Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket

Monday, June 23, 2008

meningkatkan Keselamatan ketika melayari internet melalui pelayar Firefox!

Seperti yang kita tahu,kita mendapat banyak manfaat ketika melayari internet....dengan adanya internet kita dapat menguruskan pelbagai perkara.
Namun terdapat juga keburukan yang kita tidak dapat elakkan dengan adanya kemudahan internet ini,contohnya ancaman virus dan sebagainya.Oleh itu kita perlu berhati2 ketika melayari internet kerana bukan semua laman web yang kita layari adalah selamat.
Usah bimbang,terdapat banyak cara yang kita boleh lakukan untuk memastikan keselamatan kita ketika melayari sesebuah laman web,antaranya ialah menggunakan addon tambahan jika anda menggunakan pelayar web Mozilla Firefox.Addon tambahan yang saya maksudkan ialah disebut WOT.Boleh dapatkan https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/3456

untuk menambah perisian ini klik pada butang "Add to Firefox"


Mesej seperti dibawah akan dipaparkan klik butang "Install Now"

Tunggu sehingga proses install ini selesai.


Selesai install anda perlu restart firefox anda seketika.


Selesai!addon tambahan ini telah dipasang ke pelayar web Firefox anda,anda akan dapat lihat satu ciri tambahan diletakkan bersebelahan dengan Address Bar anda.


Apabila anda mencari sesebuah laman web addon tambahan ini akan menyatakan adakah laman web yang anda layari dan cari tersebut adalah selamat atau tidak.Oleh itu anda akan lebih berhati2 ketika melayari sesebuah laman web.



Selamat Mencuba.

Thursday, June 19, 2008

Menjalankan proses Disk Defragmenter yang tersedia di dalam Windows XP anda

Menjalankan proses Defragmenter pada komputer kita adalah suatu perkara yang kita perlu lakukan sekurang2nya sebulan sekali dan lebih baik seminggu sekali....Proses Disk Defragmenter sedikit sebanyak boleh melajukan komputer kita...Anda boleh mencuba beberapa perisian lain yang dikhaskan untuk proses Defragmenter ini.
Microsoft juga menyediakan proses Defragmenter ini dalam sistem Windows mereka.Untuk menggunakan proses Defragmenter tersedia ini secara percuma.

Caranya ialah :

Pergi ke butang Start -> All Programs -> Accessories -> System Tools -> Disk Defragmenter

Proses melakukan Defragmenter ini sangat mudah sekali anda tentu dapat melakukan proses ini dengan mudah tanpa sebarang kesulitan.
Terdapat dua butang iaitu Analyze dan Defragment,anda boleh Analyze komputer anda dahulu samada perlu di Defragment ataupun tidak.


Kemudian jika anda ingin melakukan Defragmenter pada komputer anda klik pada butang Defragmenter,tunggu sehingga proses tersebut selesai.


Mudahkan :)

Saturday, June 14, 2008

Pasang ubuntu pada komputer anda menggunakan Wubi.

Pada post sebelum ini saya telah memberikan anda sedikit cara mengenai memasang ubuntu menggunakan perisian windows,rujuk disini.Perisian yang anda perlukan ialah Wubi,dengan wubi anda dapat memasang dua perisian sistem dalam komputer anda.Contoh:Windows Xp & ubuntu.
Baiklah download perisian wubi ini seperti yang dinyatakan pada post yang lalu.Buka perisian wubi ini dari sistem windows xp anda.


Apa yang anda perlu lakukan ialah letakkan username anda dan password anda untuk akaun ubuntu anda.


Sebelum itu anda boleh memilih beberapa versi untuk ubuntu contoh kubuntu.Dan anda boleh memilih hard disk mana anda ingin install ubuntu ini.
Anda juga boleh memilih bahasa yang sesuai untuk ubuntu anda.....

Setelah anda telah set kesemua ini.Klik butang install.Tunggu proses muat turun fail sehingga selesai,fail yang di download adalah lebih kurang 7**MB.Anda boleh sambung download fail ini jika tidak sempat download fail ini dalam satu masa,proses muat turun ini akan bersambung apabila anda download perisian ini kembali.


Selesai!!Apa yang anda perlu lakukan restart komputer anda...sebelum masuk ke sistem anda akan diberi pilihan samada ingin menggunakan sistem ubuntu atau windows anda.

p/s Beberapa proses akan dijalankan apabila anda masuk ke ubuntu anda untuk kali pertama.


Jom kita berubuntu !! :) "Kami suda berubuntu,anda bila lagi??"

Friday, June 13, 2008

Cara mendapatkan post2 terkini dari blog kegemaran anda

Tentu anda banyak melawat laman web atau blog dalam suatu ketika,ketika sedang mencari info mengenai sesuatu bahan anda tertarik dengan sebuah blog yang memberi anda maklumat2 menarik dan berguna...Tentu sekali anda akan melawat blog tersebut untuk mengetahui maklumat seterusnya dari blog tersebut.
Sebenarnya ada cara lain yang anda boleh lakukan untuk mendapat info2 terkini dari blog tersebut...Salah satu daripadanya ialah anda boleh melanggan RSS dari blog tersebut secara percuma,post2 terkini boleh juga dikirimkan ke E-mail anda.Jadi tentu anda tidak ketinggalan mendapat maklumat2 terkini dari blog tersebut.











Anda hanya perlu masukkan email anda...
























Masukkan kod yang dikehendaki dan klik Complete Sub..


























Setalah itu klik Close Windows



Satu Email untuk pengesahan langganan anda akan dihantar ke akaun E-mail anda.
















Klik pada link yang dikehendaki untuk mengesahkan Langganan anda...













Selesai anda kini telah melanggan untuk post2 terbaru dari blog kegemaran anda.


Contoh langganan yang dihantar ke E-mail anda:

Thursday, June 12, 2008

E-Maj Ubuntu for Malaysian


Pada post kali ini saya ingin memberikan ucapan tahniah kepada encik Zulmalc kerana berjaya menerbitkan "E-Maj Ubuntu for Malaysian".Zulmalc adalah penulis blog melayubuntu.blogspot.com yang merupakan rakan blogger saya.Jadi pada post kali ini saya ingin membantu mempromosikan E-majalah beliau,E-Maj Ubuntu for Malaysian ini adalah percuma dan sesuai untuk mereka yang ingin mencari maklumat mengenai ubuntu.Saya pasti pengguna linux akan meningkat dari sehari ke sehari.
Untuk maklumat lanjut mengenai E-Majalah ini anda boleh lihat Disini.


Berkongsi Printer melalui jaringan LAN Dalam Windows XP

Kali ini saya akan tunjukkan kepada anda cara untuk berkongsi printer melalui LAN...Artikel ini berguna untuk mereka yang mempunyai sambungan LAN(Local Area Network).
Bayangkan situasi ini,Di dalam pejabat anda mempunyai sebuah printer dan printer tersebut disambungkan ke komputer kawan anda yang mempunyai jaringan LAN dengan komputer anda ,anda ingin berkongsi printer tersebut...baiklah saya akan tunjukkan cara tersebut anda tidak perlu bersusah payah meminjam komputer kawan anda untuk mencetak kerja anda.Mari kita mulakan.

Pertama sekali samakan Workgroup komputer anda.Anda boleh rujuk Disini. Dan pastikan printer pada komputer anda telah diset sebagai Printer Sharing,boleh rujuk Disini .

Start > Printers and Faxes > Add a Printer



















Klik butang Next apabila tetingkap seperti gambarajah diatas dipaparkan.



















Kemudian pilih A network printer,or a printer attached to another computer.Kemudian klik butang Next.



















Kemudian seperti gambarajah diatas...Klik pada ( Connect to this printer.... ) Biarkan pada kotak Name kosong,Klik butang Next.






































komputer anda akan mengesan sambungan LAN komputer anda dengan komputer lain.Setelah selesai cari komputer kawan anda yang mempunyai sambungan printer tersebut,kemudian Double Klik pada nama komputer kawan anda tersebut,anda akan dapat lihat Printer yang di kongsi dari komputer kawan anda tersebut.







Klik Yes apabila tetingkap seperti diatas dipaparkan.



















Mesej paparan seperti diatas akan dipaparkan,Klik pada butang Yes kemudian Next jika anda ingin menjadikan printer yang dikongsi tadi sebagai printer utama.



















Selesai! Kemudian klik butang Finish.

Wednesday, June 11, 2008

Ubuntu dan windows XP dalam Laptop/komputer anda...


Seperti yang anda tahu atau tidak...kita boleh meletakkan dua sistem dalam komputer kita,pada post kali ini saya akan perkenalkan satu perisian kepada anda yang membolehkan anda memasang sistem ubuntu(Linux) dalam komputer anda dengan begitu mudah..
Anda hanya perlu install ubuntu dalam komputer anda melalui sistem windows yang anda gunakan.Apakah perisian tersebut???Jawapannya ialah perisian Wubi.Anda boleh mendapat maklumat lanjut mengenai Wubi ini di http://wubi-installer.org/ .Jadi anda tidak perlu lagi susah payah untuk install Ubuntu dalam komputer anda.Setelah anda selesai download perisian wubi ini,anda perlu sambung ke internet,dan ia akan memuat turun beberapa fail ubuntu,apa yang anda perlu lakukan adalah masukkan "username" dan "password" anda untuk akaun ubuntu anda.Sebelum memasuki sistem anda akan diberi pilihan samada ini menggunakan sistem Windows atau Ubuntu.

Kita akan berbincang lebih lanjut lagi mengenai cara memasang ubuntu menggunakan wubi ini dengan lebih lanjut pada post akan datang. :)

Wubi is Simple

No need to burn a CD. Just run the installer, enter a password for the new account, and click "Install", go grab a coffee, and when you are back, Ubuntu will be ready for you.

Wubi is Safe

You keep Windows as it is, Wubi only adds an extra option to boot into Ubuntu. Wubi does not require you to modify the partitions of your PC, or to use a different bootloader, and does not install special drivers. It works just like any other application. Wubi is spyware and malware free, and being open source, anyone can verify that.

Wubi is Discrete

Wubi keeps most of the files in one folder, and if you do not like it, you can simply uninstall it as any other application.

Wubi is Free

Wubi and Ubuntu cost absolutely nothing (free as in beer), but yet provide a state of the art, fully functional, operating system that does not require any activation and does not impose any restriction on its use (free as in freedom).







Update perisian anda menggunakan FileHippo.com Update Checker

Pernahkan anda menggunakan FileHippo.com Update Checker?Apakah fungsi FileHippo.com Update Checker ini?
Selain daripada download.com atau website lain yang membolehkan kita mendownload perisian tertentu,anda juga boleh berkunjung ke http://www.filehippo.com untuk memuatturun perisian yang terkini dan terbaru untuk komputer anda contoh ccleaner dan sebagainya.Saya suka mencari perisian2 yang terkini dan update di www.filehippo.com kerana laman web tersebut kelihatan kemas dan perisian2 diletakkan di kategori yang sesuai...
Kembali kepada tajuk post kali ini,saya ingin memberi sedikit info mengenai fungsi FileHippo.com Update Checker ini....FileHippo.com Update Checker ini berfungsi memeriksa perisian yang perlu diupdate dalam komputer anda...Tetapi untuk menjalankan fungsi ini,anda kenalan membuat sambungan ke internet.Perisian FileHippo.com Update Checker ini sangat mudah digunakan dan cukup kecil saiznya.
Download perisian ini kemudiankan jalankan perisian ini,ia akan memeriksa perisian mana yang perlu diupdate dalam komputer anda..
Anda boleh dapatkan perisian tersebut disini.http://www.filehippo.com/updatechecker/

Monday, June 09, 2008

Kemunculan GVR 4.1 Beta

Dari semasa ke semasa antivirus Geekz Virus Remover ini semakin berkembang dan cantik,Encik sharir(Pembikin Anvivirus GVR ini) nampaknya semakin sibuk Kursus Membersihkan Virus Komputer di samping mengeluarkan versi terbagu GVR ini,anda boleh mengetahui mengenainya di Website GVR tersebut.

Baru2 ini Sharir telah mengeluarkan versi GVR 4.1 yang terbaru..

GVR 4.1 Beta release... masuk web Geekzlife.Net untuk maklumat lanjut..

GVR 4.0.1

Tambah
- Fungsi Real time scan di pertingkatkan.. (bila minimize ke tray, automatik real time akan ON)
- Penggunaan memory di kurangkan
- Fungsi update semakin laju.
- Repair registry untuk :
1) NoAutoTrayNotify
2) NoTrayItemsDisplay
3) Autorun (kat command processer)


Fix masalah
- Update database online
- Penggunaan processer berterusan bila pendrive plug-in.


Link masih sama, download kat bawah jer... wink.gif
------------------------------
Ciri-Ciri:

-> Scan memory.
-> Scan keseluruhan file.
-> Scan sistem, iaitu scan lokasi-lokasi yang berisiko tinggi.
-> Scan satu file.
-> Scan registry.
-> Mengesan malware daripada file Autorun.inf.
-> Mengunakan enjin analisis skrip untuk mengesan malware yang berbentuk skrip iaitu vbs, bat, inf, dan js.
-> Perlindungan pendrive dari virus.
-> Fungsi scan yang laju.
-> Mengesan malware dengan ketepatan yang tinggi.
-> Memperbaiki registri yang di ubah oleh malware.
-> Fungsi mengubah nama dan organisasi dalam registry.
-> Fungsi "Kill All Process"� yang akan mematikan semua process selain process windows. Sesuai digunakan untuk membuang malware yang tidak dikenali.
-> Fungsi update virus definition secara online.
-> Antara muka yang mudah difahami.

Registri yang akan dibaiki dalam fungsi "Repair Registry":

-> Show Hidden file.
-> Show File Extension
-> Show Task Manager
-> Show Registry editor
-> Show MsConfig
-> Show Run Menu
-> Show Folder Option
-> Show Command Prompt
-> Show Control Panel
-> Show Find menu
-> Show Hidden Drive
-> Show Taskbar
-> Show Context Menu
-> Show View Context Menu
-> Show Shutdown & Log Off Menu
-> Normalkan "Taskbar Size Move"
-> Normalkan balik internet explorer (Title bar, General Tab dll)
-> Normalkan Pelaksanaan file jenis .reg, .exe, .pif, dan .com.
-> Normalkan balik klik kanan mouse.

Nota Pemasangan (Install) Untuk Windows Vista:
Selepas install, masuk dalam folder GVR dan run file "FOR VISTA RUN THIS 1ST!!.bat" dahulu sebelum membuka program GVR.

Nota:

GeeKz Virus Remover 4.0 diuji dan stabil di Windows XP SP2.


Upload Virus Sample Di:
http://geekzlife.net/Upload

Laman Web:
http://GeeKzlife.net

Contact & Support:
Email: Shahrir1999 at yahoo dot com


Download Link:

Installer : DOWNLOAD


http://www.softpedia.com/get/Antivirus/Geekz-Virus-Remover.shtml





TAMBAHAN..
GVR tidak bertanggungjawab atas kerosokkan disebabkan oleh perisian ini.. Risiko ditangung sendiri oleh pengguna..

Friendster Kini Juga Boleh Dalam Bahasa Melayu..

Jika dalam sekumpulan pelajar atau sesiapa sahaja ditanya jika mempunyai akaun Friendster mungkin separuh dari kumpulan tersebut mengatakan "Ya".Friendster adalah satu laman web komuniti yang menjadikan tempat kita untuk berkumpul,Contohnya saya bersama rakan sekelas saya yang lain menjadikan tempat untuk bertanya khabar dan sebagainya walaupun mereka kini melanjutkan pelajaran dan mengikut haluan masing2...Anda boleh rujuk mengenai sejarah Friendster disini.
Baru-baru ini pihak friendster memilih bahasa melayu untuk memudahkan pengguna internet yang membolehkan anda menggunakan bahasa melayu dalam friendster anda.Ini bermakna negara kita juga merupakan antara negara yang banyak penggemar friendster ini.Jadi apa lagi jangan lupa bawa abang,adik,kakak,makcik,pakcik,ibu dan ayah anda untuk membuka akaun Friendster!!hehe.. Friendster.com