Laman blog Cekap Komputer kini telah berpindah ke http://blog.cekapkomputer.com anda boleh mendapatkan info-info dari Cekap Komputer di blog tersebut Photobucket Photobucket

Monday, April 28, 2008

Memilih antivirus untuk Komputer/Laptop anda

Pemasangan antivirus adalah sangat penting dalam komputer kita,ini dapat mengelakkan serangan virus yang bukan sahaja menyusahkan anda malah boleh merugikan anda.Namun ada diantara kita mengabaikan pemasangan antivirus ini,janganla tunggu sampai data2 penting kita hilang akibat serangan virus ini.
Virus pada hari ini semakin bijak dan semakin halus,ada diantara kita merasakan komputer kita dalam keadaan selamat apabila antivirus yang kita guna tidak mengesan sebarang virus ketika kita scan komputer kita.Padahal,jika kita tidak update database antivirus yang kita guna tentu sekali AV tersebut tidak dapat mengesan kehadiran virus baru dalam PC kita.
Jadi apa yang kita perlu lakukan sekarang lengkapkan komputer anda dengan antivirus yang sentiasa diupdate! "sediakan payung sebelum hujan" itulah peribahasa yang sesuai.
Baiklah seperti yang anda tahu sendiri anda diberikan banyak pilihan antivirus yang anda perlu pilih?manakah yang terbaik?manakah yang sempurna yang dapat mengesan semua jenis virus?jawapannya.......Tiada Antivirus yang Sempurna.Sebabnya ialah walaupun kita menggunakan antivirus yang terbaik dan original kita tetap boleh terkena virus.Tetapi kita dapat minimumkan serangan virus dan memaksimakan peningkatan sekuriti dalam pc kita.

Terdapat beberapa antivirus yang popular yang sering digunakan,antaranya ialah :
  • Kaspersky
  • Norton Antivirus
  • Avira
  • Avg
  • Nod32
  • Avast
  • McAfee
Dan banyak lagi...anda boleh juga rujuk di website yang ada menyenaraikan antivirus terkini,contoh Disini

Apakah antivirus yang terbaik?ada diantara kita mengatakan antivirus yang terbaik ialah norton,ada juga yang mengatakan kaspersky...tentu ada diantara kita diluar sana masih mencari2 antivirus yang terbaik untuk komputer kita.

Ada beberapa antivirus yang saya telah gunakan namun bukan semua dan masing2 memberi persembahan yang tersendiri.

Antivirus Norton :


  • terdapat kebaikan dan keburukan yang ada pada antivirus norton antaranya kebaikannya norton dikatakan adalah antara antivirus yang mampu mengesan virus2 seluruh pelusuk komputer anda.Namun,keburukan Antivirus Norton yang kita dapat lihat ialah ia menyebabkan Pc menjadi lambat..ini menyebabkan ada diantara kita tidak menyukai Antivirus Norton ini,terpulang kepada anda.
Link :http://www.symantec.com/index.jsp



Antivirus Kaspersky :

  • Antivirus Kaspersky ini adalah antara antivirus yang saya rasa amat popular sekali.Secara peribadi saya amat menyukai antivirus kaspersky ini walaupun ia melambatkan sedikit komputer anda,tetapi ia lebih berbaloi.Difahamkan Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri memilih antivirus ini untuk dipasangkan ke seluruh makmal2 komputer sekolah di Malaysia.Saya suda mencuba sendiri antivirus ini dan sangat berpuas hati.Harga untuk antivirus kaspersky original adalah dalam lingkungan rm70 - rm88 setahun.
Link : http://www.kaspersky.com/downloads


Antivirus Avira :

  • Antivirus yang menggunakan lambang payung ini juga tidak kurang hebatnya.Ia juga ringgan dan tidak melambatkan PC anda sesuai untuk mereka yang masih menggunakan Pc lama.Pada ketika ini terdapat antivirus avira percuma dan berbayar.Bagi mereka yang belum mencuba antivirus ini,anda patut mencubanya...Anda boleh mencuba antivirus Avira versi percuma ini sehingga 11/30/2008(jika tiada perubahan).
Link : http://www.avira.com/en/download/

Antivirus AVG :

  • Antivirus avg juga mempunyai kelebihan tersendiri dan ianya percuma.Antivirus Avg juga tidak menyebabkan komputer anda lambat.Anda juga boleh mencuba antivirus yang tidak kurang hebatnya ini.Antivirus avg popular ketika virus brontok menyerang pada suatu ketika dahulu.Anda boleh download antivirus AVG ini di http://free.grisoft.com/

Terdapat lagi banyak antivirus yang popular seperti nod32,avast dan sebagainya.Terpulang kepada kita sebagai pengguna memilih antivirus mana yang sesuai dengan kita dan selesa bagi kita.Terdapat juga antara kita memasang lebih dari satu dalam komputer kita,rasanya ia tidak perlu kerana terdapat antivirus yang tidak sesuai dipasangkan bersama dan menyebabkan konflik.Memasang lebih dari satu antivirus juga akan menyebabkan pc kita menjadi lambat dan Ia tidak menjamin komputer kita bebas dari virus.Perkara yang paling penting ialah Update Antvirus Anda!

0 comments: