Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket

Monday, November 17, 2008

Analisis Hasil keputusan "Forum untuk Cekapkomputer"


Akhirnya setelah membuat undian mengenai pembikinan sebuah forum untuk cekapkomputer,kita telah mendapat undian yang menambahkan lagi keinginan saya untuk membuat sebuah laman web cekapkomputer.com dilengkapi dengan sebuah forum komuniti.

Keputusan undian "Forum untuk Cekapkomputer"
Saya Sokong! 80% Memang patut.. 12% Saya ikut jer 1% Tak nak.. 5%

Mengikut undian diatas 80% dari pembaca di luar sana bersetuju untuk menubuhkan sebuah forum cekapkomputer.Dan terdapat juga 5% yang kurang bersetuju untuk menubuhkan forum ini.Bagi saya ini adalah hak individu untuk mengundi...sama juga dalam suasana lain ada yang menyokong sesetengah pihak dan ada juga tidak,jadi kita harus ambil positif dengan perkara ini..Namun saya bersyukur kebanyakan dari pembaca blog ini bersetuju dengan penubuhan forum ini.

Untuk makluman pembaca-pembaca sekalian,saya dalam proses membina sebuah laman web & berforum ...dan laman web tersebut akan dikenali sebagai Cekapkomputer.com ,buat masa ini laman web tersebut masih dalam pembinaan,nantikan kemunculannya!

p/s Saya ada sibuk sedikit kerana sedang menyiapkan laman web cekapkomputer.com tersebut...Diharapkan anda semua mendapat ilmu yang bermanfaat di cekapkomputer.blogspot.com ini.

Masalah Friendster.com November 2008!


Masalah yang berlaku pada friendster.com baru-baru ini telah membuatkan ramai anak-anak muda menjadi sedih,marah,kecewa dan sebagainya.Mana tidaknya ada diantara mereka yang telah mempunyai ramai teman di friendster akhirnya hilang begitu sahaja...Tentu lagi mengecewakan anak-anak muda yang menghabiskan masa mereka di Cyber Cafe semata2 ingin mengemaskinikan laman peribadi di friendster mereka.
Apakah penyebab berlakunya masalah ini??secara peribadinya saya sendiri tidak pasti diatas apa yang berlaku dengan laman komuniti terbesar ini...Adakah masalah ini berlaku berkaitan dengan serangan Penggodam Topi Hitam(Cracker)?Mungkin ramai diantara anda tidak mengetahui terdapat juga segelintir yang bergelar "Hacker/Cracker" berminat dengan Friendster.com ini...ini mungkin kerana laman friendster ini menjadi tempat untuk kita semua mencari teman-teman.Pelbagai cara yang telah dilakukan oleh Cracker @ Hacker Topi Hitam untuk mencari kelemahan Laman Web Friendster.com ini...Antara kejayaan-kejayaan yang pernah dilakukan oleh Penggodam yang berniat jahat ini ialah membuka private photo milik seseorang di friendster,Mencuri katalaluan akaun friendster mangsa,Merosakkan laman peribadi seseorang di friendster serta banyak lagi.Kita harus memuji ahli-ahli friendster kerana telah memantapkan lagi keselamatan Friendster.com ini.Apa yang perlu dilakukan oleh pengguna@penggemar friendster untuk memastikan akaun friendster mereka tidak diceroboh?Terdapat banyak cara,namun yang cukup ringkas ialah..Pastikan anda log keluar akaun friendster anda jika anda melayari friendster di CyberCafe,jangan login ke akaun friendster anda selain dari link http://www.friendster.com dan banyak lagi perkara yang anda harus ambil serius.

Diharapkan masalah yang berlaku oleh laman web Friendster.com baru-baru ini dapat diselesaikan oleh pihak pengurusan Friendster.com supaya dapat mengubati kesedihan anak-anak muda,bapa-bapa,ibu-ibu di seluruh dunia.

p/s untuk anak-anak muda sekalian : bawa bersabar bawa bertenang banyakkan berdoa dan bersembayang semoga laman peribadi friendster anda menjadi kembali seperti sedia asal...Hidup Cuma Sekali Jadi Kita Enjoy!

Thursday, November 06, 2008

Berbaloi menaiktaraf PC lama anda?

Penggunaan Komputer adalah penting untuk kita...seperti pembaca-pembaca yang lain tentu sekali anda mempunyai banyak pengalaman berkenaan tentang komputer,dari komputer pertama yang anda atau keluarga anda pernah miliki sehingga kini tentu sekali ada banyak perubahan.
Jika dikaji secara rambang penggunaan komputer peribadi ( PC ) di Malaysia,mungkin sekitar tahun 1995.Pada masa tersebut harga sebuah PC boleh menjangkau harga sehingga 3 ribu ringgit.(Maklumlah pada masa tersebut pengeluaran PC belum seberapa meluas tidak seperti sekarang).Dari komputer jenis melintang sehinggakan menegak banyak perubahan dan kejayaan yang dikecapi oleh syarikat2 yang berkaitan untuk memantapkan lagi mutu dan kualiti penggeluaran komputer sehinggakan ke hari ini.

Namun apa yang saya ingin utarakan pada post kali ini ialah,Wajarkah kita menaiktaraf PC lama kita? , Dari apa yang saya lihat sendiri pada masa kini,terdapat individu yang mempunyai komputer jenis lama (sekitar tahun 1995 - 2006 ) "takut" untuk bertukar atau menaiktaraf komputer mereka.Faktor utama yang paling penting adalah faktor kewangan.Namun,jika dikaji semula budjet yang diperlukan untuk membeli komputer baru adalah cukup murah dari dahulu tidak seperti pembeli yang dahulu fikirkan.Anda tentu sekali berasa bosan menggunakan komputer yang perlahan,membuang masa anda serta penggunaaan yang terhad.

Adakah wajar untuk anda menaik taraf komputer lama anda?(tahun 1999 - 2004) Bagi anda yang mempunyai sedikit wang dan bercadang untuk menaiktaraf komputer anda dengan harapan anda akan mendapat menjimat sedikit wang daripada membeli sebuah komputer baru anda tentu sekali tersilap!Benar,pada hari ini anda tentu sekali akan rugi jika menaiktaraf komputer lama anda,bukan sahaja rugi wang anda malah rugikan masa anda.Pada hari ini part-part untuk komputer jenis lama adalah lebih mahal dari part-part komputer yang baru.Malah jika anda menaiktaraf komputer anda,anda akan jadi seperti dahulu berdepan dengan komputer yang perlahan dan tentu membosankan anda. RAM 128MB - 256MB adalah tidak sesuai digunakan pada masa kini kerana banyak perisian-perisian kini perlu menggunakan lebih banyak ruangan memori untuk membolehkannya berjalan dalam keadaan yang maksimum.

Menggunakan komputer yang perlahan akan menyebabkan masa kita terbuang dan melambatkan pekerjaaan kita.


Mari kita lihat anggaran harga untuk PC Lama dan PC baru :


PC Lama

(Saya mengambil anggaran untuk PC pentium 4 lebih kurang pada tahun 2004)

Processor pentium 4 Anggaran Harga = (kebanyakan kedai komputer tidak lagi menjual processor jenis ini,namun terdapat juga kedai yang masih menjualnya harganya lebih kurang secondhand = rm200 baru =rm300 - rm400.
RAM 512MB DDR PC400 = RM85
Motherboard pentium 4 = RM200
Harddisk 160GB seagate IDE = RM179
DVD RW IDE = RM80

Jumlah = RM744

PC Baru

Pentium Celeron soket 755 = RM139
1GB DDR2 PC667 = RM59
MOTHERBOARD BIOSTAR 945GC-M7 TE = RM149
Harddisk 160GB seagate sata = RM139
DVD RW Sata = RM80

Jumlah = RM566

* Anggaran ini adalah anggaran part-part yang sering di dinaiktaraf.Jika anda merujuk Anggaran yang dinyatakan diatas,anda boleh melihat sendiri perbezaan harga peralatan komputer baru dan lama.Bukan itu sahaja tentu sekali kelajuan PC baru adalah dua kali ganda kelajuan PC lama.