Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket

Monday, October 20, 2008

Permainan Conquer Online 2 yang menyeronokkan!

Bagi mereka yang mengemarkan permainan Online anda harus mencuba Conquer Online .Dalam permainan ini,anda akan diberikan seorang watak yang anda boleh pilih samada Archer,Warrior dan Trojan.Apa yang anda harus lakukan ialah meningkatkan level watak pemain anda supaya menjadi lebih kuat..Saya yakin permainan ini pasti memberi anda satu keseronokan!

Pertama sekali,Daftar akaun untuk watak anda secara Percuma di sini.username akaun tidak semestinya menjadi nama watak yang anda gunakan dalam permainan ini.

Kemudian Download fail untuk fail permainan Online Conquer Online secara percuma ini di http://co.91.com/downloads/client.shtml

Atau download terus disini ----> Klik Disini (Besar fail ini dalam 400 mb keatas)

kemudian,download fail patch untuk permainan Online ini,Disini
http://co.91.com/downloads/patch.shtml (Saiz fail ini kurang dari 1mb )

Kemudian Paste patch ini di dalam folder conquer Online ini.Selalunya di C:\Program Files\Conquer 2.0

Dan sedia untuk bermain....


Terdapat server-server yang anda boleh pilih dan setiap server ini ada berlainan pemain...Server yang saya biasa gunakan ialah server Aquarius(Rujuk Gambarajah dibawah).kemudian isikan username dan password anda.


Anda boleh pilih watak apa yang anda inginkan,terpulang kepada anda samada Archer,Warrior ataupun Trojan...setiap watak-watak ini ada kelebihannya tersendiri,Ohya Permainan ini bukan hanya untuk lelaki sahaja terdapat juga watak2 untuk perempuan dalam permainan ini.
Anda boleh memilih watak anda samada ingin bertubuh besar ataupun kecil.Faktor ini tidak mempunyai kaitan dengan kekuatan watak anda.kemudian isikan nama untuk watak anda disini.Kemudian klik Create the character. Dan kemudian Klik butang OK jika suda selesai mengisinya.
Kemudian relogin ke akaun watak anda semula.Dan kemudian apabila anda telah masuk ke dalam permainan online ini,anda akan berada di sebuah tempat....Anda boleh menggunakan butang CTRL + Klik pada butang kiri tetikus anda dan pergi ke sebelah kanan.

Kemudian anda akan berjumpa dengan seseorang di atas jambatan.Klik padanya untuk melihat Mesejnya..dan lihat jika dia menyuruh anda berjumpa dengan seseorang.Kemudian jika mesej seperti dibawah ini keluar,pilih "Show Me To Twin City"


Anda akan dibawah ke bandar Twin City,disinilah permulaan kehidupan watak anda yang sudah pasti membuat anda berasa seronok dengan pemainan ini!Untuk permulaan anda boleh pergi ke luar kota Twin City dan bunuh ayam-ayam untuk menaikkan level anda...Akan bersambung....

Antara Screenshot yang dikongsikan oleh pemain-pemain yang lain.
http://fanarts.conqueronline.com/

0 comments: