Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket

Tuesday, April 29, 2008

Membuang amaran Genuine Windows XP dengan cara manual

Baiklah pada post kali ini saya ingin memberi panduan kepada anda cara membuang genuine windows dengan cara manual.
Bagaimana kita mendapat amaran genuine dari Windows ini?tentu sekali bagi mereka yang mengguna windows xp yang bukan original@pirate ..Genuine ini berlaku mereka2 yang menggunakan Windows jenis pirate ini update Windows mereka di internet..Fungsi update ini membolehkan Microsoft membaiki bug2 yang terdapat dalam sistem windows.Sedikit rujukan DISINI.
Namun disebalik fungsi update ini,terselit program installer genuine ini.bagi mereka yang tidak menggunakan windows original tentu mengalami masalah genuine ini.
kali ini CekapKomputer akan menunjukkan anda cara membuang Genuine ini dengan cara manual...Jum kita mulakan!

contoh amaran genuine :









Apa yang anda perlu lakukan masuk ke sistem anda pergi ke folder sistem32. atau..

pergi ke butang Start--> run-->taip system32












Kemudian show semua fail sistem yang tersembunyi caranya ialah pada bar folder system32 tu,pergi ke Tools --> Folder Options-->View-->untick "Hide extensions for known file types".kemudian klik Yes.


























Kemudian cari file wgalogon.dll .Apa yang anda perlu lakukan sekarang ialah apabila menjumpai file tersebut ubah nama nya kepada wgalogon.dll.bak.




























icon fail tersebut akan tertukar.













baiklah tinggalkan fail wgalogon.dll.bak tersebut.Sekarang di folder sistem32 buat satu fail menggunakan notepad.















biarkan notepad tersebut kosong.kemudian ubahkan namanya kepada nama Wgalogon.dll(seperti nama fail yang kita ubah kepada wgalogon.dll.bak tadi).

Baiklah langkah terakhir tersebut adalah pantas anda perlu melakukannya dengan pantas.limit dalam 1-2 saat untuk melakukan dua langkah terakhir ini.

Cari fail wgatray.exe di folder system32 tadi.
Dan di task Manager.klik pada tab processes dan cari fail wgatray.exe.

Dah jumpa?Langkah pantas yang anda perlu lakukan ialah delete fail wgatray.exe ini dengan pantas lebih kurang dalam 2 saat!jika tidak anda tidak dapat delete fail wgatray.exe ini.

  • buka task manager dan folder system32 ini.
  • delete wgatray.exe pada folder sistem32 dahulu
  • dengan pantas klik pada wgatray.exe di Task manager tadi dan matikan proses wgatray.exe ini.Caranya klik pada wgatray.exe tersebut dan klik butang "End Process".
  • Ingat lakukan dua perkara ini dengan pantas!








































Anda berjaya apabila fail wgatray.exe ini di system32 berjaya di delete.Dan Masalah Genuine Windows ini akan selesai :)


Perhatian : Saya membuat artikel ini dengan titik peluh dan masa saya,jadi kepada mereka yang hendak Copy/Paste artikel ini untuk blog mereka harap hargai apa yang saya lakukan....Original artikel ini hanya di http://cekapkomputer.blogspot.com/ (letak le sumber asal artikel ini ataupun inform kepada saya dahulu :)

Monday, April 28, 2008

Memilih antivirus untuk Komputer/Laptop anda

Pemasangan antivirus adalah sangat penting dalam komputer kita,ini dapat mengelakkan serangan virus yang bukan sahaja menyusahkan anda malah boleh merugikan anda.Namun ada diantara kita mengabaikan pemasangan antivirus ini,janganla tunggu sampai data2 penting kita hilang akibat serangan virus ini.
Virus pada hari ini semakin bijak dan semakin halus,ada diantara kita merasakan komputer kita dalam keadaan selamat apabila antivirus yang kita guna tidak mengesan sebarang virus ketika kita scan komputer kita.Padahal,jika kita tidak update database antivirus yang kita guna tentu sekali AV tersebut tidak dapat mengesan kehadiran virus baru dalam PC kita.
Jadi apa yang kita perlu lakukan sekarang lengkapkan komputer anda dengan antivirus yang sentiasa diupdate! "sediakan payung sebelum hujan" itulah peribahasa yang sesuai.
Baiklah seperti yang anda tahu sendiri anda diberikan banyak pilihan antivirus yang anda perlu pilih?manakah yang terbaik?manakah yang sempurna yang dapat mengesan semua jenis virus?jawapannya.......Tiada Antivirus yang Sempurna.Sebabnya ialah walaupun kita menggunakan antivirus yang terbaik dan original kita tetap boleh terkena virus.Tetapi kita dapat minimumkan serangan virus dan memaksimakan peningkatan sekuriti dalam pc kita.

Terdapat beberapa antivirus yang popular yang sering digunakan,antaranya ialah :
  • Kaspersky
  • Norton Antivirus
  • Avira
  • Avg
  • Nod32
  • Avast
  • McAfee
Dan banyak lagi...anda boleh juga rujuk di website yang ada menyenaraikan antivirus terkini,contoh Disini

Apakah antivirus yang terbaik?ada diantara kita mengatakan antivirus yang terbaik ialah norton,ada juga yang mengatakan kaspersky...tentu ada diantara kita diluar sana masih mencari2 antivirus yang terbaik untuk komputer kita.

Ada beberapa antivirus yang saya telah gunakan namun bukan semua dan masing2 memberi persembahan yang tersendiri.

Antivirus Norton :


  • terdapat kebaikan dan keburukan yang ada pada antivirus norton antaranya kebaikannya norton dikatakan adalah antara antivirus yang mampu mengesan virus2 seluruh pelusuk komputer anda.Namun,keburukan Antivirus Norton yang kita dapat lihat ialah ia menyebabkan Pc menjadi lambat..ini menyebabkan ada diantara kita tidak menyukai Antivirus Norton ini,terpulang kepada anda.
Link :http://www.symantec.com/index.jsp



Antivirus Kaspersky :

  • Antivirus Kaspersky ini adalah antara antivirus yang saya rasa amat popular sekali.Secara peribadi saya amat menyukai antivirus kaspersky ini walaupun ia melambatkan sedikit komputer anda,tetapi ia lebih berbaloi.Difahamkan Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri memilih antivirus ini untuk dipasangkan ke seluruh makmal2 komputer sekolah di Malaysia.Saya suda mencuba sendiri antivirus ini dan sangat berpuas hati.Harga untuk antivirus kaspersky original adalah dalam lingkungan rm70 - rm88 setahun.
Link : http://www.kaspersky.com/downloads


Antivirus Avira :

  • Antivirus yang menggunakan lambang payung ini juga tidak kurang hebatnya.Ia juga ringgan dan tidak melambatkan PC anda sesuai untuk mereka yang masih menggunakan Pc lama.Pada ketika ini terdapat antivirus avira percuma dan berbayar.Bagi mereka yang belum mencuba antivirus ini,anda patut mencubanya...Anda boleh mencuba antivirus Avira versi percuma ini sehingga 11/30/2008(jika tiada perubahan).
Link : http://www.avira.com/en/download/

Antivirus AVG :

  • Antivirus avg juga mempunyai kelebihan tersendiri dan ianya percuma.Antivirus Avg juga tidak menyebabkan komputer anda lambat.Anda juga boleh mencuba antivirus yang tidak kurang hebatnya ini.Antivirus avg popular ketika virus brontok menyerang pada suatu ketika dahulu.Anda boleh download antivirus AVG ini di http://free.grisoft.com/

Terdapat lagi banyak antivirus yang popular seperti nod32,avast dan sebagainya.Terpulang kepada kita sebagai pengguna memilih antivirus mana yang sesuai dengan kita dan selesa bagi kita.Terdapat juga antara kita memasang lebih dari satu dalam komputer kita,rasanya ia tidak perlu kerana terdapat antivirus yang tidak sesuai dipasangkan bersama dan menyebabkan konflik.Memasang lebih dari satu antivirus juga akan menyebabkan pc kita menjadi lambat dan Ia tidak menjamin komputer kita bebas dari virus.Perkara yang paling penting ialah Update Antvirus Anda!

Friday, April 25, 2008

Update Antivirus Kaspersky Anda Secara Manual

Bagi mereka yang mempunyai internet di rumah atau ditempat kerja tentu tidak mempunyai masalah untuk update antivirus mereka.Apakah kegunaan update antivirus?melakukan update database antivirus milik anda ialah amat penting supaya antivirus anda tersebut mengesan kehadiran virus yang baru..Misalnya jika anda tidak update antivirus anda untuk beberapa lama,kemudian terdapat virus muncul...suda pasti antivirus tidak dapat mengesan virus tersebut dan menganggap virus tersebut adalah program-program yang biasa dan tidak berbahaya.Tentu anda tidak ingin melihat komputer anda menghadapi masalah suatu ketika nanti kan,jadi update antivirus anda! :)
Pada post kali ini saya memilih antivirus Kaspersky untuk mengajar anda bagaimana cara untuk update antivirus anda dengan cara manual...toturial ini amat sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai sambungan internet di rumah atau di pejabat.Tanpa sambungan internet anda masih boleh melindungi komputer anda.
Anda boleh mencari update untuk versi antivirus anda Disini terpulang samada anda menggunakan antivirus version 5,6 atau 7.

* 7.0 products
* 6.0 products
* 5.0 products

*Pada ketika ini,saya masih menggunakan kaspersky version 6.

- Pergi ke http://www.kaspersky.com/avupdate
- Kemudian pilih version untuk antivirus yang anda guna sekarang.
- Untuk pertama kali update manual pilih fail av-i386&ids-cumul.zip
- Kemudian,pilih lokasi dari mana anda hendak download fail update tersebut.
selesai download biarkan fail tersebut x perlu extract.
Baiklah sekarang buka perisian Antivirus anda...Klik ke update.kemudian klik seperti dalam anak panah dibawah.
Anda boleh klik di butang Manually ,jika anda update antivirus anda selalu dengan cara manual.Kemudian klik butang Configure.

Klik ke Update Source.Kemudian Klik Butang Add.
Pilih lokasi fail update yang anda download tadi kemudian,klik dahulu pada Update from unstructured... kemudian baru klik OK.
Lokasi update untuk antivirus anda akan dipaparkan.Klik butang OK.
Update antivirus anda,Selesai! :) Anda dapat melihat database antivirus anda diupdate dari fail update yang anda download tadi.Mudah kan :)

Sumber ilmu pengetahuan anda di Cekap Komputer Dot Blogspot dot Com.

Tuesday, April 22, 2008

Kunci fail peribadi anda tanpa menggunakan sebarang perisian khas..

Pada post kali ini saya akan tunjukkan kepada anda cara untuk melindungi fail peribadi anda menggunakan password tanpa menggunakan sebarang perisian khas.

Apa yang anda perlu lakukan pertama ialah buat satu folder.kemudian didalam folder tersebut buka satu notepad baru didalamnya.























Buka notepad tersebut,kemudian copy dan paste skrip dibawah ini.

@ECHO OFF
title Folder Private
if EXIST "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" goto UNLOCK
if NOT EXIST Private goto MDLOCKER
:CONFIRM
echo Are you sure you want to lock the folder(Y/N)
set/p "cho=>"
if %cho%==Y goto LOCK
if %cho%==y goto LOCK
if %cho%==n goto END
if %cho%==N goto END
echo Invalid choice.
goto CONFIRM
:LOCK
ren Private "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
attrib +h +s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
echo Folder locked
goto End
:UNLOCK
echo Enter password to unlock folder
set/p "pass=>"
if NOT %pass%== password here goto FAIL
attrib -h -s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
ren "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" Private
echo Folder Unlocked successfully
goto End
:FAIL
echo Invalid password
goto end
:MDLOCKER
md Private
echo Private created successfully
goto End
:End



selepas itu,anda perlu meletakkan password anda di line 23.letakkan password anda di "password here"<---gantikan ini kepada password anda.

















kemudian save note tersebut kepada locker.bat(anda perlu save fail tersebut kepada format .bat)..







































satu fail baru locker.bat klik fail tersebut...kemudian folder private akan muncul...apa yang anda perlu lakukan ialah simpan fail2 peribadi anda disana...setelah selesai klik semula locker.bat tersebut...









fail anda akan dilock selepas itu dan icon dan nama folder private tersebut akan bertukar...













untuk membuka fail peribadi anda tadi,klik locker.bat tersebut dan masukkan password anda. :)












Selamat mencuba :)

sumber : http://rss.forum.lowyat.net/topic/632846

Monday, April 21, 2008

Mengubah background pada sesuatu folder

Kali ini saya akan tunjukkan kepada anda cara bagaimana mengubah background sesuatu folder...jika kita menggunakan windows ME tentu sahaja kita dapat melakukannya dengan mudah.tetapi kita sebenarnya boleh juga meletak background pada sesuatu folder untuk kelihatan menarik di Windows XP.

langkah pertama,download perisian yang kecil ini Disini

kemudian extract TukarBackground.rar tersebut.(adalah lebih baik korang baca notepad yang ada disertakan dalam TukarBackground.rar tersebut hehe..)

didalam TukarBackground.rar tersebut ada satu fail yang dinamakan Tukar Background.EXE.Baiklah apa yang anda perlu lakukan sekarang ialah copy & paste ke suatu folder yang anda hentak letakkan background.contoh : My Document.
























Selepas itu klik perisian Tukar Background.EXE tersebut.Kemudian Pilih Choose a background picture.Dan kemudian klik butang Next.





















Selepas itu klik butang Browse..





















pilih lokasi gambar yang anda hendak letak sebagai background..





















kemudian klik butang next...anda boleh mengubah warna tulis setiap fail dalam folder tersebut....





















Dan lihat hasilnya sendiri....untuk mendapat background yang cantik anda perlu mengubah besar saiz gambar yang anda hendak jadikan sebagai background.


















Sumber ilmu pengetahuan untuk anda...hanya di cekap komputer dot blog spot dot com.

Friday, April 18, 2008

Mengubah AM & PM melalui registry

Pada post kali ini saya akan tunjukkan cara menggubah Am & Pm pada jam komputer anda.Untuk mereka2 yang baru berjinak2 mempelajari ilmu komputer,Blog cekap Komputer Sentiasa membantu anda..Pembelajar ini juga sesuai bagi mereka yang sudah mahir komputer,sebagai rujukan yer hehe...

Baiklah saya akan tunjukkan kepada anda cara mengubah Am & Pm ini dengan mudah(saya akan tunjukkan satu persatu bersama gambar ntuk memudahkan mereka yang baru dalam dunia komputer okey :)


Pertama,untuk menggubah AM/Pm ini...anda perlu pergi ke Start--> Run ---> taip regedit















Kemudian pergi ke HKEY_CURRENT_USER --> Control Panel --> International












Baiklah anda lihat sebelahnya,cari s1159 = AM,s2359=PM

s1159 = AM <----Ganti AM ini mengikut keinginan anda.(contoh Pagi) s2359=PM <----Ganti PM ini mengikut keinginan anda.(Contoh Petang )















Selesai...Mudah kan :) hehe...lihat hasilnya sendiri..

Thursday, April 17, 2008

Driver compaq presario v3751au untuk Windows XP


Ada diantara kita sedang mencari driver untuk compaq presario v3751au windows Xp,Pada post kali ini saya akan cuba tolong selesaikan masalah mereka2 yang menggunakan laptop jenis ini.

Anda boleh mencuba menggunakan driver ini untuk laptop compaq presario v3751au ini.

Nvidia Graphics
Download Disini


Nvidia Chipset
Download Disini

Install Nvidia Chipset ini kemudian restart laptop anda.

Alps Touchpad
Download Disini


Ricoh Card Reader
Download Disini

Modem
Download Disini

Broadcom Wireless
Download Disini

.Net Framework
Download Disini

HP Quick Launch_requires .Net Framework 2.0
Download Disini

MS UAA(Restart laptop anda selepas install driver ini,kemudian baru install driver audio)
Download Disini

Audio Driver

try,
Download Disini
Download Disini

Tuesday, April 15, 2008

Driver Compaq Presario V3754TU untuk Windows XP



Pada Kali ini saya ingin kongsi kepada anda driver untuk laptop Compaq Presario V3754TU...Kepada sesiapa yang sedang mencari driver ini semoga pencarian anda ditemui disini.

Spec
Compaq Presario V3754TU :

Intel Pentium Core 2 Duo M T5450,1.67GHz,1GB DDR2 SDRAM,160GB SATA Hard Drive,14.1" TFT WXGA,DVD-writer Dual Layer,Integrated 5 in 1 Card Reader,Integrated Webcam,56K (V.92 Compatible) Modem,Wifi Lan,Free DOS,Carrying Case Included,1 year warranty,Weight 2.4 Kg

Perhatian install Microsoft Universal Audio Architecture Diver dahulu sebelum install audio.

Microsoft Universal Audio Architecture Diver

Download disini

Audio Driver
Download disini

Modem Drivers
Conexant HDAUDIO Soft Data Fax Modem with SmartCP Driver:
Download disini
Broadcom Wireless LAN Driver:
Download disini

Network Driver (LAN):
Download disini
Alternate network Drivers: (Realtek RTL8139/810x Family Fast Ethernet NIC Driver)

Download disini

atau

Download disini


Chipset Driver:
Download disini

Video Drivers (Intel X3100):
Download disini

atau

Download disini
atau
Mobile Intel 965 Express Chipset Family Video Driver:
Download Disini

Ricoh 5-in-1 Card Reader Host Controller:
Download disini

Alps Touchpad Driver Download link for V3500 and V3600 series:
Download disini

HP Quick Launch Buttons:
Download disini

Memotong Video Menjadi beberapa bahagian menggunakan VCD Cutter 4.04

Pada Post kali ini saya akan tunjukkan bagaimana memotong sebuah video/movie menjadi beberapa bahagian...

Perisian yang digunakan : VCD Cutter 4.04
Lesen : percuma(Freeware)
Jenis Perisian : Portable(tidak perlu install ke komputer anda,boleh gunakan terus perisian ini)
Saiz Perisian : 980 KB (1,003,520 bytes)
Download : Anda Boleh Download Disini


Pertama,extract fail VCD Cutter 4.04 ini,kemudian buka perisian ini >> VCDCUT.EXE















Kemudian,seperti gambarajah Klik file --> Open Movies ..kemudian pilih video yang anda hendak potong..


































Selepas itu,Klik Play untuk memainkan video tersebut dan pilih bahagian mana yang anda hendak potong kemudian klik Icon untuk potong seperti gambarajah dibawah..



















Anda boleh "Set"kan bahagian mana yang anda hendak potong...selepas itu klik icon seperti anak panah ketiga dalam gambar dibawah ini.




















Selepas itu Klik Icon yang huruf A ini untuk simpan video buat sementara








Baiklah apa yang anda perlu lakukan sekarang ialah Save video yang anda telah potong caranya ialah...Klik ke Clip List,disana terdapat fail yang anda telah potong tadi...













Klik Right Klik pada part2 video yang anda telah edit tersebut kemudian klik Save This Clip .Pilih lokasi dimana anda hendak simpan clip video tersebut.

































Tunggu sehingga proses menyimpan selesai... : )










Selamat Mencuba! Sumber Ilmu Pengetahuan Anda di Cekap Komputer Dot Blogspot Dot CoM