Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket

Monday, August 04, 2008

Komputer pada Masa Hadapan???

Tentu sekali kita tidak dapat bayangkan kemajuan teknologi yang kita akan kecapi pada masa hadapan.Jika kita lihat dunia IT pada masa kini jauh lebih canggih dari masa lalu...hehe...bayangkan sahaja harga sebuah komputer pada masa kini,jauh lebih murah dari awal penjualannya satu ketika dahulu...
Pada post kali ini ada beberapa gambar yang saya ingin kongsikan kepada anda semua,gambar-gambar ni memang menarik...Adakah ini teknologi masa akan datang?cuba korang lihat sendiri gambar2 dibawah ini.

Lihat dan fikirkan kecanggihan teknologi masa akan datang.



Dunia IT akan terus maju pada masa hadapan,banyak kemudahan yang kita boleh kecapi dengan adanya teknologi IT ini....jadi jangan biarkan diri kita ketinggalan.

SelamaT Hari Merdeka Malaysia!

Friday, August 01, 2008

Menyelesaikan masalah tetingkap error pada startup Windows Xp anda!

Tentu anda pernah mengalami masalah pada windows anda,terdapat satu paparan mesej error keluar pada permulaan windows...tentu sekali paparan mesej ini menggangu anda....

Terdapat beberapa sebab paparan "error" ini berlaku,antaranya...
1- Terdapat beberapa kesilapan yang berlaku pada sistem windows anda,anda boleh menggunakan beberapa perisian untuk memulihkan sistem registry.
2- Virus,paparan mesej ini juga kemungkinan berlaku akibat virus.Virus selalunya menambah satu fungsi startup saat komputer anda dihidupkan untuk membolehkan virus ini berfungsi/merebak.Apabila antivirus anda memadam/delete virus ini dari tempat ia ditanam di dalam sistem anda,startup yang ditambah oleh virus ini tidak dapat berfungsi dengan baik dan menyebabkan mesej error ini berlaku.
3- Dan beberapa sebab yang lain lagi.

Contoh paparan error yang terjadi :

Cara menyelesaikan masalah paparan ini dengan cara mudah tanpa sebarang perisian tambahan.(windows XP)

Start --> Run --> taip "msconfig"
kemudian klik di bahagian Startup.
Tips : Pada bahagian startup ini anda boleh melihat program2 yang dijalankan ketika anda menghidupkan komputer anda,anda boleh "disable"kan perisian2 yang anda rasa tidak perlu pada bahagian startup ini....fungsi ini boleh menambahkan kelajuan pada komputer anda.

Kemudian cari program startup yang mengeluarkan paparan error ini.Kemudian "untick" untuk program tersebut untuk disablekan fungsi startupnya.


Kemudian restart komputer anda.Masalah tersebut akan selesai!! :)