxnya dan memang terdapat masalah terhadap pelayar firefoxnya ini.satu paparan "error" kelihatan ketika membuka pelayar ini.
Dengan bantuan Pakcik Google,Masalah ini dapat diselesaikan dengan merujuk beberapa website...korang boleh merujuk laman web ini.
http://support.mozilla.com/en-US/kb/Could+not+initialize+the+browser+security+component
http://support.mozilla.com/en-US/kb/Profiles
http://support.mozilla.com/en-US/kb/Managing+profiles
Tips :-
start --> run "%APPDATA%\Mozilla\Firefox\Profiles\ "

rujuk link yang diberikan...

Saturday, July 26, 2008

Mozilla Firefox 3!!


Pelayar Web Firefox pada ketika ini semakin mendapat sambutan daripada pengguna-pengguna internet pada masa kini,Pelayar Web Firefox mempunyai kelebihannya tersendiri berbanding pelayar web yang lain contohnya IE(Internet Explorer)...anda juga boleh menambah beberapa addon ikut kesesuaian anda...

Anda boleh muatturun Pelayar Firefox terkini di ;-
http://www.mozilla.com/en-US/firefox/


Langkah untuk menggunakan perisian ini adalah sangat senang...Lihat link ini.
http://www.mozilla.com/en-US/products/download.html?product=firefox-3.0.1&os=win&lang=en-US

Monday, June 23, 2008

meningkatkan Keselamatan ketika melayari internet melalui pelayar Firefox!

Seperti yang kita tahu,kita mendapat banyak manfaat ketika melayari internet....dengan adanya internet kita dapat menguruskan pelbagai perkara.
Namun terdapat juga keburukan yang kita tidak dapat elakkan dengan adanya kemudahan internet ini,contohnya ancaman virus dan sebagainya.Oleh itu kita perlu berhati2 ketika melayari internet kerana bukan semua laman web yang kita layari adalah selamat.
Usah bimbang,terdapat banyak cara yang kita boleh lakukan untuk memastikan keselamatan kita ketika melayari sesebuah laman web,antaranya ialah menggunakan addon tambahan jika anda menggunakan pelayar web Mozilla Firefox.Addon tambahan yang saya maksudkan ialah disebut WOT.Boleh dapatkan https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/3456

untuk menambah perisian ini klik pada butang "Add to Firefox"


Mesej seperti dibawah akan dipaparkan klik butang "Install Now"

Tunggu sehingga proses install ini selesai.


Selesai install anda perlu restart firefox anda seketika.


Selesai!addon tambahan ini telah dipasang ke pelayar web Firefox anda,anda akan dapat lihat satu ciri tambahan diletakkan bersebelahan dengan Address Bar anda.


Apabila anda mencari sesebuah laman web addon tambahan ini akan menyatakan adakah laman web yang anda layari dan cari tersebut adalah selamat atau tidak.Oleh itu anda akan lebih berhati2 ketika melayari sesebuah laman web.



Selamat Mencuba.

Monday, June 09, 2008

Friendster Kini Juga Boleh Dalam Bahasa Melayu..

Jika dalam sekumpulan pelajar atau sesiapa sahaja ditanya jika mempunyai akaun Friendster mungkin separuh dari kumpulan tersebut mengatakan "Ya".Friendster adalah satu laman web komuniti yang menjadikan tempat kita untuk berkumpul,Contohnya saya bersama rakan sekelas saya yang lain menjadikan tempat untuk bertanya khabar dan sebagainya walaupun mereka kini melanjutkan pelajaran dan mengikut haluan masing2...Anda boleh rujuk mengenai sejarah Friendster disini.
Baru-baru ini pihak friendster memilih bahasa melayu untuk memudahkan pengguna internet yang membolehkan anda menggunakan bahasa melayu dalam friendster anda.Ini bermakna negara kita juga merupakan antara negara yang banyak penggemar friendster ini.Jadi apa lagi jangan lupa bawa abang,adik,kakak,makcik,pakcik,ibu dan ayah anda untuk membuka akaun Friendster!!hehe.. Friendster.com


Tuesday, May 13, 2008

Perhatian:Jangan tertipu pelanggan Maybank2u!

Artikel ini saya post ke blog ini kerana ia ada kaitan dengan keselamatan pengguna internet...baru2 ini seseorang yang tidak dikenali telah menghantar kepada saya email palsu tersebut kononnya dari Maybank2u. isi kandungan email tersebut ialah :

Dear Maybank Customers Maybank Berhad is committed to making your online transactions safe and secure. We take every precaution to protect our users' information by utilising the latest technology and international industry standard practices. We have upgraded our new SSL servers to serve our customers for a better and secure online service, against fraudulent activities. Due to this recent security process, you are requested to secure your Maybank Internet Banking Information by following the reference below. Note: After the first process is completed, a TAC code will be sent to your mobile phone within 10min. You will then provide us the code on page two. Failure to upgrade with this new security will result in account suspension. http://www.mayberhad-verifications.com/May-Bank-Online.htm Regards Customer Support Maybank Berhad

kemudian email tersebut memberi satu link,dalam link tersebut akan terpapar beberapa tempat yang anda hendak isikan seperti username,password,email.Jangan tertipu!jika anda mengisi tempat2 yang disediakan ini anda sebenarnya sedang memberi username dan password anda kepada orang yg tidak bertanggungjawab ini.


email yang saya terima kononnya dari maybank2u.


Borang yang direka untuk menipu pelanggan-pelanggan Maybank2u.

Maybank telah menerima dan mengetahui mengenai email palsu ini.cuba lihat disini http://www.maybank2u.com.my/online_security_watch/phishing_web_site.shtml

p/s : Bagi mereka yang telah terlajak mengisi borang palsu tersebut disarankan agar menukar password mereka dengan secepat mungkin.sebelum terlambat~!