Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket

Tuesday, July 28, 2009

Berhati-hati! Jangan jadi mangsa di dunia internet!

Seperti dalam artikel saya sebelum ini,cubaan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mencuri maklumat akaun bank kita kian menjadi-jadi...selalunya risiko besar tertumpu kepada mereka yang menggunakan khidmat online banking seperti maybank2u,cimb clicks dan sebagainya....baru2 ini banyak saya terima email palsu ini.....menurut email palsu ini,akaun bank kita mengalami masalah dan anda diminta untuk login ke akaun bank contohnya menggunakan maybank2u dan sebagainya...melalui email yang saya terima yang tidak tahu datangnya dari mana ini,mereka cuba untuk memperdayakan pengguna2 maybank2u....tentu sekali jika anda tidak membaca dengan teliti email ini akan terpedaya.....


contoh tajuk email yang anda terima kononnya dari maybank2u

jika anda teliti dengan betul anda boleh lihat pautan maybank2u bukanlah ke laman web rasmi maybank2u.....


tips utama untuk tidak terpedaya :


Jangan sesekali isi atau mempercayai sebarang email yang menyuruh anda mengisi maklumat2 penting anda terutama sekali berkaitan dengan akaun bank anda..! sentiasa berwaspada dengan dunia internet....banyak kebaikan dan keburukan darinya....

Bincangkan di sini http://forum.cekapkomputer.com/viewtopic.php?f=19&t=52

Wednesday, July 22, 2009

Kerajaan Malaysia cadang IPv6

KUALA LUMPUR 21 Julai - Malaysia bercadang menukar rangkaian Internet versi 4 (IPv4) ketika ini kepada Protokol Internet versi 6 (IPv6) berikutan peningkatan permintaan bagi ruang alamat Internet.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, langkah tersebut bertujuan membolehkan penyediaan kemudahan jalur lebar yang lebih canggih dan meluas di negara ini.

Beliau berkata, langkah itu sekali gus membantu semua universiti serta institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) di negara ini menjalin kerjasama di peringkat global dengan lebih berkesan.

''Inisiatif ini merupakan bukti komitmen kerajaan dan pengiktirafan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh infrastruktur komunikasi terkini bagi menyokong pembangunan penyelidikan dan kegiatan itu di negara ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Rangkaian Penyelidikan dan Pendidikan Malaysia (Myren) dan Rangkaian Terkini Asia Pasifik ke-28 (APAN) anjuran bersama Myren, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Joseph memberitahu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM43 juta kepada Myren bagi menghubungkan semua institusi pendidikan tinggi swasta, institusi penyelidikan kerajaan dan makmal industri swasta dengan pusat-pusat penyelidikan global.

Beliau berkata, peruntukan itu membolehkan kumpulan penyelidik di negara ini mengadakan hubungan serta kerjasama dengan institusi penyelidikan ternama dunia.

''Kerajaan menyedari bahawa dunia penyelidikan moden bergantung kepada kemajuan dalam infrastruktur dan teknologi komunikasi bagi menghasilkan, mengumpul, berkongsi maklumat, menyimpan serta mendapatkan semula maklumat.

''Sesetengah penyelidikan hanya dapat dimajukan melalui kemajuan dalam infrastruktur dan teknologi komunikasi serta kerjasama di antara penyelidik tempatan dan antarabangsa untuk terus bersaing,'' katanya.

''Joseph memberitahu, atas kesedaran itu, sejak dua dekad lalu, kerajaan telah mengambil langkah untuk menyediakan infrastruktur yang terbaik bagi penyelidikan dan pembangunan.

Katanya, salah satu strategi ialah untuk memastikan pada 2010 penembusan jalur lebar ke rumah-rumah di seluruh negara mencapai tahap 50 peratus.

Beliau berkata, kerajaan juga akan melaksanakan aktiviti di jabatan kerajaan dan sektor swasta bagi memastikan pelaburan di dalam jalur lebar menyokong pembangunan di dalam pendidikan, kesihatan, perkhidmatan kerajaan serta penyelidikan dan pembangunan.

''Usaha untuk mempromosikan institusi penyelidikan dan pembangunan tempatan mengadakan perkongsian dengan institusi antarabangsa dalam pembangunan teknologi rangkaian juga akan dilipatgandakan,'' katanya.


Sumber : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0722&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_23.htm