Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket

Monday, June 23, 2008

meningkatkan Keselamatan ketika melayari internet melalui pelayar Firefox!

Seperti yang kita tahu,kita mendapat banyak manfaat ketika melayari internet....dengan adanya internet kita dapat menguruskan pelbagai perkara.
Namun terdapat juga keburukan yang kita tidak dapat elakkan dengan adanya kemudahan internet ini,contohnya ancaman virus dan sebagainya.Oleh itu kita perlu berhati2 ketika melayari internet kerana bukan semua laman web yang kita layari adalah selamat.
Usah bimbang,terdapat banyak cara yang kita boleh lakukan untuk memastikan keselamatan kita ketika melayari sesebuah laman web,antaranya ialah menggunakan addon tambahan jika anda menggunakan pelayar web Mozilla Firefox.Addon tambahan yang saya maksudkan ialah disebut WOT.Boleh dapatkan https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/3456

untuk menambah perisian ini klik pada butang "Add to Firefox"


Mesej seperti dibawah akan dipaparkan klik butang "Install Now"

Tunggu sehingga proses install ini selesai.


Selesai install anda perlu restart firefox anda seketika.


Selesai!addon tambahan ini telah dipasang ke pelayar web Firefox anda,anda akan dapat lihat satu ciri tambahan diletakkan bersebelahan dengan Address Bar anda.


Apabila anda mencari sesebuah laman web addon tambahan ini akan menyatakan adakah laman web yang anda layari dan cari tersebut adalah selamat atau tidak.Oleh itu anda akan lebih berhati2 ketika melayari sesebuah laman web.



Selamat Mencuba.

1 comments:

Anonymous said...

SATU INFO YANG BERGUNA UNTUK MENINGKATKAN LAGI ILMU KOMPUTER.

TERIMA KASIH

http://x-naza.blogspot.com