Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket

Wednesday, July 30, 2008

Masalah Pelayar Firefox "Could not initialize the browser"

beberapa hari yang lalu,seorang rakan saya menghadapi msalah dengan pelayar firefoxnya...Pelayar firefoxnya tidak dapat berfungsi dengan baik...
Saya memeriksa pelayar firefoxnya dan memang terdapat masalah terhadap pelayar firefoxnya ini.satu paparan "error" kelihatan ketika membuka pelayar ini.
Dengan bantuan Pakcik Google,Masalah ini dapat diselesaikan dengan merujuk beberapa website...korang boleh merujuk laman web ini.
http://support.mozilla.com/en-US/kb/Could+not+initialize+the+browser+security+component
http://support.mozilla.com/en-US/kb/Profiles
http://support.mozilla.com/en-US/kb/Managing+profiles
Tips :-
start --> run "%APPDATA%\Mozilla\Firefox\Profiles\ "

rujuk link yang diberikan...

Saturday, July 26, 2008

Mozilla Firefox 3!!


Pelayar Web Firefox pada ketika ini semakin mendapat sambutan daripada pengguna-pengguna internet pada masa kini,Pelayar Web Firefox mempunyai kelebihannya tersendiri berbanding pelayar web yang lain contohnya IE(Internet Explorer)...anda juga boleh menambah beberapa addon ikut kesesuaian anda...

Anda boleh muatturun Pelayar Firefox terkini di ;-
http://www.mozilla.com/en-US/firefox/


Langkah untuk menggunakan perisian ini adalah sangat senang...Lihat link ini.
http://www.mozilla.com/en-US/products/download.html?product=firefox-3.0.1&os=win&lang=en-US

Wednesday, July 16, 2008

Cara Install dan menggunakan IRC(secara ringkas)

Walaupun pada masa kini banyak perisian untuk kita bersembang melalui internet,Perisian Popular seperti IRC(Internet Relay Chat) masih lagi menjadi antara kegemaran pengguna internet diluar sana...Secara peribadinya saya amat menggemari IRC,walaupun ada yang mengatakan IRC kini dah lampuk dan ketinggalan zaman,pemikiran mereka adalah jauh tersasar...IRC adalah IRC,dan ia mempunyai kelebihan yang tersendiri berbanding Perisian Messenger yang lain.

Bagaimana menggunakan perisian ini?
Pertama sekali anda perlu download perisian ini,terdapat banyak lamanweb yang membolehkan anda untuk download perisian ini.
http://www.filehippo.com/download_mirc/1890/
http://www.mirc.com/get.html
http://www.download.com/mIRC/3000-2150_4-10001733.html

Lesen untuk perisian ini adalah : Shareware

Cara install perisian IRC ini.
Double klik pada installer irc yang anda download tadi kemudian "Next".




Kemudian klik pada "I Agree"


Kemudian pilih lokasi untuk irc ini atau klik sahaja butang "next"


Kemudian Klik "Next"


Kemudian Klik butang "Next"


Next dan klik Butang Install


Cara Menggunakan MIRC@IRC ini.
Buka perisian irc yang anda telah install td,kemudian pada bahagian kiri...pilih server yang anda ingin masuk(saya syorkan anda masuk ke server Dalnet).


Kemudian pergi ke bahagian connect anda perlu isi pada bahagian :

Full Name:-
Email:-
Nickname:nick_yang_dikehendaki
Alternative:-

anda boleh isikan tempat2 tersebut dengan apa2 sahaja yang penting jangan biarkan kosong...(Nickname,adalah nick yang anda akan gunakan semasa chat nanti)

setelah selesai Klik pada butang "Connect to Server"

tunggu sebentar sehingga anda selesai anda di hubungan ke server tersebut.


anda perlu join ke beberapa channel,caranya klik pada fav Channel lihat gambarajah dibawah...

Jika anda ingin berborak dengan saya,Anda boleh cari saya di channel #sepanggar .



Friday, July 11, 2008

Theme ubuntu untuk Windows XP

Adakah diantara anda(pengguna Windows) tertarik dengan rupa bentuk ubuntu???bagi mereka yang belum bersedia untuk menggunakan atau berhijrah ke ubuntu(Linux) dan menyukai rupa
bentuk pada ubuntu,anda boleh mencuba theme ubuntu ini di Windows XP anda!

Windows :


Ubuntu :


Theme Ubuntu yang dipasang pada Windows XP :


Untuk menjadikan Windows XP anda kelihatan seperti Ubuntu,anda boleh mencuba :
http://flipmatthew.deviantart.com/art/Ubuntu-theme-1-click-setup-57674190

P/S :Terdapat beberapa kelemahan pada Ubuntu-theme-1-click-setup ini,anda perlu mengubah secara manual pada cursorsnya.

Selain itu anda juga boleh mencuba theme ubuntu untuk Windows Xp lain :


Human theme for Windows

http://fioressj.deviantart.com/art/Human-for-Windows-37743373


ClearLooks Ubuntu theme for XP

http://schmoove.deviantart.com/art/ClearLooks-for-Windows-XP-18591720



Sumber

Tuesday, July 08, 2008

Cantikkan Desktop anda dengan Yahoo! Widget Engine

Terdapat pelbagai perisian samada percuma mahupun berbayar yang nada boleh cari untuk menjadikan desktop anda kelihatan cantik.
Tentu anda pernah mencuba perisian seperti rocketdock dan sebagainya...setiap perisian ini tentu memberi anda kecantikan masing2...Pernahkan anda mencuba Yahoo! Widget Engine? seperti perisian yang lain,perisian ini juga memberikan kelainan pada desktop anda...dan menjadikan desktop anda lebih menarik...
Anda boleh mmenambar widget2 yang menarik contoh kalendar,gambar,suhu untuk komputer anda,jam dan banyak lagi.Untuk mendapatkan perisian ini anda ke http://widgets.yahoo.com/download/ kemudian cari dan klik pada butang download di Yahoo! Widgets.

Kemudian install perisian percuma ini.sehingga selesai..


Sunday, July 06, 2008

Tambah Jam dan Kalender di blog anda!

Jika anda mempunyai blog ada website anda boleh meletakkan kalender atau jam di blog anda.terdapat banyak laman web yang memberikan widget2 ini secara percuma antaranya ialah http://www.zulsdesign.com/blogass.html
Saya tidak akan mengulas lebih banyak dalam post kali ini...mari kita lihat hasil2 menarik beliau...








Mengapa kita perlu ada blog?




Pada hari ini,memiliki sebuah blog menjadi satu trend kepada masyarakat kita....dari seorang pelajar,guru,pengurus sesebuah syarikat malah menteri-menteri kita ,ada diantara mereka mempunyai blog sendiri.Contoh blog mantan perdana menteri kita Dr. Mahathir Mohamad ialah www.chedet.com .
Menulis blog menjadi salah satu hobi terbaru kita,tidak kiralah kita ingin menulis blog mengenai komputer,kehidupan harian kita,isu2 semasa ,kita boleh menulis apa sahaja yang kita mau terpulang kepada hak individu masing2...Oh ya!kita juga boleh mendapat sedikit pendapatan melalui blog!Jika anda hendak mengetahui cara menghasilkan duit melalui blog adalah lebih baik anda membeli buku2 yang banyak dijual di kedai-kedai mengenai cara menghasilkan duit melalui blog.
Memiliki sebuah blog juga membolehkan kita menambah rakan blog kita sendiri...membolehkan kita menjadi terkenal dan banyak lagi "Blog anda adalah hasil tulisan anda" .Pada permulaan mempelajari membina sebuah blog saya pada asalnya memikirkan membina sebuah blog adalah sukar...namun akhirnya saya mendapati membina blog adalah sangat mudah...anda boleh membinanya tanpa perlu tahu mengenai kod-kod HTML,tetapi jika anda tahu sedikit sebanyak mengenai HTML ianya adalah satu Bonus untuk anda! Lihat post sebelum ini cara membuat blog menggunakan Blogger.com .
Bagi mereka yang tidak mempunyai internet di rumah,jangan jadikannya satu halangan untuk kita memiliki sebuah blog....caranya anda boleh menulis isi blog anda dulu contoh di Microsoft Word atau notepad,kemudian copy isi2 yang anda telah tulis tersebut ke blog anda apabila anda berkunjung ke CyberCafe dan sebagainya.
Kepada mereka yang belum mempunyai blog,binalah blog anda...jangan sesekali menganggap membina blog adalah sukar....letakkan satu tema pada blog anda supaya memudahkan kerja anda nanti.Dilaporkan dalam sehari terdapat beribu2 blog baru dibina di seluruh dunia namun hanya beberapa ratus sahaja blog yang bertahan dan dijaga,selebihnya ditinggalkan begitu sahaja....Jadi apa yang anda perlu ada sebelum membina blog ialah letak tema anda pada blog anda tidak kira ianya blog mengenai kereta,komputer mahupun blog kehidupan peribadi anda.

Selamat Membina Blog!

p/s Harap maaf atas kesulitan yang tidak dapat dielakkan menyebabkan saya tidak dapat "update" blog cekap komputer ini beberapa hari lalu.Nantikan post-post yang lebih menarik....Selamat Membaca!