Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket

Sunday, May 24, 2009

Komuniti Juruteknik Komputer Sabah(kjksb.net)


Baiklah pada post kali ini,saya ingin memperkenalkan kepada anda Komuniti Juruteknik Komputer Sabah ( kjksb.net ) ,Kjksb ini dibangunkan oleh saya dan seorang lagi rakan saya yang merupakan Juruteknik Komputer Gred FT17 dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia.Tujuan asal dan sebenar lamanweb ini adalah untuk mengumpulkan Juruteknik-juruteknik komputer FT17 serta dialu-alukan juruteknik-juruteknik komputer swasta di Sabah.Namun anda juga dialu-alukan jika ingin berkongsi ilmu dan tutorial mengenai komputer dan sebagainya....Semoga dengan adanya laman web ini,Komuniti juruteknik komputer di Sabah dapat disatukan.

Forum kjksb : http://forum.kjksb.net
Lamanweb : http://kjksb.net

Tip Menjaga Laptop Anda!




Baiklah pada post kali ini,saya akan memberi anda sedikit panduan cara untuk menjaga laptop.Laptop pada masa kini sangat popular kerana dengan adanya laptop,tugas kita menjadi lebih cepat dan mudah..berbeza suatu ketika dahulu,ketika pertama sekali laptop dikeluarkan,harga sebuah laptop adalah sangat-sangat mahal..namun kini kita sendiri boleh lihat ada segelintir keluarga suda mampu menghadiahkan atau membelikan anak-anak mereka sebuah laptop.Dari segi ketahanan pula,Komputer peribadi(PC) dan laptop adalah berbeza...Laptop dikatakan lebih sensitif dan perlu dijaga dengan berhati-hati...

Baiklah dibawah adalah beberapa tips yang anda perlu ketahui untuk menjaga laptop anda,Saya akan tambah tips ini di post yang akan datang :



  • Jangan letakkan laptop anda di atas katil,karpet atau permukaan yang lembut yang boleh menyebabkan aliran udara kipas laptop anda tertutup.Ini akan menyebabkan laptop anda akan menjadi Overheating.
  • Jangan letak Laptop anda di pangkuan anda(di paha anda).
  • Untuk menjadikan bateri lebih tahan,buka bateri laptop anda ketika ia telah penuh di cas.Hanya sambungkan kabel power untuk memastikan laptop anda berfungsi tanpa memerlukan bateri.
  • Jangan letak laptop anda di kawasan yang basah.(juga minuman anda,Kebanyakan orang suka meletak minuman mereka di sebelah laptop mereka ketika menggunakan laptop mereka)
  • Jangan biarkan laptop anda berjemur di bawah matahari yang terik ataupun di dalam kereta ketika parking di bawah matahari.
  • Pastikan laptop anda diletakkan di kawasan yang rata.Laptop yang terjatuh atau terhempap akan menyebabkan perkakasan dalam laptop tersebut terjejas.
  • Seboleh-bolehnya jauhkan laptop anda dari magnet...
  • Pastikan laptop anda diberi rehat,jangan dibiarkan ianya dipasang hampir sehari setiap hari(ketahanan laptop berbeza dengan PC biasa).
Baiklah ini sahaja tips yang saya berikan pada post kali ni...saya akan menambah tips ini di post akan datang...

Wednesday, May 20, 2009

epeace6679.net blog personal aku!




Baiklah mungkin ini tiada kaitan dengan ilmu komputer...tetapi mungkin post ini akan memberi ilham kepada mereka-mereka yang ini membuat blog....selalu saya akan tanya pada kawan2 saya,kalau dorang semua nei minat buat blog....tapi jawapan yang selalu saya dapat ialah mereka nie tidak tahu apa yang hendak diletakkan di dalam blog mereka....jadi saya akan cakap letak jak apa2....jadikan blog personal ka...tulis apa yang anda rasa menarik dalam hidup anda...kira macam diari peribadi kita la nei hohoh...tapi jangan pulak terlampau tulis benda yang sangat-sangat peribadi...nanti malu pulak kita nie nanti....saya menggunakan wordpress untuk membuat blog epeace6679.net ini.Dan domain pulak saya beli dari Datakl(hosting kegemaran saya) dengan harga rm30...Anda boleh lihat disini.Harga untuk satu domain pun tidak la mahal(untuk .com .net .org)....hanya rm40 SETAHUN!hehe...jadi link untuk blog anda akan jadi mudah diingati dan kemas....jadi jom kita membuat blog personal masing2....

Blog epeace6679.net ini masih lagi dalam pembuatan,dalam 70% sudah siap....siapa yang ingin bertukar2 pautan dialu-alukan....harap maklum...

Blog aku : http://epeace6679.net/

Thursday, May 07, 2009

cekapkomputer.com kini kembali!




Setelah beberapa hari menutup laman web cekap komputer,laman web cekapkomputer.com kini kembali!laman web cekapkomputer.com sebelum ini terpaksa ditutup diatas beberapa faktor yang tidak boleh dielakkan....dan untuk pengetahuan laman web ini menggunakan database yang berlainan dari yang sebelum ini jadi anda diminta mendaftar semula akaun anda(segala kesulitan harap dimaafkan)...ruangan dan isi akan ditambah di dalam laman web ini dari semasa ke semasa....

+ Sebagai tanda penghargaan kepada ahli berdaftar,anda boleh muat turun ebook percuma (A Practical Guide To Ubuntu Linux)....beberapa ebook percuma akan ditambah dari semasa ke semasa...jadi apa lagi?jom daftar akaun anda di laman web cekapkomputer.com!