Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket

Monday, August 18, 2008

Memilih Antivirus untuk PC anda


Mungkin sehingga kita anda masih binggung dan masih mencari antivirus apa yang terbaik untuk komputer anda dan keselesaan anda,setiap individu mempunyai pilihan antivirus masing2....Ada yang mengatakan Kaspersky yang terbaik,ada juga menyatakan Avg yang terbaik dan percuma dan banyak lagi pandangan masing2.Ada juga yang menggatakan semua antivirus adalah sama yang penting mesti diupdate,namun jika kita lihat kelebihan beberapa antivirus memang ada perbezaan setiap antivirus ini...perkara yang paling penting ialah kita memilih antivirus versi terkini,sentiasa update dengan virus2 terkini dengan singkat dan banyak lagi.

Antara soalan2 lazim yang diutarakan ialah,

Saya suda upate antivirus saya tetapi kenapa virus yang ada dalam komputer saya masih tidak dapat dikesan?
-
Hal ini kerana kemungkinan virus yang terdapat dalam komputer anda adalah terbaru dan belum ada dalam database senarai virus antivirus yang anda guna.Cara yang paling mudah ialah kirim virus ini ke lab antivirus yang anda gunakan.

Perlukan saya mengikut setiap versi antivirus2 supaya tidak dijangkiti mana-mana virus?
-
Perkara ini tidak perlu,misalnya anda menggunakan antivirus Kaspersky versi 7 dan terkini terdapat versi yang terbaru,anda tidak perlu risau jika anda masih menggunakan versi yg terdahulu yang penting versi yang anda guna masih boleh diupdate selalu,jika antivirus yang anda guna tersebut suda tidak boleh diupdate adalah lebih baik jika anda upgrade antivirus anda.Jika anda mempunyai kewangan yang lebih adalah lebih baik jika anda menggunakan versi yang terkini supaya komputer anda lebih terjamin.


Perlukan kita update antivirus kita setiap hari?dan bagaimana nak update jika tiada sambungan internet??
Bagi saya anda tidak perlu bersusah payah dan membuang masa untuk update antivirus anda setiap hari,adalah lebih baik seminggu sekali,jika mereka yang mempunyai sambungan internet d rumah tentu sangat mudah kerana antivirus anda akan diupdate secara automatik..jika anda tidak mempunyai internet di rumah anda boleh mendownload fail update database terkini untuk antivirus anda...dan boleh letak kat pendrive dan update dengan cara manual.Anda boleh mendapat update2 untuk cara manual ini di laman web rasmi antivirus anda tersebut dan cari di bahagian Download.


Anda boleh mengikuti beberapa perbincangan dari forum putera.com mengenai antivirus yang menjadi pilihan anda,

Undi antivirus pilihan anda!
Undi antivirus tempatan pilihan anda!


2 comments:

Anonymous said...

nak tau tak kalau nak tahu anti virus yang kuat bukan pada ''versi'' terkini tetapi cara kita memilih dalam dunia ni cuma. org yang inginkan duit sahaja yg akn buat hacker(penggodam)kalau pandai sangat cuba buat anti virus sendiri....tak payah bezakan antivirus ....kalau dah buat graenti pening kepala....so don't look something outsider kalau dah buat susah2 kalau org krtik kerjako tu camne sakt ati kan don't look the difference

E_peace6679 said...

rasanya kalau nak buat antivirus tu bukanlah benda yang senang.....dan bagi saya setiap antivirus itu berbeza,contohnya norton,avira,kaspersky dan sebagainya mempunyai perbezaan masing2...terutama dari segi kecekapan antivirus tersebut tentu sekali ada perbezaan...bkan itu sahaja,lain orang lain yang diminatinya ada yang sukakan kaspersky,nod32 dan lain-lain.terpulang...kita bebas memilih antivirus yang sesuai untuk diri kita sebab kita pengguna....kenapa kita perlu bezakan mana yang terbaik untuk kita?sebabnya jika kita membeli antivirus yang kita x sesuai untuk kita tentu sekali merugikan duit kita...ingat kita pengguna kita ada hak memilih...tapi cara paling senang supaya kita x pening2 kepala nak fikir pasal virus nei gunalah linux contohnya ubuntu ke....hehehe