Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket

Thursday, March 12, 2009

Mengembalikan fail-fail office .doc anda yang hilang akibat virus!

Sejak kebelakangan ini ancaman virus kian menjadi-jadi,kehadiran virus-virus ini bukan sahaja menganggu tugas harian kita malah boleh menyebabkan kerugian bagi syarikat-syarikat yang diserang ancaman virus ini...
Antara jenis serangan virus baru-baru ini ialah menyembunyikan fail-fail Office Word anda,kemudian virus ini akan mengklonkan dirinya meniru nama fail-fail office yang disembunyikannya ini.Fail-fail office yang disembunyikannya selalu ialah fail-fail yang berformatkan .doc .
Tentu anda berasa sedih jika fail yang anda siapkan berhari-hari hilang dengan sekelip mata sahaja akibat virus ini....Pada pandangan saya sendiri,virus pada tahun ini lebih ganas dari sebelum ini...Virus pada tahun ini lebih banyak menyusahkan kehidupan harian kita dan menggangu kerja kita....
Kembali kepada tajuk post kita hari ini,ada satu cara untuk anda mengembalikan fail-fail anda yang disembunyikan oleh virus-virus ini,selalunya virus ini menggunakan fungsi "super hidden" kepada fail-fail anda supaya anda tidak boleh mencari fail-fail anda semudahnya....
Baiklah,cara yang saya tunjukkan ini adalah sangat mudah supaya anda boleh mengembalikan fail-fail .doc anda kepada yang asal.





1. Pertama sekali,buka program notepad yang ada di dalam sistem komputer anda.
2. Kemudian,di dalam notepad tersebut,tuliskan seperti yang di bawah ini.

attrib -s -h

Selepas itu,save fail tersebut sebagai cekapkomphidden.bat ataupun apa-apa nama fail.

caranya ialah ,pergi ke File --> Save as --> cekapkomphidden.bat --> Save
(jika fail anda yang hilang tersebut berada di dalam pendrive,save fail tersebut ke dalam pendrive)

selepas itu,cari fail cekapkomphidden.bat di dalam pendrive anda tersebut dan double klik cekapkomphidden.bat tersebut.

Jika fail-fail .doc anda yang hilang tersebut berada d dalam suatu folder di pendrive anda,"copy" cekapkomphidden.bat ke dalam folder tersebut dan double klik ia,dan cuba lihat jika fail-fail anda telah kembali ke keadaan asal.


Sila tinggalkan komen anda mengenai keputusan yang anda dapat...

9 comments:

Anonymous said...

problem cekapkomphidden.bat adalah semua jenis fail yang hidden dan system telah menjadi fail achieve iaitu bukan sahaja fail .doc malah fail .pdf .db dll.
untuk mengembalikan fail .doc sahaja ialah dengan membuat pembetulan attrib -s -h kepada attrib -s -h /s *.doc
command ini hanya sekali klik sahaja dan akan mengembalikan kesemua fail-fail office doc anda didalam pendrive.Walaupun fail itu berada didalam folder.
selamat mencuba..

Anonymous said...

baru² aku penah berhadapan ngan virus ni... siol je.... abis semua jadi *.exe....

aku gunakan software Attribute Changer....

Anonymous said...

camne ea nk gune software attribute changer 2?? kn mane nk install ea?? tension lah assignment hari2 kene hidden n kne tuka jak.exe dek virus nihh...

killr0yLive said...

http://www.sendspace.com/file/i8zvco

ambik attribute changer kat link di atas nie..

Takumi Fujiwara said...

kat tempat aku kne jgk camni.. nama virus win32:hupigon-dig.. sme file *.doc tkr jadi *.exe..

pizska said...

ni ada satu g problem.....
masalahnya word .doc saiz besar tp bile kite open word tu....xde pape pn dlm word tu...mcm open new file...
ada idea x????

adol said...

tip yang sangat berguna.. I like it.. huhuhu

zuar said...

Pakai software ni lagi senang bro..ireset..tgk kt sini bro..http://zuarxpdc.blogspot.com/2009/07/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.html

Anonymous said...

huhuhu.. nape la aku x jmp blog ni mse ada prob mcm ni..