Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket

Thursday, March 13, 2008

Kehadiran Splog menyemakkan dunia blog

Adakah anda tahu tentang kewujudan Splog?apakah itu Splog?walaupun banyak diantara kita telah mempunyai blog sendiri namun ada di antara kita masih belum tahu mengenai Splog ini….

Splog ialah singkatan bagi Spam Blog…sebenarnya splog ini telah menyusahkan kita sebagai penulis blog,ini kerana dengan adanya kewujudan spam blog,ia akan meningkatkan lagi jumlah blog yang di talian dan memenuhi enjin carian.Setiap hari kehadiran spam blog ini meningkat,lalui mencemarkan dunia blog kita.

Apakah faktor yang mendorong kewujudan spam blog ini?tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mencapai kedudukan tertinggi dalam enjin carian.Apabila spam blog ini telah mendapat kedudukan di enjin carian,pengiklan atau pencipta splog ini akan meletak “banner” mereka untuk mendapat keuntungan.Apa yang menyedihkan lagi,Splog ini meniru keseluruhan blog milik org lain dan mengubah hanya sedikit isi di dalam splog tersebut,adakah anda suka hasil titik peluh anda menulis blog diciplak atau ditiru dengan mudah?Ini juga merugikan masa dan tenaga para Blogger kerana blog mereka terpaksa berada di rangking yang bawah kerana kehadiran Splog ini.

Terdapat mereka yang diluar sana ingin membantu mengurangkan kehadiran Splog ini antaranya ialah SplogReporter dan SpolgSpot.

Untuk memahami lebih lanjut mengenai splog lihat ini http://en.wikipedia.org/wiki/Spam_blog


0 comments: