Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket

Wednesday, January 21, 2009

cekapkomputer.com akan dibuka pada 1/feb/2009!



Dalam artikel saya sebelum ini,saya ada menyatakan mengenai pembikinan laman web cekapkomputer.com...Tujuan utama laman web ini dibina adalah untuk sama-sama kita membantu mereka-mereka yang mempunyai sebarang masalah berkenaan dengan komputer dan sebagainya,sebuah forum juga akan disediakan di dalam laman web ini..anda semua boleh menggunakan forum ini sebaik mungkin untuk berkongsi masalah IT anda.Dalam forum ini juga nanti bukan sahaja anda boleh berkongsi masalah mengenai IT,tetapi terdapat beberapa ruangan forum yang akan saya tambah untuk membolehkan anda membincangkan perkara-perkara lain contoh seperti ruangan pendidikan,politik,hiburan dan lain-lain...Jika anda mempunyai sebarang cadangan mengenai ruangan yang anda rasa sesuai diletakkan di forum ini bolehlah menghantar komen anda di post ini.
Buat masa ini laman web tersebut telah siap 70%,dan saya akan buka laman web ini pada 1/2/2009 nanti(Bersamaan umur saya yang akan masuk 20tahun pada hari tersebut hehe)....Anda juga boleh memberi cadangan mengenai isi-isi yang anda rasa sesuai diletakkan di dalam laman web ini,saya akan pertimbangkan cadangan-cadangan anda.Dari semasa ke semasa pihak cekapkomputer akan menambah ruangan2 di dalam cekapkomputer ini.

p/s : Pembinaan forum cekapkomputer akan dibangunkan dari semasa ke semasa.harap maklum

Semoga pembikinan laman web ini berjalan dengan lancar....

"Sumber Ilmu Pengetahuan Untuk Anda "

0 comments: