Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket

Sunday, July 06, 2008

Mengapa kita perlu ada blog?




Pada hari ini,memiliki sebuah blog menjadi satu trend kepada masyarakat kita....dari seorang pelajar,guru,pengurus sesebuah syarikat malah menteri-menteri kita ,ada diantara mereka mempunyai blog sendiri.Contoh blog mantan perdana menteri kita Dr. Mahathir Mohamad ialah www.chedet.com .
Menulis blog menjadi salah satu hobi terbaru kita,tidak kiralah kita ingin menulis blog mengenai komputer,kehidupan harian kita,isu2 semasa ,kita boleh menulis apa sahaja yang kita mau terpulang kepada hak individu masing2...Oh ya!kita juga boleh mendapat sedikit pendapatan melalui blog!Jika anda hendak mengetahui cara menghasilkan duit melalui blog adalah lebih baik anda membeli buku2 yang banyak dijual di kedai-kedai mengenai cara menghasilkan duit melalui blog.
Memiliki sebuah blog juga membolehkan kita menambah rakan blog kita sendiri...membolehkan kita menjadi terkenal dan banyak lagi "Blog anda adalah hasil tulisan anda" .Pada permulaan mempelajari membina sebuah blog saya pada asalnya memikirkan membina sebuah blog adalah sukar...namun akhirnya saya mendapati membina blog adalah sangat mudah...anda boleh membinanya tanpa perlu tahu mengenai kod-kod HTML,tetapi jika anda tahu sedikit sebanyak mengenai HTML ianya adalah satu Bonus untuk anda! Lihat post sebelum ini cara membuat blog menggunakan Blogger.com .
Bagi mereka yang tidak mempunyai internet di rumah,jangan jadikannya satu halangan untuk kita memiliki sebuah blog....caranya anda boleh menulis isi blog anda dulu contoh di Microsoft Word atau notepad,kemudian copy isi2 yang anda telah tulis tersebut ke blog anda apabila anda berkunjung ke CyberCafe dan sebagainya.
Kepada mereka yang belum mempunyai blog,binalah blog anda...jangan sesekali menganggap membina blog adalah sukar....letakkan satu tema pada blog anda supaya memudahkan kerja anda nanti.Dilaporkan dalam sehari terdapat beribu2 blog baru dibina di seluruh dunia namun hanya beberapa ratus sahaja blog yang bertahan dan dijaga,selebihnya ditinggalkan begitu sahaja....Jadi apa yang anda perlu ada sebelum membina blog ialah letak tema anda pada blog anda tidak kira ianya blog mengenai kereta,komputer mahupun blog kehidupan peribadi anda.

Selamat Membina Blog!

p/s Harap maaf atas kesulitan yang tidak dapat dielakkan menyebabkan saya tidak dapat "update" blog cekap komputer ini beberapa hari lalu.Nantikan post-post yang lebih menarik....Selamat Membaca!

0 comments: