Bagi mereka yang baru berjinak2 dengan dunia "Membaiki komputer",tip ini adalah sangat berguna....Bayangkan situasi ini,Anda diminta untuk memeriksa sebuah PC,dan masalah yang dihadapi oleh komputer tersebut,ia langsung tidak dapat dihidupkan seperti sediakala.Jika komputer tersebut langsung tidak dapat dihidupkan,ada kemungkinan masalah tersebut disebabkan oleh Power Supply,Kabel power,Motherboard atau sambungan wayar butang "ON" pc tersebut.Jika dalam situasi ini,anda perlu tumpukan masalah keempat-empat bahagian ini.
Baiklah kembali kepada tajuk topik kita pada post kali ini,saya akan tunjukkan beberapa cara untuk memeriksa Power Supply anda.
Gambar 1 :Mr Aizat sedang memegang Power Supply untuk diperiksa.antara peralatan-peralatan yang terlibat dalam kerja memeriksa Power Supply ini ialah :
1 - Power Supply(230v)
2 - Wayar Kecil atau dawai (yang boleh mengalirkan arus eletrik)
3 - Kabel Power untuk power supply

Lihat gambarajah di atas,anda boleh lihat ada dua wayar hijau dan hitam di sebelahnya.apa yang kita akan lakukan ialah kita akan sambungkan kedua-dua wayar ini menggunakan wayar kecil atau dawai.seperti gambarajah dibawah.
sambungkan wayar atau dawai tersebut seperti gambarajah di bawah.pastikan anda menyambungkan wayar hijau dan hitam di tempat yang betul untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.dan pastikan Power Supply tersebut belum disambungkan dengan bekalan eletrik.
apabila sudah selesai,hidupkan power supply tersebut.....dan jika power supply tersebut masih berada dalam keadaan baik,kipas power supply tersebut akan berfungsi seperti biasa..Mudahkan??sila lakukan cara di atas seperti yang ditunjukkan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Pihak Cekapkomputer.blogspot.com tidak bertanggungjawab diatas sebarang kerosakan diatas kecuaian pembaca ketika mempraktikkan langkah-langkah ini.


