Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket
Showing posts with label Belajar Ubuntu. Show all posts
Showing posts with label Belajar Ubuntu. Show all posts

Wednesday, August 26, 2009

Install Internet Explorer 6 pada ubuntu anda!

Jika anda menggunakan linux contoh seperti ubuntu...pelayar web yang disediakan ialah Mozilla Firefox..ini kerana firefox juga bersifat open source...namun terdapat beberapa sebab memerlukan kita menggunakan Internet Explorer kepunyaan Micro$oft Windows,ini kerana ada beberapa laman web yang memerlukan kita menggunakan Internet Explorer ini untuk memastikan kita boleh menggunakan kemudahan yang ada pada laman web tersebut...dan hanya menerima ie untuk kita login dan sebagainya.Diharapkan isu seperti ini pada masa akan datang dapat diselesaikan dari semasa ke semasa...diharapkan pengguna linux di negara ini akan terus meningkat setiap masa.

Baiklah,anda tidak perlu mengeluh kerana anda juga boleh menggunakan ie pada ubuntu anda...anda hanya perlu melakukan beberapa perkara untuk memasang ie pada ubuntu anda.

Pertama sekali,anda perlu install wine pada sistem ubuntu anda...

Application > Add/Remove > kemudian tukarkan ke "All Avaiable application"

kemudian cari "wine" dan tanda untuk install.Setelah anda siap install wine ini,kini anda perlu install cabextract .Caranya menggunakan terminal

Applications > Accessories > Terminal

Kemudian masukkan command ini

sudo apt-get install cabextract

Kemudian,download IEs4Linux
Download di sini


Kemudian extract fail yang anda muat turun tadi,kemudian double klik pada ies4linux kemudian klik "run"


Menu seperti gambar di atas akan kelihatan dan kemudian klik "OK".Kemudian tunggu proses pemasangan ie tersebut selesai.

Anda boleh lihat Internet Explorer siap sedia untuk digunakan...selamat mencuba!

Tuesday, August 18, 2009

Beza perintah Windows dan Linux

Jika kita sudah biasa menggunakan Windows dan biasa menggunakan perintah Dos dari Windows,tentu sekali kita ada mengalami sedikit kesulitan ketika menggunakan terminal di linux kerana perintah Dos yang selalu kita pakai di Windows adalah berbeza dengan linux walaupun ada beberapa perintah yang sama...baiklah mari kita lihat perbezaan perintah Windows dan Linux.

DOS commandsLinux command
/?man
cdcd
chdirpwd
clsclear
copycp
datedate
delrm
dirls
echoecho
editvim (or other editor)
exitexit
fcdiff
findgrep
formatmke2fs or mformat
memfree
mkdirmkdir
moremore or even less
movemv
renmv
timedate

Sumber : http://www.faqs.org/docs/linux_intro/app2.html

Monday, July 06, 2009

Cantikkan ubuntu anda menggunakan Compiz!


Bagi mereka yang ingin atau baru mencuba ubuntu ini,tentu anda mencari cara untuk menjadikan kelihatan menarik dan cantik...ada beberapa program yang anda boleh tambah pada sistem ubuntu anda untuk menjadikan ianya kelihatan menarik...antaranya,anda boleh menggunakan program compiz....Desktop ubuntu anda tentu akan kelihatan menarik dan semestinya menarik minat pengguna OS lain.Seperti yang kita tahu sistem operasi linux ini contohnya ubuntu adalah sebuah sistem operasi yang percuma dan risiko untuk virus Windows yang kian menjadi-jadi ini tentu tidak dapat menjangkiti sistem operasi ini.Baiklah untuk memasang program Compiz ini adalah sangat mudah,ikuti langkah2 di bawah :



Pada os ubuntu anda pilih ;

Application > Add/Remove

kemudian satu tetingkap akan keluar,kemudian pada pilihan All kemudian,di bahagian show,pilih " All Available applications".Kemudian di ruangan search,taip "compiz"....kemudian tick ketiga-tiga pilihan yang keluar dari keputusan carian tadi.Dan apply,pastikan komputer anda bersambung dengan talian internet.

Apabila anda sudah siap install program ini,anda boleh mencubanya.

pilih System > Preferences > pilih " CompizCompiz Setting Manager".Kemudian anda boleh klik beberapa bahgian yang anda rasa perlu contoh Desktop cube,Rotate cube dan sebagainya....dan anda boleh cuba hasilnya....



Switch windows


Alt + Tab

Arrange and view all active windows on the current workspace/viewport


F12 (toggle); select a window by clicking on it. OLD: use the scale plugin of ccsm (CompizConfig Settings mananger)

Arrange and view all active windows across all workspaces/viewports


F10 (toggle); select a window by clicking on it.OLD: use the scale plugin of ccsm

Arrange and view active windows of the same application


F11 (toggle); select a window by clicking on it. OLD: use the scale plugin of ccsm

Slow motion effects & animations


Shift + F10

Switch to next workspace/viewport


Ctrl + Alt + Left/Right Arrow

Switch to next workspace/viewport and take the active window with you


Ctrl + Shift + Alt + Left/Right Arrow

Rotate desktop cube/prism with the mouse pointer


Ctrl + Alt + Left-click on the desktop and drag

Make active window translucent/opaque (built-in)


Alt + mouse wheel up/down

Make active window translucent/opaque (with the opacity plugin)


Ctrl + Shift + Scroll, or right-click the window's title bar and select Opacity (seems to be absent in current compiz cvs.)

Saturate/desaturate active window


Control + mouse wheel up/down

Zoom in once


Super-key + right-click

Zoom in step-by-step


Super-key + mouse wheel up

Zoom out step-by-step


Super-key + mouse wheel down

Move window


Alt + left-click anywhere on the window's body

Snap window to workspace edges and window borders


Hold down Shift while moving the window

Resize window


Alt + right-click anywhere on the window's body

Water Effect


Ctrl + Super-key (I have to press the Ctrl key first) - (requires the 'water' plugin)

Rain


Shift + F9 (requires the 'water' plugin)

Thursday, June 18, 2009

Cara install Xampp pada ubuntu 9.04

apakah itu Xampp?bagi sesiapa yang selalu membuat laman web xampp ini banyak membantu....dengan adanya xampp,kita umpama kita menjadikan komputer kita sebagai server...dan kita boleh membuat laman web secara offline dengan lebih mudah menggunakan xampp ini.Contoh membuat laman web menggunakan joomla,anda memerlukan xampp ini untuk membolehkan anda melakukan kerja membina laman web anda dengan lebih mudah.

Malah xampp ini adalah percuma :
XAMPP is a compilation of free software (comparable to a Linux distribution), it's free of charge and it's free to copy under the terms of the GNU General Public License. But it is only the compilation of XAMPP that is published under GPL. Please check every single license of the contained products to get an overview of what is, and what isn't, allowed.

In the case of commercial use please take a look at the product licenses (especially MySQL), from the XAMPP point of view commercial use is also free.



baiklah kali ini saya akan tunjukkan cara untuk install xampp ini pada sistem ubuntu anda.

pertama sekali anda perlu download xampp untuk linux ini disini:


http://www.apachefriends.org/en/xampp-linux.html

contoh versi pakej xampp yang ketika saya post artikel ini adalah xampp linux 1.7.1 ,
http://www.apachefriends.org/download.php?xampp-linux-1.7.1.tar.gz

Setelah anda siap muat turun pakej tersebut,extract pakej tersebut di /opt menggunakan command ini di terminal anda.

sudo tar xvfz xampp-linux-1.5.3a.tar.gz -C /opt


anda berjaya kita pakej xampp untuk linux itu dapat diextract tanpa sebarang masalah....

untuk memulakan/menghidupkan proses Xampp anda,anda boleh menggunakan command ini..

sudo /opt/lampp/lampp start


Untuk menghentikan proses xampp anda tersebut sila gunakan command ini,

sudo /opt/lampp/lampp stop



Baiklah untuk menggunakan fungsi Control Panel Xampp ,sila ikut cara dibawah..



Taip/copy paste ini di terminal anda,dan satu tetingkap baru akan dikeluarkan...
sudo gedit /usr/share/applications/xampp-control-panel.desktop


Kemudian,simpan kode dibawah ini dan save.
[Desktop Entry]
Encoding=UTF-8
Name=XAMPP Control Panel
Comment=Start and Stop XAMPP
Exec=gksudo "python /opt/lampp/share/xampp-control-panel/xampp-control-panel.py"
Icon=/usr/share/icons/Tango/scalable/devices/network-wired.svg
Terminal=false
Type=Application
Categories=GNOME;Application;Network;
StartupNotify=true


untuk membolehkan anda membuat folder dan menyimpan fail di htdoc

login sebagai root menggunakan command

su


kemudian,gunakan command ini,

chmod -R 0777 /opt/lampp/htdocs


hantar komen anda,adakah anda berjaya melakukan tutorial ini?

Monday, April 20, 2009

Perjumpaan KKLUG(Kota Kinabalu Linux User Group) 7 april 2009


Pada 7 April ini jam 7.30 malam yang lalu,satu perjumpaan KKLUG(Kota Kinabalu Linux User Group) telah diadakan di Restoran Salim secara tidak formal...group ini adalah masih baru dan setakat ini baru mempunyai 5 orang ahli....dan dari semasa ke semasa,bilangan ahli KKLUG ini akan meningkat....

Salam sejahtera. KK LUG (Kota Kinabalu Linux USer Group) atau dalam Bahasa Melayunya Kumpulan Pengguna Linux Kota Kinabalu ialah satu pertubuhan NGO yang tidak berdaftar, yang mana ahlinya adalah terdiri daripada pengguna Linux di kawasan Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Ia bertujuan untuk memudahkan interaksi sesama pengguna sistem operasi Linux, dan berkongsi maklumat tentang bagaimana menggunakan Linux dalam aktiviti komputer seharian.

Dengan adanya group ini,kita yang meminati ubuntu dialu-alukan menyertai group ini....group ini sesuai untuk mereka yang baru dalam dunia linux ini...seperti saya sendiri,linux masih dianggapkan baru dan saya sangat mengkagumi dengan keupayaan Ubuntu ini.


perbincangan mengenai KKLUG ini anda boleh bincangkan disini,
http://forum.cekapkomputer.com/viewtopic.php?f=34&t=42

Wednesday, September 24, 2008

Pasang fungsi "Wine" pada ubuntu anda!

Baiklah pada post kali ini saya ingin memberi sedikit panduan kepada mereka2 yang baru menggunakan belajar2 linux serta mereka yang ingin menggunakan operasi sistem ini terutamanya Ubuntu.
Secara pandangan umumnya,banyak antara penggemar operasi sistem windows tentu ingin mencuba operasi sistem linux ini yang dikatakan adalah lebih baik dan selamat,mungkin ada diantara mereka telah mencuba operasi sistem ini..namun oleh kerana mereka tidak mengetahui segala fungsi2 yang ada pada ubuntu ini(bagaikan bayi baru mengenali dunia baru) mereka berputus asa....Sifat putus asa ini juga berlarutan apabila tiada diantara pengguna mahir linux@ubuntu membantu mereka...dan akhirnya hasrat untuk "berubuntu" ini tenggelam begitu sahaja.Benarkan?

Pada topik hari ini saya ingin memberi sedikit tip kepada pengguna2 ubuntu yang baru.Anda tentu sekali kesulitan apabila anda tidak berjaya membuka sebarang perisian berbentuk .EXE di ubuntu anda.Perisian format .exe ini hanya boleh dijalankan di Windows sahaja,kerana ubuntu menggunakan format yang berlainan untuk sistemnya.Namun anda tidak perlu risau kerana terdapat cara yang membolehkan anda menggunakan perisian berformatkan .exe ini.Caranya adalah dengan menggunakan WINE.Rujuk disini, https://help.ubuntu.com/community/Wine .

Bagaimana memasang fungsi wine ini pada komputer anda?
Pertama sekali anda perlu pergi ke Terminal ubuntu anda caranya ialah :

Applications > Accessories > Terminal

Kemudian di bahagian Terminal tersebut taip ;

sudo aptitude update

Masukkan password jika diminta,kemudian "enter".

tunggu sehingga proses update ini selesai.

Apabila proses update tersebut telah selesai,taip command ini pada Terminal anda tadi,seperti gambarajah dibawah:

sudo aptitude install wine

Selesai install,Klik pada Add/remove di ubuntu anda,rujuk gambarajak dibawah.
Kemudian akan keluar satu tetingkap Add/Remove ini..pada bahagian "show" tukarkan ke "All available applications"

dan kemudian,taip "wine"dan kemudian enter di ruangan "Search"

Klik butang "enable" jika tetingkap seperti dibawah dipaparkan.
Kemudian tunggu sehingga proses memuatturun selesai,Klik butang "Apply" jika tetingkap seperti diatas dipaparkan.

Jika sub-menu seperti gambar dibawah kelihatan,anda telah berjaya memasang program Wine ini pada ubuntu anda! anda boleh mencuba membuka perisian berformatkan .exe ini contohnya Mirc!Cuba la..

Jumpa lagi pada artikel lain dalam kategori "Belajar Ubuntu" ini. :)