Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket

Monday, March 31, 2008

Melihat keindahan bumi menggunakan peta Wikimapia

Anda pernah menggunakan wikimapia?apa kegunaan wikimapia ini?Ok biar saya terangkan...wikimapia atau juga digelar Google Maps merupakan sebuah peta dunia yang sangat menarik.Anda tentu terpegun apabila melihat pemandangan melalui wikimapia.Dan yang paling menariknya,anda boleh melihat rumah anda dari arah atas.Peta pada wikimapia diambil menggunakan satelit.
Dengan menggunakan wikimapia anda boleh melihat negara2 yang lain seperti amerika dan sebagainya.Saya sangat menyukai wikimapia,disini saya boleh melihat tempat2 yang saya inginkan.Kita juga boleh memanfaatkan wikimapia sebagai peta untuk kita apabila kita melancong ke tempat-tempat yang kita tidak pernah lawati.
Anda tidak perlu risau kerana benda ini adalah percuma,yang menariknya...dengan menggunakan wikimapia,anda boleh melabel kedudukan rumah anda...sangat menarik tetapi anda perlu menjadi pengguna berdaftar secara percuma.
Baiklah tanpa membuang masa anda lagi,cara yang cukup mudah untuk anda mencuba khidmat wikimapia ini adalah dengan melayari laman web wikimapia iaitu wikimapia.org


























































Melihat keindahan bumi menggunakan peta Wikimapia - Cekap Komputer dot Blogspot dot com





Sunday, March 30, 2008

Pengguna CyberCafe berhati2 dengan Handycafe

Disini saya bukan ingin memburukan perisian Handycafe ini,sbb saya sendiri suka dengan fungsi2 yang ada pada perisian handycafe ini.Ini dapat menyenangkan para Tauke CyberCafe untuk mengguruskan cybercafenya.Terdapat kebaikan untuk Tauke kedai dan keburukan untuk Pengguna CyberCafe.

Kebaikan kepada Tauke CC.
  • Kerja untuk mengatur masa komputer klien menjadi mudah.
  • Dapat mengawal dari pelanggan CC menginstall sesuatu yg merbahayakan komputer klien.
  • Dan Banyak lagi yang fungsinya yg membuatkan Tauke CC suka menggunakan perisian ini,Dan yang lebih penting ianya FREE.
Keburukan untuk Pengguna CC.
  • Sebenarnya dalam Handycafe ada satu fungsi yg dipanggil Remote Management,Dengan menggunakan Remote Management ini,Tauke CC atau Konco2nya...boleh View seluruh desktop setiap PC klien serta tauke cc ini boleh mengawal komputer klien ini dari komputer utama atau server.Dmana letak komputer utama ini?selalunya di counter utama tu..heheh....
  • Bayangkan ketika anda masukkan atau taip perkara2 peribadi anda,tanpa anda sedari setiap ayat2 peribadi anda di perhatikan oleh penjaga cc tanpa anda sedari...apakah perasaan anda??tentu marah kan.Jadi nasihat saya kepada pengguna CC nie...jangan sebarkan benda2 peribadi anda kerana ia bisa dicuri.
Nasihat kepada Tauke CC,Perkerja dan penjaga yang menggunakan Handycafe.
  • Sebenarnya semua ini terpulang kepada anda tauke CC, bagaimana anda menjaga hal peribadi pelanggan anda,jadi semoga Remote Management ini tidak disalah gunakan....jika tauke2 CC nie jenis yang baik tentu dia x salah gunakan fungi tersebut. :)

p/s Ini bukan untuk memburukkan perisian Handycafe sbb saya tahu dengan Remote Management,kerja tauke CC menjadi lebih mudah untuk mengawal CyberCafe miliknya! :)




Saturday, March 29, 2008

Selesaikan masalah NTLDR is Missing....

Pernahkan anda mengalami masalah ini?anda mengalami masalah ketika hendak hidupkan komputer anda...terdapat mesej keluar seperti :-

NTLDR is Missing
Press any key to restart

Boot: Couldn't find NTLDR
Please insert another disk

NTLDR is missing
Press Ctrl Alt Del to Restart













Penyebab Masalah ini ialah ;

NTLDR adalah fail sistem windows Xp.Fail ini sangat penting dan pertama sekali diperlukan supaya proses boot windows XP...Masalah berlaku apabila fail NTLDR ini tidak dapat diBoot...windows tidak dapat meneruskan proses boot jika fail ini hilang.Selain itu masalah ini juga disebabkan :-
  • Virus menggangu fail penting ini.
  • masalah Bad Sector pada Hard disk anda.
  • Fail NTLDR atau NTDETECT.COM sengaja di delete.

Apa yang anda harus lakukan untuk menyelesaikan masalah ini?
  1. Sediakan Cd Installer windows XP.
Langkah-langkah :-
  • Masuk ke setup bios anda untuk menukarkan boot pertama anda ialah CD Rom.Caranya ialah dengan menekan butang F2,del atau F1 dan sebagainya terpulang kepada jenis motherboard anda.Ubahkan First Boot Device kepada Cd Rom.








* Menu pada bios anda berbeza mengikut jenis chip bios komputer anda.

  • Untuk boot ke cd Windows Xp anda,anda perlu menekan sebarang butang papan kekunci anda apa bila mesej Press Any key to Boot from Cd-rom.












  • Anda harus tunggu sehingga mesej seperti dibawah ini keluar.anda harus pilih To repair a Windows XP installation using Recovery Console,Press R .... Klik butang R.

  • Anda akan ditanya sistem mana yang anda hendak baiki,Masukkan angka 1 kemudian Enter.

  • Abaikan mesej Type the Administrator Password dengan menekan butang Enter jika tiada password admin.
  • Selepas itu taip ;-
COPY e:\i386\NTLDR C:
COPY e:\i386\NTDETECT.COM C:

Perhatian : tukarkan e: kepada drive cd-rom anda contohnya E: F: atau sebagainya.

  • Selepas itu,restart komputer anda,Semoga Masalah anda selesai! :)

Cekap Komputer dot Blogspot .com

Cara Mudah Menggunakan Proxy pada Irc

Apa yang anda tahu mengenai proxy??apa kelebihan menggunakan proxy?Jika anda tahu,seseorang itu dapat mengetahui kedudukan kita dengan hanya mengetahui ip address anda?cuba anda lihat ini Klik Sini
Sebenarnya ada sesetengah mereka yang tidak bertanggungjawab boleh mendatangkan bahaya kepada anda dengan hanya mengetahui ip anda ini.Anda boleh menggunakan Proxy untuk sembunyikan Ip Address anda.

Baiklah pada post kali ini saya akan ajar bagaimana cara untuk menggunakan proxy pada IRC (Internet Relay Chat).Jom chatting.

cara pertama masuk ke mirc ,atau download Disini


















Seperti biasa isi nick yang anda inginkan.Selepas itu cari kategori untuk "Firewall".



















Baiklah disini anda perlu mengubah Firewall support kepada server dan protocol kepada proxy

Firewall support ---> server atau both
protocol -----------> proxy



















Kemudian letak ip proxy anda di hostname dan port nya

Contoh :-

cth proxy 201.18.38.242:3128
201.18.38.242 <-- ip proxy tersebut
3128 <--- port


Hostname :201.18.38.242
User ID : Biarkan kosong
Password : Biarkan Kosong
Port : 3128

Exception masks : -Biarkan kosong

setelah selesai klik OK dan cuba connect.

P/s Anda harus mencari proxy yang sesuai untuk irc,kerana proxy digunakan oleh semua orang dan ada yang menggunakannya untuk kebaikan dan sebaliknya.anda harus mencari proxy yang sesuai dan dapat digunakan.

anda boleh cari proxy di google.

Proxy for IRC
http://www.publicproxyservers.com/page1.html
http://www.samair.ru/proxy/

Saturday, March 22, 2008

Perisian Kata laluan untuk anda

Baiklah,disini saya ingin menyenaraikan beberapa perisian kata laluan yang berguna untuk anda....dengan menggunakan perisian kata laluan ini anda dapat mengaturkan kata laluan email anda,forum,dan sebagainya.Selain itu,dengan menggunakan perisian kata laluan ini,kita boleh menghindarkan diri kita dari ancaman keylogger yang semakin merumitkan.keylogger adalah perisian jahat yang dicipta oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,keylogger boleh mencuri kata laluan kita dengan mengikut pergerakan papan kekunci kita,oleh itu kita kena berhati2.Disini saya ada sertakan beberapa perisian kata laluan yang anda boleh cuba :

  1. KeePass Password Safe ( http://keepass.sourceforge.net/ )
  2. Scarabay ( http://www.alnichas.info/ )
  3. Aurora Password Manager ( http://www.animabilis.com/ )
  4. Password Corral ( http://www.cygnusproductions.com/ )
  5. Webmaster Password ( http://www.tropicdesigns.net/password-generator.html )
Terdapat banyak lagi perisian kata laluan yang anda boleh gunakan.Pilih ikut kesesuaian anda menggunakannya. :)













Sumber ilmu Pengetahuan anda di Cekap Komputer Dot Blogspot Dot Com

Wednesday, March 19, 2008

Ubuntu Linux :)

Jika anda berasa bosan dengan Microsoft Windows,mengapa anda tidak mencuba untuk menggunakan operasi Sistem Linux?Ada beberapa jenis distribusi Linux.Kali ini kita akan berbincang mengenai Ubuntu.

Ubuntu bermaksud Kemanusian kepada semua dalam bahasa Afrika Selatan.Pada tahun 2004,Ubuntu dikeluarkan secara rasminya...Cd Ubuntu ini disebarkan secara percuma di seluruh dunia..Jika distribusi Linux yang sebelum ini menggunakan lebih kurang 3 hingga 4 cd,dengan Ubuntu kita hanya memerlukan cuma satu CD sahaja,ini memudahkan bagai mereka yang baru berjinak2 untuk menggunakan Linux.Dan anda boleh menaik taraf sistem Ubuntu anda melalui internet.

Anda boleh mendapat banyak lagi info mengenai Ubuntu di http://melayubuntu.blogspot.com/

Anda boleh download Ubuntu secara percuma di http://www.ubuntu.com/getubuntu/download

Unlocker 1.8.6 perisian percuma yang berguna..

Anda pernah mencuba perisian ini?apakah kegunaan perisian yang percuma ini?

pernahkah anda mengalami masalah ini?
  • Apabila anda hendak delete sesuatu fail mesej ini keluar " Cannot delete file: Access is denied".
dan mesej-mesej seperti ini ketika hendak menukar nama fail,delete fail dan sebagainya :
  • There has been a sharing violation.
  • The source or destination file may be in use.
  • The file is in use by another program or user.
  • Make sure the disk is not full or write-protected and that the file is not currently in use.

Perisian inilah penyelesaiannya! :) Jangan risau saya pasti anda tidak mengalami masalah apabila menggunakan perisian ini kerana ianya tidak sukar.

Anda boleh mengetahui lebih banyak info mengenai perisian berguna ini di http://ccollomb.free.fr/unlocker/#download

atau download perisian ini DISINI









Perisian e-kamus untuk anda....

Anda boleh menggunakan e-kamus ini untuk kemudahan anda :) .kebaikan e-kamus ini,ia menapis ayat2 yang tidak sesuai untuk kanak2...Kita boleh memilih samada ingin mencari English-Melayu atau sebaliknya...Anda boleh download perisian ini KLIK SINI

Tuesday, March 18, 2008

Driver untuk Laptop Samsung NP-X11B

Kali nie plak saya nak kongsi kepada anda driver untuk Laptop samsung...walaupun laptop jenis ini jarang org pakai tapi mungkin ada diantara kita sedang mencari driver laptop jenis ini...aku pun kureng pasti pasal model Laptop samsung nie...tp aku nak sertakan juga hehehe....

korang boleh download kat sini Klik Sini

kalu x salah model Laptop Samsung nie NP-X11B...

picnya lebih kurang begini..

Monday, March 17, 2008

Download video dari Youtube menggunakan Youtube Video Downloader 1.50

Sebelum ini saya memakai banyak software-software untuk download video dari youtube....dan ada beberapa software yang saya guna mengalami masalah.Selepas itu saya mencari beberapa software lain untuk download video youtube ini,ada yang telah saya guna tapi mungkin bagi saya kurang menarik.Kemudian saya terjumpa software ini untuk mendownload video youtube.
Anda boleh mencuba perisian ini,download ia di http://www.freewarefiles.com/Youtube-Video-Downloader_program_25206.html

video yang didownload akan ditukarkan ke format flv....anda boleh menukarkan format video tu kepada beberapa format video.

i-mobile 518 menawarkan ciri-ciri menarik!

Saya membeli handphone jenis ini bulan lalu...apa mulanya saya bercadang ingin membeli handphone jenis nokia atau sony...Tiba di sebuah kedai handphone yang banyak menjual handphone-handphone terkini dan menarik,ketika saya sibuk memilih handphone yang mana sesuai dengan saya,pekerja kedai tersebut menawarkan ciri-ciri menarik kepada saya berkenaan dengan handpon jenis ini.Selepas diterangkan fungsi-fungsi menarik yang ada pada handphone ini,saya terus berminat dan terus membelinya...

Antara fungsi-fungsi menarik yang terdapat pada handphone ini ialah :
  • reka bentuk yang sangat menarik.
  • Terdapat butang pintas untuk mendengar radio dan musik.
  • kita tidak memerlukan head-phone untuk mendengar radio...kita boleh "on"kan radio serta merta.
  • mempunya dua speaker di belakang handpon ini.dan yang istimewanya!sound pada headset ini sangat jelas dan kuat.
  • terdapat private menu dimana,kita boleh menyimpan sama mesej atau fail kita didalamnya,private menu ini dilindungi dengan kata laluan.
  • Dan banyak lagi fungi2 menarik yang ada padanya...
Anda juga boleh lihat fungsi2 handphone ini di http://www.imobilecellphones.com/i-mobile-518.html

Jom sertai program Affiliate untuk menambah pendapatan melalui blog

Bagi mereka-mereka yang belum mengetahui cara ini,anda patut mencubanya...caranya cukup mudah...Apakah itu program Affiliate?jangan bimbang saya akan memberi seberapa maklumat yang boleh untuk menjelaskan kepada anda :) ..
Apabila kita telah mempunyai blog sendiri...Kita boleh menjana pendapatan melaluinya,salah satu caranya ialah dengan mengikuti program ini,apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menjual produk orang lain melalui blog anda?
Bagaimana cara hendak menjual produk org lain di blog anda?cukup mudah,mula-mula anda mendaftar sebagai agen Affiliate di suatu blog...
selepas akaun anda aktif...anda akan diberi beberapa pilihan banner yang anda boleh pilih untuk diletakkan di blog anda....apabila anda mendapat banner yang sesuai dengan blog anda,copy kod html yang ada disertakan berdekatan dengan banner tersebut...kemudian buka blog anda...Paste kod HTML tersebut ke blog anda... :)
Anda berjaya apabila iklan yang anda pilih tersebut dipamerkan di blog anda....
Bila anda akan mendapat hasilnya?Anda akan mendapat hasilnya apabila ada pengguna membeli barangan iklan tersebut melalui blog anda...berapa anda akan dibayar apabila produk tersebut berjaya dijual melalui blog anda??Selalunya anda akan mendapat komisyen 30% hingga 40% daripada harga sebenar produk tersebut...jadi tugas utama anda sekarang ialah promosi blog anda untuk mendapat pulangan yang besar!

Jika masih kurang jelas cuba ikut langkah ini satu persatu :
  1. Daftar keahlian ke laman-laman web yang menawarkan program Affiliate ini.
  2. kemudian,apabila akaun anda telah aktif masuk ke ruangan banner.
  3. Pilih banner yang anda rasa sesuai dengan blog anda kemudian,copy kod HTML yang ada bersama banner tersebut.
  4. selepas itu,masuk ke blog anda kemudian tambah kod HTML ini di blog anda.Apabila iklan produk tersebut berjaya dipamerkan pada blog anda,bermakna anda telah berjaya.
  5. Apa yang anda perlu lakukan sekarang,promosi....promosi.....promosi...supaya blog anda selalu dikunjungi...apabila terdapat pengunjung dari blog anda membeli produk yang anda pamerkan di blog anda...anda akan mendapat komisyen dari penjualan produk tersebut.

Saturday, March 15, 2008

Kehebatan GVR(Geekz Virus Remover) Antivirus buatan rakyat malaysia...

Di awal kemunculan antivirus ini,saya suda rasa kelebihannya...malah kini saya menggunakan antivirus ini sebagai salah satu senjata saya untuk membasmi virus-virus terkini yang semakin mengganas kini dan sejujurnya GVR ini banyak membantu saya....anda patut mencuba av ini :)

Info mengenai GVR ini dari Aponie(tuan punya pencipta antivirus ini)

GVR 4.0.1

Tambah
- Fungsi Real time scan di pertingkatkan.. (bila minimize ke tray, automatik real time akan ON)
- Penggunaan memory di kurangkan
- Fungsi update semakin laju.
- Repair registry untuk :
1) NoAutoTrayNotify
2) NoTrayItemsDisplay
3) Autorun (kat command processer)


Fix masalah
- Update database online
- Penggunaan processer berterusan bila pendrive plug-in.


Link masih sama, download kat bawah jer... wink.gif
------------------------------
Ciri-Ciri:

-> Scan memory.
-> Scan keseluruhan file.
-> Scan sistem, iaitu scan lokasi-lokasi yang berisiko tinggi.
-> Scan satu file.
-> Scan registry.
-> Mengesan malware daripada file Autorun.inf.
-> Mengunakan enjin analisis skrip untuk mengesan malware yang berbentuk skrip iaitu vbs, bat, inf, dan js.
-> Perlindungan pendrive dari virus.
-> Fungsi scan yang laju.
-> Mengesan malware dengan ketepatan yang tinggi.
-> Memperbaiki registri yang di ubah oleh malware.
-> Fungsi mengubah nama dan organisasi dalam registry.
-> Fungsi "Kill All Process"� yang akan mematikan semua process selain process windows. Sesuai digunakan untuk membuang malware yang tidak dikenali.
-> Fungsi update virus definition secara online.
-> Antara muka yang mudah difahami.

Registri yang akan dibaiki dalam fungsi "Repair Registry":

-> Show Hidden file.
-> Show File Extension
-> Show Task Manager
-> Show Registry editor
-> Show MsConfig
-> Show Run Menu
-> Show Folder Option
-> Show Command Prompt
-> Show Control Panel
-> Show Find menu
-> Show Hidden Drive
-> Show Taskbar
-> Show Context Menu
-> Show View Context Menu
-> Show Shutdown & Log Off Menu
-> Normalkan "Taskbar Size Move"
-> Normalkan balik internet explorer (Title bar, General Tab dll)
-> Normalkan Pelaksanaan file jenis .reg, .exe, .pif, dan .com.
-> Normalkan balik klik kanan mouse.

Nota Pemasangan (Install) Untuk Windows Vista:
Selepas install, masuk dalam folder GVR dan run file "FOR VISTA RUN THIS 1ST!!.bat" dahulu sebelum membuka program GVR.

Nota:

GeeKz Virus Remover 4.0 diuji dan stabil di Windows XP SP2.


Upload Virus Sample Di:
http://geekzlife.net/Upload

Laman Web:
http://GeeKzlife.net

Contact & Support:
Email: Shahrir1999 at yahoo dot com


Download Link:

Installer : DOWNLOAD































anda boleh mengetahui info terkini mengenai perkembangan antivirus ini di http://GeeKzlife.net
Info dari forum putera.com http://www.putera.com/tanya/t41153.html

selamat mencuba antivirus ini! :)

Bill Gates yang lucu....cuba tengok nie :)

Korang dah tengok ke klip video nie...?memang melucukan...tentu ada diantara kita merasakan lelaki yang nombor satu terkaya di dunia ini seorang yang serius dan pendiam...selepas tengok video klip ini apa pandangan anda?hehe...



inilah dia bill gates...

Thursday, March 13, 2008

Perisian yang ringan dan percuma Foxit Reader

Selalunya kita menggunakan adobe Reader dan sebagainya untuk membaca fail jenis pdf.Dan ini membebankan PC kita kena perisian seperti adobe reader ini berat dan sudah tentu membawa masalah kepada mereka-mereka yang mempunyai Spec komputer yang sederhana.
Namun kita tidak perlu risau ataupun sedih kerana masih banyak cara untuk membaca fail berbentuk pdf ini....antaranya dengan menggunakan Foxit Reader...Foxit Reader membolehkan kita membaca fail jenis pdf,dan perisian percuma ini adalah sangat ringan...anda harus mencuba perisian ini dan ia adalah percuma :)
Kita boleh download perisian percuma ini di http://www.foxitsoftware.com/pdf/rd_intro.php .















Contoh bentuk file Foxit Reader

Ubah Loading Windows Xp anda menggunakan TuneUp Utilities

Bagi mereka yang suka mengubah Loading Windows Xp anda,tentu perisian ini berguna untuk anda,Selain untuk menjadi "kesihatan" sistem Operasi kita,TuneUp Utilities juga boleh berfungsi untuk mengubah Loading windows Xp anda yang asal....malah yang hebatnya lagi kita boleh meletakkan gambar kita sebagai Loading pada permulaan windows,Menarik kan :)Mari kita lihat bagaimanakah cara untuk mengubah Loading windows XP ini.










gambar 1 :Loading Windows Xp yang asal

Baiklah mari kita mulakan...
Pertama sekali anda perlu menginstall perisian Tuneup ini ke komputer anda...anda boleh mendownload perisian ini di http://www.tune-up.com/products/tuneup-utilities/,Owh ya!perisian ini bukanlah percuma jadi pandai2lah anda mencari c.r.a.c.k nya hehehe.....

baiklah apabila anda suda install perisian ini,Klik icon Tuneup anda dan apabila paparan dikeluarkan klik ke Tuneup Styler 2
















Kemudian Klik pada Boot Screen















Apabila Menu Boot Screen terpapar,Klik Load Boot Screen from file















Kemudian Cari gambar yang anda ingin jadikan sebagai background Loading XP anda....anda boleh memasukkan gambar yang berformat apa sahaja termasuk jpeg atau bmp.















Kemudian apabila anda telah selesai memilih gambar yang anda inginkan,anda juga boleh memilih warna untuk Loading XP tersebut.Lihat Gambar.











Setelah selesai,kita perlu memasukkan nama fail Loading kita dan nama pembuatnya iaitu nama kita.












Kemudian langkah terakhir yang perlu anda lakukan ialah install boot screen...klik pada butang "install Boot Screen".Selesai :)















anda boleh melihat hasilnya selepas anda restart komputer anda.Selamat Mencuba!

Menulis blog + duit = Nuffnang (www.nuffnang.com.my)

Bagi mereka yang gemar menulis blog,anda tentu ingin blog milik anda menghasilkan wang kan?Oleh itu anda patut mencuba program ini yang ditawarkan Oleh Nuffnang.Dengan hanya menyediakan sedikit ruang di blog anda untuk mereka mengiklankan produk-produk mereka.kita boleh menjana wang di blog kita! Program Nuffnang akan membayar kepada anda berdasarkan tempoh pengiklanan itu dipaparkan di blog anda,faktor bilangan pelawat juga diambil kira.Apabila wang salam akaun Nuffnang anda mencapai sekurang-kurangnya rm50,pembayaran akan dibuat melalui cek.pendaftaran adalah percuma…

Jadi apa tunggu lagi?Jom ke www.nuffnang.com.my !


Kehadiran Splog menyemakkan dunia blog

Adakah anda tahu tentang kewujudan Splog?apakah itu Splog?walaupun banyak diantara kita telah mempunyai blog sendiri namun ada di antara kita masih belum tahu mengenai Splog ini….

Splog ialah singkatan bagi Spam Blog…sebenarnya splog ini telah menyusahkan kita sebagai penulis blog,ini kerana dengan adanya kewujudan spam blog,ia akan meningkatkan lagi jumlah blog yang di talian dan memenuhi enjin carian.Setiap hari kehadiran spam blog ini meningkat,lalui mencemarkan dunia blog kita.

Apakah faktor yang mendorong kewujudan spam blog ini?tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mencapai kedudukan tertinggi dalam enjin carian.Apabila spam blog ini telah mendapat kedudukan di enjin carian,pengiklan atau pencipta splog ini akan meletak “banner” mereka untuk mendapat keuntungan.Apa yang menyedihkan lagi,Splog ini meniru keseluruhan blog milik org lain dan mengubah hanya sedikit isi di dalam splog tersebut,adakah anda suka hasil titik peluh anda menulis blog diciplak atau ditiru dengan mudah?Ini juga merugikan masa dan tenaga para Blogger kerana blog mereka terpaksa berada di rangking yang bawah kerana kehadiran Splog ini.

Terdapat mereka yang diluar sana ingin membantu mengurangkan kehadiran Splog ini antaranya ialah SplogReporter dan SpolgSpot.

Untuk memahami lebih lanjut mengenai splog lihat ini http://en.wikipedia.org/wiki/Spam_blog


Tambah kecantikan desktop kita dengan RocketDock 1.3.5

Ramai org tentu ingin melihat paparan desktop mereka kelihatan cantik.Jadi kenapa anda tidak mencuba perisian yang percuma dan menarik ini?iaitu RocketDock 1.3.5....
Apabila pertama kali saya menggunakankan perisian ini,saya mula menyukainya kerana ia mencantikkan desktop saya...dan perisian ini tidak membebankan komputer anda kerana saiznya yang kecil...Apalagi yang bagi mereka yang menggunakan windows XP bertemakan windows Vista harus menggunakan perisian kecil ini untuk melengkapkan lagi komputer mereka...

mari kita lihat pic RocketDock 1.3.5 ini...


















Anda boleh download perisian ini secara percuma di http://www.filehippo.com/download_rocketdock/

semoga bergembira menggunakan perisian percuma ini~!!hehe

Wednesday, March 12, 2008

Perisian percuma dan berguna! CCleaner :)

Bagi yang telah menggunakan CCleaner,tentu berasa berpuas hati dengan perisian percuma ini....apa itu ccleaner?bagi yang belum mencuba perisian ini,anda patut mencuba perisian ini kerana anda tentu suka akan perisian yang kita boleh dapat secara percuma ini.

Apakah kegunaan perisian percuma ini?Ok,biar saya terangkan kepada anda supaya anda lebih memahami lagi funginya....
CCleaner berfungsi untuk membersihkan benda-benda atau sampah yang ada dalam komputer kita seperti cookies, temporary internet files, history dan sebagainya...selain itu ccleaner juga mempunyai fungsi untuk membersihkan registry2 yang bermasalah...dengan itu sistem pada komputer kita akan terjaga....Dengan Ccleaner juga,kita boleh uninstall sesuatu program dan kita boleh mengubah startup windows kita dengan menggunakan perisian percuma ini.

nie pic perisian CCleaner tersebut...

































Kita boleh download Ccleaner ini secara percuma di http://filehippo.com/download_ccleaner/

Tuesday, March 11, 2008

10 Top Hos Blog !

Bagi yang tidak mengetahui apa itu blog,tentu sahaja akan bertanya mengenai kehebatan mempunyai blog dan sebagainya...Ada yang bertanya kepada saya bagaimana menghasilkan blog?adakah menghasilkan blog perlu mengetahui cara membuat website?Owh tidak...anda tentu tersilap..

Dengan adanya blog kita sendiri,sebenarnya kita boleh membuat banyak perkara...kita boleh berkongsi segala pengalaman manis dan pahit kita,berkongsi ilmu kita dan banyak lagi...malah anda juga boleh menghasilkan duit hanya dengan menghasilkan blog anda!

jadi apa tunggu lagi?

Disini saya sertakan senarai Top 10 hos blog yang anda patut cuba....

1. Blogger.com

1.Wordpress.com

1.xanga.com

1.multiplay

1.Windows Live Spaces

1. fotolog.com

1. fotopages.com

1. flickr.com

1. typepad.com

1.Myspace Blog

Backup driver Laptop Anda!

Pada beberapa minggu yang lalu saya membeli Laptop Compaq V3715AU....dan seperti kita tahu,kita tidak akan dibekalkan dengan cd driver Laptop ini.Ini akan menjadi masalah terutamanya bagi pengguna Windows Xp laptop ini.Selepas kita memformat laptop kita tentu sekali kita kesulitan untuk mencari driver laptop ini...

Jadi ada satu cara yang sangat berguna supaya kita tidak bersusah payah mencari driver kita selepas memformat laptop kita.....heheh...dengan sekali klik sahaja kita akan mendapat driver kita kembali dengan senang!hehe...

Bagaimanakah caranya??jawapannya ini...... Driver Genius Professional..

Kita boleh download dan info mengenai Driver Genius Professional di http://www.driver-soft.com/

Caranya cukup mudah dengan hanya klik pada butang Backup Drivers....seluruh driver pada laptop anda akan di backup...anda boleh memilih samada ingin menjadikan backup drivers anda itu sebuah folder ataupun fail dalam format exe.

Jadi....apabila anda memformat komputer atau laptop anda lain kali,anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari driver untuk komputer@laptop kita lagi kan hehe....

p/s : sebaiknya driver yang telah dibackup diburn ke dalam CD.